CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1588|Reply: 0

T-Team kekal terajui Liga Perdana

[Copy link]
Post time 27-4-2015 08:01 AM | Show all posts |Read mode


Wakil kelab Terengganu, T-Team meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Perdana selepas mengatasi pasukan tangga tercorot, SPA Putrajaya FC 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, hari ini.
Kemenangan keenam berturut-turut yang diraih skuad 'The Titans' kendalian Tomislav Steinbruckner itu membolehkan mereka terus menguasai carta liga dengan kutipan 20 mata selepas sembilan perlawanan.

Dua gol T-Team pada perlawanan itu dijaringkan oleh Mohd Norhakim Hassan pada minit ke-48 dan Farhod Tadjiyev pada masa kecederaan babak kedua.

Kedah pula memintas kedudukan Sabah di tangga kedua liga selepas menang tipis 2-1 ke atas pasukan berkenaan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu berada di depan menerusi gol seawal minit pertama perlawanan oleh pemain import dari Australia, Joel Joseph Chianese sebelum Kedah bangkit meledak dua jaringan menerusi Chidi Edeh pada minit ke-47 dan Mohd Shafiq Ahmad pada masa tambahan separuh masa kedua.

Turut meraih tiga mata penuh adalah wakil kelab Lembah Klang, PKNS FC yang mengalahkan UiTM FC 4-1 di Stadium UiTM, Shah Alam.

Dalam pada itu, Kuantan FA gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas seri 3-3 dengan Kuala Lumpur di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Tiga gol skuad 'The Seagulls' dijaringkan oleh Muhammad Afif Asyraf Zabawi pada minit ke-10, Fabrice Noel (14') dan Milan Purovic pada masa kecederaan.

Gol pasukan Kuala Lumpur dihasilkan oleh Hattaphon Bun Ahn pada minit ke-22, Kalle Sone (51') dan Iyanu Ezekial Ogunboye pada minit ke-70.

Dua perlawanan Liga Perdana akan berlangsung Ahad ini melibatkan pertemuan DRB Hicom FC menentang Pulau Pinang di Stadium Hang Jebat, Melaka dan perlawanan antara Negeri Sembilan dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Perlawanan berkenaan yang sepatutnya diadakan hari ini, ditunda kepada Ahad memandangkan Pulau Pinang dan JDT II terlibat dalam aksi suku akhir kedua Piala FA, Rabu lepas.




sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.058669 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list