CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2396|Reply: 0

Samsung Hadir Dengan Aplikasi Backup Memory Untuk Membantu Pesakit Alzheimer

[Copy link]
Post time 28-4-2015 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Alzheimer merupakan salah satu penyakit yang membuatkan kerosakkan memori, selain pada masa yang sama beberapa fungsi otak terjejas. Penawar untuknya masih dibangunkan oleh pelbagai pihak, dan dalam usaha membantu mengurangkan kesan penyakit berkenaan, Samsung hadir dengan sebuah aplikasi dinamakan sebagai “Backup Memory”.
Menurut Samsung, walaupun ia masih tidak menemui penawar untuknya, tetapi beberapa kajian mendapati membantu simulasi memori dengan menawarkan pelbagai peringatan lampau dari semasa ke semasa dapat membantu mengurangkan kesan penyakit berkenaan.


Mengambil peluang daripadanya, Samsung bekerjasama dengan Tunisian Alzheimer’s Association dan 3SG BBDO untuk hadir dengan aplikasi yang dinamakan sebagai Backup Memory. Menurut Samsung, ia membantu sebagai simulasi memori bagi mereka yang menghadapi fasa awal penyakit Alzheimer ini.


Aplikasi ini memperingatkan pesakit berkenaan dengan mengenal-pasti persekitaran mereka, dan ahli keluarga serta rakan-rakan yang berdekatan termasuk hubungan mereka. Untuk menjayakan fungsi ini, aplikasi ini menggunakan sokongan Bluetooth, dan pengguna lain seperti rakan-rakan dan ahli keluarga turut perlu memasang aplikasi sama dan menyertakan info mereka yang relevan kepada pesakit berkenaan secara manual.


Aplikasi ini kemudiannya akan berhubung apabila anda berhampiran sekitar 10 meter dengan pesakit Alzheimer berkenaan, serta memaparkan informasi anda termasuk gambar dan video kepada pesakit untuk mengingati anda.


Tunisian Alzheimer’s Association mengatakan beberapa pesakit memperlihatkan hasil yang baik dengan menggunakan aplikasi ini berbanding kebiasaan – sekaligus memperlihatkan bantuan yang diberikan oleh aplikasi ini berguna kepada pesakit dengan simptom Alzheimer.


Aplikasi ini ditawarkan oleh Samsung dalam pilihan bahasa Inggeris dan Perancis buat masa ini, dan boleh dimuat-turun oleh semua pengguna peranti Android seluruh dunia.
Muat-TUrun Backup Memory untuk Android
[size=0.8em]SUMBER RUJUKAN: SAMSUNG
kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.072824 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list