CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1730|Reply: 0

CHONG WEI PERLU BERAKSI DI SEMUA KEJOHANAN SIRI SUPER - FROST

[Copy link]
Post time 29-4-2015 10:31 AM | Show all posts |Read mode


Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei perlu beraksi pada semua Kejohanan Siri Super dalam usaha meraih semula statusnya sebagai pemain nombor satu dunia, kata Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen.
Pada masa ini, kedudukan Chong Wei jatuh ke tangga ke-30 dalam ranking   Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas gagal melepasi ujian doping semasa menyertai Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.

Semasa ujian doping dijalankan secara rawak pada kejohanan itu, sampel air kencing pemain berusia 33 tahun itu didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone'.

"Chong Wei perlu beraksi pada semua Kejohanan Siri Super dan kami (BAM) sebenarnya telah membuat rayuan agar namanya disenaraikan pada Terbuka Australia (26-31 Mei). Namun pendaftaran pemain untuk kejohanan itu sudah ditutup.

"Jika kita tidak berjaya menyenaraikan namanya untuk beraksi di Terbuka Indonesia (2-7 Jun) atau Terbuka Australia, kami mempertimbangkan untuk Terbuka Amerika Syarikat (16-21 Jun)," kata Frost kepada pemberita di pejabat BAM di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini.
   
Dalam keputusan BWF yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, semalam, Chong Wei dikenakan hukuman penggantungan selama lapan bulan berhubung kesalahan kes doping oleh BWF, berkuat kuasa 30 Ogos 2014.

Mengikut Panel Pendengaran Doping BWF, tempoh penggantungan tersebut akan berakhir 30 April ini, dan bekas pemain nombor satu dunia itu layak bermain semula pada 1 Mei ini.

Mengulas lanjut, Frost berkata Chong Wei harus segera meraih seberapa banyak mungkin mata dan BAM akan memastikan pemain utama negara itu dapat beraksi pada kejohanan-kejohanan antarabangsa agar beliau dapat kembali berada di kedudukan teratas dalam ranking dunia.
   
Chong Wei akan mengetuai cabaran negara pada Piala Sudirman dari 10 hingga 17 Mei dan membantu skuad kebangsaan pada Sukan SEA 2015 di Singapura, pada Jun.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.057142 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list