CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1463|Reply: 0

CHONG WEI KETUAI CABARAN MALAYSIA

[Copy link]
Post time 29-4-2015 10:26 AM | Show all posts |Read mode


Bekas pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei akan mengetuai cabaran Malaysia pada kejohanan Piala Sudirman di Dongguan, China, dari 10 hingga 17 Mei.
Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata beliau gembira Chong Wei dapat beraksi dalam kejohanan itu.

"Kami telah memilih Chong Wei sebagai ketua pasukan, dengan Tan Wee Kiong dan Vivian Hoo sebagai naib ketua pasukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

BAM membariskan pasukan 14 pemain bagi Piala Sudirman.
   
Chong Wei dan Cheam June Wei (pemain pelapis) disenaraikan bagi perseorangan lelaki manakala Tee Jing Yi dan Lim Yin Fun (pemain pelapis) bagi acara perseorangan wanita.
   
Bagi pasukan beregu pula terdiri daripada Tan Wee Kiong, Goh V Shem dan Mak Hee Chun (pemain pelapis) dan Vivian Hoo, Woon Khe Wei dan Amelia Anscelly (pemain pelapis).

Beregu campuran membariskan  Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dan Wong Fai Yin/Chow Mei Kuan untuk kejohanan itu.

Frost berkata BAM telah memilih pasukan yang lebih mantap bagi Piala Sudirman.

Mengulas berhubung pemilihan pemain muda, beliau berkata June Wei dan Yin Fun telah menunjukkan prestasi cemerlang semasa lathan dan semasa proses pemilihan.
   
"Kami telah dan perlu mula menampilkan pemain muda dan pemain baharu dalam pertandingan. Adalah penting untuk memberi peluang kepada mereka beraksi dalam kejohanan lebih besar. Malah jika mereka tidak beraksi pun, mereka masih sebahagian daripada pasukan," katanya.
   
Bagi Piala Sudirman, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan 1D bersama-sama juara tiga kali Korea Selatan dan India.
   
"Kami perlu sekurang-kurangnya mengalahkan India dalam pusingan kumpulan untuk mara ke suku akhir," kata Frost.
  
Hendrawan dan Jeremy Gan ialah jurulatih Piala Sudirman manakala kem latihan pusat akan diadakan tiga hari dari 3 Mei.

sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.289602 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list