Assalamualaikum w.b.t.. Aku just nak share satu cerita pasal diri aku.. Baru-baru ni aku ada join satu laman social (beetalk) Niat aku join beetalk tu just untuk menghilangkan kesunyian… Macam-macam peel lelaki lah yang aku jumpa dalam tu… Dalam banyak-banyak lelaki dalam tu, aku ada kenal denganseorang lelaki punjabi.. Walaupun dia Punjabi, dia sangat fasih berbahasa melayu danbila cakap dengan dia macam cakap dengan orang melayu tapi ada lah salahsikit-sikit penggunaan bahasa.. Sebab dia cakap dia membesar di kalangan orang melayu.. Dia bujang berumur 32 tahun dan bekerja di jabatan kerajaan… Aku suka berkawan dengan dia, sebab dia pendengar yangsetia… Dia selalu tekan kan dekat aku dia suka tengok perempuanmelayu, tambah kalau berbaju kurung dankebaya.. Dia selalu juga bertanya dekat aku pasal attitude perempuanmelayu.. Dulu aku pernah cakap dengan dia susah nak kawin denganperempuan muslim.. Lepastu dia cakap macam ni: “ Susah apa…convert, sunat, akad nikah..even saya dah sunatpun untuk kebersihan..” Aku pun tak cakap apa-apa sebab aku anggap lah itu sekadarperbualan di antara seorang kawan.. Tapi lately ni, aku rasa annoying sangat dekat dia.. Sebab dia selalu minta gambar aku berbaju kurung withouttudung.. Aku tak faham apa sebab and banyak kali juga aku highlightdekat dia pasal aurat.. Tapi dia cakap dia just nak tengok and then dia delete, diacakap dia bukan mintak gambar naked pun… Aku tetap berkeras tak nak bagi and selagi itu dia asyiklahmintak dekat aku.. Kemuncaknya semalam sebab terlalu geram sangat, aku uninstallbeetalk tu.. Sedih memang sedih sebab aku selesa berkawan dengan dia… Tapi part mendesak tu, aku memang tak tahan tambah-tambahyang melibatkan larangan agama.. # Susah juga berkahwin berlainan agama ni kan…..
|