CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2048|Reply: 0

SAZALI, NICOL DINOBAT DI ANUGERAH SUKAN NEGARA 2014

[Copy link]
Post time 29-4-2015 10:28 AM | Show all posts |Read mode


Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mencipta rekod baharu apabila dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan buat kali ke-10 pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2014, malam ini.
Menerusi pencapaian itu, beliau muncul atlet negara yang paling banyak memenangi ASN sejak anugerah itu diperkenalkan pada 1966.
Atlet kelahiran Pulau Pinang itu, sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan pada 1999, 2003, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2013.

Pencapaian itu juga mengatasi rekod yang dicatat dua atlet tersohor negara, Nurul Huda Abdullah dalam acara renang dan Shalin Zulkifli dalam acara boling.

Nurul Huda pernah mencipta rekod memenangi anugerah itu sebanyak lima kali berturut-turut dari 1985 hingga 1989 manakala Shalin menjulang anugerah itu pada 1994, 1996, 1997, 2001 dan 2002.

Nicol, 31, mencipta sejarah dalam arena skuasy sebagai pemain nombor satu dunia paling lama, iaitu 108 bulan sehingga kini, mempamerkan prestasi konsisten sepanjang penampilannya di pentas antarabangsa.

Antara pencapaian cemerlang beliau tahun lepas ialah meraih pingat emas Sukan Komanwel Glasgow, Scotland bagi acara perseorangan; emas acara perseorangan dan berpasukan Sukan Asia Incheon, Korea Selatan serta juara Kejohanan Dunia di Mesir.

Jaguh bina badan Sazali Abd Samad pula muncul Olahragawan Kebangsaan buat kali keempat selepas meraih gelaran itu pada 2006, 2010 dan 2013.

Sazali adalah atlet bina badan kedua yang dipilih memenangi anugerah itu selepas Datuk Malik Noor pada 1986.

Pegawai polis berpangkat Sub Inspektor berusia 46 tahun itu, meraih gelaran Mr Universe buat kali ke-10 pada Kejohanan Bina Badan Dunia di Mumbai, India pada Disember tahun lepas.

sumber:www.stadiumastro.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.085197 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list