CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2497|Reply: 0

T Stand : Pemegang Tablet Ketika Anda Berbaring

[Copy link]
Post time 29-4-2015 09:54 AM | Show all posts |Read mode

Sejak mempunyai puteri kecil saya tidak lagi mempunyai masa terluang menonton perlawanan bola sepak pada hujung minggu. Anak perlu disusu dan ditidurkan di dalam bilik. Televisyen pula di ruang tamu. Kerap kali kami menonton TV menerusi aplikasi Astro On The Go menggunakan iPad. Tetapi sesiapa yang pernah menonton rancangan TV menggunakan tablet akan menyedari ianya bukanlah sesuatu yang selesa. Letak atas perut dan tablet akan menggelongsor. Letak di atas katil sudut menonton pula tidak optimum. Apa yang boleh anda lakukan?
T Stand ialah pemegang tablet yang direka khas untuk diletakkan di atas badan sambil anda berbaring. Tapak T Stand boleh mencengkam bahagian dada dan ini menjadikannya platform tablet yang stabil. Kedudukan tablet juga boleh dilaraskan mengikut kehendak pengguna. Ia turut boleh diletakkan pada bahagian pinggul untuk tontonan secara mengiring di atas sofa.
Jika anda lebih banyak menggunakan tablet berbanding TV di rumah seperti kami, T Stand ialah pemegang tablet yang anda mahukan dengan segera. Harga jualan ialah sekitar $49. TSTand jika digabungkan dengan beg dengan pemegang tablet terbina yang kami paparkan sebelum pastinya menarik.
[size=0.8em]SUMBER RUJUKAN: TSTAND
kredit:www.amanz.my



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.051729 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list