CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2007|Reply: 0

Oppo R7 Bakal Diperkenalkan Secara Rasmi Pada Bulan Hadapan

[Copy link]
Post time 28-4-2015 10:03 AM | Show all posts |Read mode


Oppo telah memperkenalkan Oppo R5 pada penghujung tahun lepas, dan kini pengeluar peranti dari China berkenaan dilihat sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan kemaskini untuk peranti berkenaan tidak lama lagi – iaitu pada bulan Mei 2015 kelak.
Oppo R5 sebelum ini memfokuskan kepada peranti yang nipis, dan mungkin pihak Oppo akan terus memfokuskan kepada perkara sama melalui Oppo R7 kelak. Beberapa desas-desus sebelum ini turut mengatakan ia mungkin membawakan bahagian tepi yang nipis berbanding pelbagai peranti lain.
Mengikut desas-desus sebelum ini, Oppo R7 dijangka akan menggunakan skrin bersaiz 4.7-inci dan dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTek MT6795. Ia turut dikatakan akan menggunakan kamera 20.7-megapixel pada bahagian belakang.
Dengan pihak Oppo yang telah mula mengeluarkanteaser rasmi ini, kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak info dikongsikan mereka – berkemungkinan pelbagai teaser tambahan lain dalam masa beberapa minggu lagi.
[size=0.8em]SUMBER RUJUKAN: PHONEARENA
SUMBER GAMBAR: OPPO WEIBO
kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.077146 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list