CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1869|Reply: 0

JDT memastikan kelayakan

[Copy link]
Post time 29-4-2015 10:33 AM | Show all posts |Read mode


Penyerang Mohd. Amri Yahyah meledakkan gol pemenang dalam minit ke tujuh untuk melurukan Johor Darul Ta'zim ke puncak kumpulan F Piala AFC ketika pertembungan bersama East Bengal FC di Salt Lake Stadium.

Pengendali tuan rumah, Eelco Schattorie sekali lagi enggan menurunkan kesebelasan utamanya dan ditewaskan dengan selesa oleh Harimau Selatan yang berteguh sepanjang 90 minit perlawanan.

Sementara itu, pendahulu kumpulan mempunyai keupayaan Luciano Figueroa dikerah serangan yang disokong oleh Amri Yahyah yang beroperasi belakang dari pemain Argentina itu. Manakala, pemain antarabangsa Singapura, Hariss Harun, mengambil kedudukan di sayap kiri.

JDT hanya mengambil tujuh minit untuk mendaftar diri pada scoresheet melalui serangan balas apabila Hariss Harun memecut ke kiri dan menghantar bola ke arah Amri yang meledakkan gol dengan selesa.

Sedangkan kedua-dua pasukan terus bermain dalam hujan lebat, pengadil membuat keputusan untuk menggantung aksi perlawanan pada minit ke-30 apabila kilat melanda kawasan itu.

Kemenangan itu memberi JDT 12 mata daripada 5 perlawanan dan menjaminkan kelayakan manakala East Bengal tersingkir dengan hanya empat mata daripada empat perlawanan.




sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.053746 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list