CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13698|Reply: 16

Perkhidmatan Kurier Easy Parcel - BERBALOI UNTUK PENIAGA ONLINE

[Copy link]
Post time 27-4-2015 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Saya nak kongsi serba sedikit pengalaman guna Easy Parcel dalam menjalankan perniagaan online separuh masa saya.

Pada Jun 2014 saya memulakan perniagaan online menjual barang-barang Pre Order.

Mulanya pelanggan tak ramai, hanya 1 - 3 orang sebulan.

Saya sempat pergi ke Pejabat Poslaju pada waktu rehat untuk hantar parcel-parcel pelanggan.

Lama-kelamaan pelanggan makin bertambah, mencecah 10 - 20 orang seminggu.

Perniagaan yang dijalankan adalah secara separuh masa untuk menampung sedikit belanja keluarga. Tetapi apabila pelanggan meningkat saya pula tak cukup tangan hendak berlari ke pejabat Poslaju. Kadang-kadang sampai seminggu saya lewat hantar pada pelanggan. Pelanggan dah mula bising.

Saya fikirkan satu cara camne nak selesaikan masalah ini sebab saya tak ada masa nak pergi ke kaunter Poslaju, beratur panjang-panjang, tempuh trafik jem dan terkejar-kejar dalam melaksanakan amanah pelanggan. Betul-betul penat.

Saya bertanya dengan pegawai Poslaju yang selalu berurusan. Dia kata Poslaju ada sediakan perkhidmatan akaun kontrak. Poslaju akan datang ke lokasi pilihan kita dan mereka akan collect dan hantar parcel-parcel ikut masa dan kesesuaian kita.

Saya pergi ke Ibu pejabat Pos Malaysia sebab hanya di situ saja boleh daftar akaun kontrak.

Urusan punya lah rumit...banyak dokumen perlu disediakan. Pastu kena bayar deposit RM 1,000!! Bagi peniaga online macam saya, RM 1,000 adalah terlalu besar.

Saya buntu, saya perlukan perkhidmatan Poslaju kontrak tetapi saya tak ada duit sebanyak tuh untuk dilaburkan hanya semata-mata untuk deposit manakala volume jualan saya tidaklah sebanyak Zalora atau Lazada.

Saya google internet untuk cari maklumat. Akhirnya saya jumpa jalan penyelesaian iaitu Easy Parcel

Easy Parcelmemang sesuai untuk usahawan online kecil-kecilan yang tidak mempunyai modal yang besar tetapi mempunyai potensi untuk berkembang maju.

Pada mulanya semasa saya mendaftar Easy Parcel, saya merasa ragu-ragu kerana memperjudikan parcel-parcel milik pelanggan kepada satu perkhidmatan yang belum diuji lagi. Saya pasrah. Jauh dalam sudut hati saya ialah saya tak mahu lagi menjadi hamba kepada perniagaan online saya. Tujuan saya menubuhkan perniagaan online adalah untuk kebebasan kewangan bukan untuk dijadikan hamba pada perniagaan sendiri!

Dashboard (antaramuka) dan panel kawalan dalam laman web Easy Parcel amat mudah difahami dan saya dapat menyimpan rekod-rekod pelanggan dengan baik.

Slip-slip Poslaju atau Skynet boleh dicetak terus melalui laman web Easy Parcel dan siap tertera nombor akaun. Dan yang paling pemting saya tak perlu letak deposit untuk guna perkhidmatan Easy Parcel.

Pihak kurier akan menghubungi saya dan akan berjumpa dengan saya di lokasi-lokasi yang dijanjikan. Apabila mereka sampai mereka terus pick up parcel-parcel saya dan buat hantaran. Tiada caj-caj tersembunyi.

Di panel kawalan akaun saya juga saya bole tracking perjalanan parcel-parcel yang dihantar. Memang one stop reference centre bagi saya menjejak parcel-parcel yang dihantar dan boleh update pelanggan serta merta.

Kini, masa penghantaran saya juga telah disingkat dari 1 minggu kepada 1 hari setelah barang pre order tiba. Sebelum ini jari-jariku sakit semua kerana menulis slip poslaju hari-hari secara manual huhuhu....

Selain itu, apabila anda mempunyai akaun denganEasy Parcel anda boleh pergi direct ke kaunter akaun kontrak di pusat-pusat Poslaju tanpa perlu beratur. Anda hanya perlu isi borang pink dan setel!

