CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1691|Reply: 0

PP gagal rapat jurang dengan T-Team

[Copy link]
Post time 27-4-2015 07:53 AM | Show all posts |Read mode


Pulau Pinang gagal menggunakan peluang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana, T-Team, selepas seri 1-1 dengan DRB Hicom di Stadium Hang Jebat, Melaka, hari ini.
Bagaimanapun, DRB Hicom, yang menduduki tangga kesembilan liga, mengejutkan Pulau Pinang dengan jaringan seawal minit ke-10 menerusi Ahmad Aminuddin Shaharudin.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Pulau Pinang dengan gelaran 'The Panthers' cuba mengatur strategi dengan melakukan serangan bertali arus namun gagal membolos benteng pertahanan lawan.

Bagaimanapun, kesilapan pemain DRB Hicom di kotak penalti membawa padah apabila Pulau Pinang dihadiahkan sepak penalti dengan pemain tengah import dari Korea Selatan, Lee Kil-Hoon menyempurnakan sepakan pada minit ke-64.

Pulau Pinang, di bawah bimbingan Jacksen F.Tiago, berjaya mengumpul satu mata untuk menduduki tangga keempat liga dengan 15 mata, ketinggalan lima mata dengan pendahulu liga, T-Team.
   
Sementara itu, di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Negeri Sembilan menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menang tipis 2-1 ke atas pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II).

Pemain tengah import dari Haiti, Jean Alexandre menjadi wira pasukan NS Matrix itu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61.

Penyerang import Forkey Doe membuka jaringan NS Matrix pada minit ke-42 tetapi dua minit kemudian JDT II menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan dari Argentina, Nicholas Delmonte.

Kemenangan ini membolehkan skuad kendalian K. Devan melonjak tiga anak tangga dengan menghuni tangga kelima liga dengan 14 mata manakala JDT II menduduki tangga kelapan dengan 11 mata.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.064828 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list