CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5863|Reply: 15

[Tempatan] Kisah Rumah 321K Tak Setanding Harga

[Copy link]
Post time 27-4-2015 05:01 PM | Show all posts |Read mode



Seorang pemilik rumah menghubungi kami untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab.

Individu yang enggan namanya didedahkan itu, kecewa dengan tindakan pemaju perumahan, Matrix Concept, yang lepas tangan akan masalah yang dihadapi oleh pembelinya.

"Kualiti rumah di Bandar Sri Sendayan, Seremban, tak berbaloi dengan harga. Harga rumah dijual dengan harga beratus ribu ringgit, tetapi kualitinya tidak setanding dengan harga.

"Rumah ini, saya beli pada tahun 2012 dengan harga RM321,000.00, apabila hujan, kami tidak dapat duduk tenang. Terpaksa berjaga malam sebab berlakunya kebocoran dari siling rumah. Ini bukannya baru terjadi, kami dah buat aduan mengenai masalah ini semenjak tahun lepas, namun masih tiada tindakan dan penyelesaian dari pihak pemaju," keluhnya.

"Nusari Aman 3, siap ada plaster siling runtuh semasa hujan," tambahnya lagi.









"Pemaju ada datang, tetapi tak tahu apa yang mereka buat. Tak ada apa-apa report. Sedar-sedar, surat sampai ke rumah dan kata 'perkara diambil maklum dan masalah telah diselesaikan'," keluhnya lagi.

Inilah masalah yang seringkali diterima oleh pembeli apabila kebanyakan pemaju perumahan bersikap melepaskan tangan setelah bayaran diterima dan kunci telah pun diserahkan kepada pemilik.

Kepada mereka yang baru berhasrat membeli rumah terutamanya rumah baru, elok berhati-hati dengan pemaju Matrix Concept sehingga pihak pemaju memberikan penjelasan sepenuhnya.


Sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah Rumah skang harga 700k-800k tu dpt kualiti yg superb?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 06:32 PM | Show all posts
Sebab tu penting beli tanah dan buat sendiri. Lagi murah dan berbaloi2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 06:57 PM | Show all posts
Matrix Concept ni nak menempah nasib macam Talam Corporation kot ... buat rumah macam gampang ... harap2 org hilang kepercayaan dan bungkus ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
wds replied at 27-4-2015 06:32 PM
Sebab tu penting beli tanah dan buat sendiri. Lagi murah dan berbaloi2.

Betoi la tu tp tanah pon mahai oii...semua org kat malaysia ni klau blh nk tanah sendiri tp mampu ker semua org beli tanah??sesetgh kawasan je kot ada tanah murah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 07:36 PM | Show all posts
rumah zaman2 dulu 80s 90s mmg berkualiti
zaman sekarang apa nak harap, semua kerja nak cepat siap kena siap ikut kontrak,  kilang2 mengeluar barang2 kurang kualiti janji untung, pekerja2 mana ada jujur buat kerja janji kerja siap gaji dapat, pekerja2 pun datang dari warga asing apa peduli kerja sungguh2 bukan dapat apa yg kaya tokey
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2015 07:37 PM | Show all posts
tightcherry replied at 27-4-2015 06:28 PM
Adakah Rumah skang harga 700k-800k tu dpt kualiti yg superb?

Sama jer... Bukan 700k-800k je, rumah yang over 1m pun ada masalah gak... Tinggal lagi developer sanggup bertanggupjawap nak repair ker tak dan cepat ker tak repair jer.
Rumah aku hujung bulan ni habis DLP pun repair defect tak habis2 lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
bila rumah dah renovate..  automatic rumah abis waranty...  pemaju memang tak layan dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 07:52 PM | Show all posts
Mcm dah bertahun je stay situ...
Defect masih ditanggung developer ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Defect claim perlu dibuat sebelum buat renovation.... Peratikan lepas ujan pergi terus tgk rumah kalau ada kesan bocor...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 08:28 PM | Show all posts
susah jadi rakyat marhein,kiri kanan depan belakang kena
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 10:12 PM | Show all posts
kudajantan77 replied at 27-4-2015 06:57 PM
Matrix Concept ni nak menempah nasib macam Talam Corporation kot ... buat rumah macam gampang ... ha ...

Semua pemaju pun sama jah. Rumah Spidey dibina oleh SP Setia pun ada banyak masalah. Rumah saudara kat Bandar Botanic oleh Gamuda lagi banyak masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 10:16 PM | Show all posts
agusta replied at 27-4-2015 07:15 PM
Betoi la tu tp tanah pon mahai oii...semua org kat malaysia ni klau blh nk tanah sendiri tp mampu  ...

sokong kta2 ko
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 10:36 PM | Show all posts
siapa pengarah syarikat Matrix Concept?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Payah jugak nak boikot developer gini
Nanti kuar projek baru reg nama baru
Subsidiary company konon
Kalau buyers tak alert mmg terkenalah nnt
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 12:33 AM | Show all posts
Seri pajam pun sama. Ceiling runtuh, tile meletop, toilet atas bocor..eh memacam lg. ada report Tp kena ugut di saman oleh pemaju kalau sebarkan. Sudahnya penduduk  jadi takut pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.529488 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list