CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2974|Reply: 0

HTC Desire 826 Di Malaysia Bermula Penghujung Bulan April Ini

[Copy link]
Post time 29-4-2015 09:52 AM | Show all posts |Read mode
HTC Desire 826 Di Malaysia Bermula Penghujung Bulan April Ini – Berharga RM1359
HTC Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi HTC One M9+ di Malaysia, dan bersama-sama dengannya, mereka turut mengumumkan satu lagi peranti baru untuk pasaran tempatan, iaitu HTC Desire 826.
HTC Desire 826 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan Snapdragon 615 1.7Ghz, dan agak mengejutkan kerana ia dikatakan menyertakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan hadapan, berbeza dengan versi yang diperkenalkan pada awal Januari yang hanya membawakan kamera hadapan 4-megapixel
HTC Desire 826 ini juga turut dilengkapi dengan sokongan Boomsound berteknologi Dolby Audio untuk menikmati media dengan lebih menarik lagi.
HTC Desire 826 yang turut menyokong rangkaian 4G LTE ini akan dijual di Malaysia pada harga RM1359 (termasuk GST) di Malaysia bermula 30 April ini. Pelbagai aksesori khusus untuknya – termasuk Dot View Case akan ditawarkan bersama-sama pengenalan peranti ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.057943 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list