CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1637|Reply: 0

Paulic akur dengan kekalahan JDT II

[Copy link]
Post time 28-4-2015 10:27 AM | Show all posts |Read mode


Jurulatih Johor Darul Takzim II (JDTII), Goran Paulic akur dengan kekalahan 1-2 pasukannya ke atas Negeri Sembilan apabila 6 dari pemain utamanya tidak dapat beraksi hingga menjejaskan keseluruhan perancangan pasukannya.
Baihakki Khaizan, Che Rashid Che Ismail, dan Kamarul Afiq Kamaruddin antara pemain pertahanan yang  tidak dapat diturunkan Paulic serta ketiadaan Akram Mahinan di bahagian tengah jelas menjejaskan misi pasukan untuk meraih kemenganan di Paroi.

Pengedali kelahiran Croatia itu berkata, kekalahan ke-4 JDT II selepas melalui 9 perlawanan Liga Perdana ini sememangnya mengecewakan namun berdasakan apa yang dipersembahkan pemain yang jarang diturunkan memberikan sedikit kegembiraan buat Paulic.

Semntara itu, pengendali Negeri Sembilan, K. Devan cukup gembira dengan kemenangan pasukannya selepas gagal melakukannya dalam 4 perlawanan sebelum ini.

Beliau menjelaskan, bahagian pertahanannya memainkan peranan penting dalam kemenganan pasukannya, cuma bekas pengandali Pulau Pinang itu kurang berpuas hati dengan komunikasi jentera serangan yang melakukan terlalu banyak kesilapan.

Dalam pertemuan Negeri Sembilan dan JDT II di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, skuad Hobin terlebih dahulu dihadapam menerusi tandukan Francis Forkey Doe pada minit ke 42.

JDT II berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan Nicolás Delmonte pada minit ke 42. Bagaimanapun, Jean Alexandre menjadi wira Negeri Sembilan dengan menjaringkan gol kemenganan pada minit ke 61.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.221353 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list