CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1882|Reply: 1

PAFA buat laporan rasmi kepada FAM tindakan penyokong JDT

[Copy link]
Post time 27-4-2015 08:00 AM | Show all posts |Read mode


Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan membuat laporan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung tindakan liar segelintir penyokong Johor DT (JDT) selepas perlawanan Liga Super 2015 antara kedua-dua pasukan itu, di Stadium Perak.

Setiausaha PAFA Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin selepas menyaksikan penyokong JDT bertindak membaling besi ke arah penyokong Perak.

"Mereka baling besi tapi tidak kena, cuma kena bahagian kerusi. Saya lihat sendiri penyokong JDT pergi ke bahagian pintu D dan mengejar penyokong kita. Ketika itu nasib baik ada pagar yang hadang jadi penyokong kita pun lari. Ini melampaui batas sebagai penyokong Malaysia.

"Dalam mesyuarat sebelum ini, kami sudah bincang dengan polis, biar penyokong Perak dengan pemain keluar terlebih dahulu.

"...dan barulah penyokong dan pemain JDT keluar. Kita juga telah mengambil langkah awal dengan mengarahkan semua penyokong JDT masuk ke kawasan padang dan masa itulah perkara ini terjadi," katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

Abdul Aziz berkata pihaknya juga akan membuat tuntutan ganti rugi kepada FAM selepas mendapati beberapa papan iklan rosak akibat kejadian tersebut.

"Kalau kita tidak cukup kawalan keselamatan mereka akan menyalahkan kita. Tetapi bila sudah cukup kawalan keselamatan, segelintir penyokong pula bertindak liar. Jadi saya rasa kalau perkara ini dibiarkan berlarutan imej bola sepak negara akan tercalar dengan sikap sebahagian penonton ini.

"Malah saya difahamkan dalam stadium ada juga pergaduhan antara penyokong JDT sendiri yang terdiri daripada dua kumpulan berasingan. Namun, kita dapat halang agar pergaduhan itu tidak berpanjangan," katanya.

Beliau berkata sebanyak 570 anggota keselamatan termasuk daripada PAFA telah ditugaskan untuk menjaga ketenteraman pada perlawanan malam tadi.

Ketika ditanya berhubung pemain JDT menaiki kenderaan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) selepas perlawanan tamat, beliau berkata ia sebagai langkah pencegahan demi menjaga keselamatan pemain.

"Dalam mesyuarat, memang kita minta supaya pemain dibawa masuk dalam kenderaan FRU kerana kita tahu ada segelintir penyokong yang menunggu di celah pokok dan baling batu, jadi itu merupakan langkah mengelak daripada terkena pemain.

"Ia bukan disebabkan kejadian itu (pergaduhan) tetapi secara kebetulan. Jika tidak berlaku pun, memang kita dah putuskan untuk berbuat demikian dalam mesyuarat," katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Perak menewaskan JDT 2-1.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 10:21 AM | Show all posts
main ntah ape2, gaduh no.1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.062111 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list