Oleh itu, saya sangat-sangat mengesyorkan kepada peniaga-peniga online kecil-kecilan di luar sana untuk mendaftar secara percuma akaun Easy Parcel sekarang. Anda hanya perlu bayar top up bila anda perlukan. Mudah, Ringkas, Efisyen dan Jimat!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 04:15 PM | Show all posts
tq for the info. first time dengar. selalu yang hantar barang pastu collect cash taqbin. yang ni ok juga. japanese based kalau tak silap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2015 05:07 PM | Show all posts
munchkin replied at 27-4-2015 04:15 PM
tq for the info. first time dengar. selalu yang hantar barang pastu collect cash taqbin. yang ni ok  ...

Memang bagus munchkin, mula2 saya sangsi jugak tapi lepas cuba Alhamdullilah memang ringan beban saya...terase ringan sangat2 sebab kita dah tak susah2 nak tulis borang, cukup dengan print ajer....pastu bile kite ade akaun kite boleh direct gi kaunter akaun kontrak...takyah beratur-atur cam org lain...memang bagus untuk peniaga2 online sebab kebanyakkannye suri rumah atau mr. mama jadi untuk jimatkan kos wang, masa, petrol dan tenaga elok guna servis nie...Poslaju akan datang ke depan pintu rumah anda
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 07:56 PM | Show all posts
rurouni_khairul replied at 27-4-2015 05:07 PM
Memang bagus munchkin, mula2 saya sangsi jugak tapi lepas cuba Alhamdullilah memang ringan beban s ...

alhamdulillah. terima kasih sebab sudi kongsi info dekat sini. really appreciate it. moga dimurahkan lagi rezeki rurouni sekeluarga dengan perkongsian info ni. Amin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2015 05:54 PM | Show all posts
Edited by rurouni_khairul at 1-5-2015 09:07 AM



Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2015 08:26 PM | Show all posts
wow!! menarik ni... thank you sudi berkongsi info yg berguna ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-5-2015 02:35 PM | Show all posts
mrshairey replied at 1-5-2015 08:26 PM
wow!! menarik ni... thank you sudi berkongsi info yg berguna ni...

Sama-sama
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau..sob..sob..tq tt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2015 05:11 PM | Show all posts
julia5094 replied at 11-5-2015 07:57 AM
Baru tau..sob..sob..tq tt.

Sama-sama Julia...kita sama2 peniaga online nie elok kongsi2 tips dan method2 baru
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 12:37 AM | Show all posts
macamana nak tau rate nya? skrg ni guna citylink.. so far ok lagi.. kot2 ada yg lagi murah hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 12:42 AM | Show all posts
ok, dah tgk rate nya... so far citylink lagi murah. kalau register siap collect, upto 15kg RM16.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2015 11:56 PM | Show all posts
Kasik up sket!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya nak tnye klo gne easyparcel..memang dorg akn dtg pick up brg... Firstly ,kite boleh masukkan brg dlm ape2 parcel je ke? Klo parcel poslaju bleh?

Soalan kedua ,klo kite nk topup mcmne?

Soaln ketiga? Bila nk beli parcel kene bayar utk daptkn prcel .... Bila dorg buat pick up  brg... Nntoh akhir bulan kne byr ke utk servis dorg?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Klo pergi pos kt kaunter... Dorg charge x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2016 11:08 AM | Show all posts
husnakyuna3 replied at 21-11-2015 03:34 PM
Saya nak tnye klo gne easyparcel..memang dorg akn dtg pick up brg... Firstly ,kite boleh masukkan br ...

Salam Husna,

1. Ya pihak poslaju bole datang untuk pick up parcel kita. Free of charge!

2. Untuk top up boleh rujuk blog ni: http://easyparcelreview.blogspot ... -top-up-kredit.html

3. Kalau nak pos kat kaunter, jangan pergi kaunter Poslaju biasa. Tanya kat staf Poslaju kat mane nak hantar parcel untuk Akaun Kontrak. Nanti diorg akan tunjuk Person In Charge. Kalau kat Poslaju Bandar Baru Bangi, kaunter Akaun Kontrak ada kat belah belakang kat garaj delivery.


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2016 03:11 PM | Show all posts
Kawan-kawan mari mendaftar Easyparcel. Percuma ajer!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2016 03:57 PM | Show all posts
Alhamdullilah satu parcel saya bernilai RM 300 berjaya dikesan semula terima kasih pada Easyparcel. Kesilapan pada Poslaju yang patutnya hantar parcel ke JB tapi dihantarnya pulak ke Putrajaya...nasib baik dengan kecekapan Customer Support Easyparcel dapat tolong selesaikan masalah ni dengan follow up bertubi-tubi dengan pihak Poslaju.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.076054 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list