CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2143|Reply: 0

Pahang Idam Tiga Mata Penuh Berdepan Yadanarbon FC

[Copy link]
Post time 29-4-2015 10:39 AM | Show all posts |Read mode


Skuad Pahang akan turun habis-habisan bagi meraih tiga mata penuh apabila berdepan wakil Myanmar, Yadanarbon FC dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), di laman sendiri malam esok.
Jurulatih Zainal Abidin Hassan berkata perlawanan itu amat penting bagi skuad Tok Gajah kerana hanya kemenangan akan dapat melayakkan pasukan berkenaan mara ke pusingan seterusnya pada kejohanan tersebut.

"Mahu tidak mahu, kita perlu mendapatkan tiga mata penuh selepas tercicir tujuh mata bermakna pada tiga perlawanan lalu yang menyaksikan Pahang tewas dua kali dan seri sekali," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Zainal berkata pasukan berkenaan berada dalam keadaan baik bagi menghadapi perlawanan tersebut dan kesemua pemainnya bebas daripada kecederaan.

"Kami tidak menghadapi masalah besar dari segi kecederaan, apa yang perlu ialah untuk mengembalikan kecergasan pemain selepas mengharungi perlawanan Liga Super dan Piala FA.

"Saya pastinya akan menurunkan barisan terbaik selain melakukan sedikit perubahan taktikal dalam usaha mencapai kemenangan malam esok," katanya.

Kapten pasukan Pahang Razman Roslan berkata beliau dan rakan sepasukan berjanji untuk berjuang habis-habisan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan Tok Gajah.

"Saya berharap penyokong Pahang dapat turun beramai-ramai ke Stadium Darul Makmur untuk memberi sokongan padu.

"Bagi kami, sorakan penyokong merupakan suntikan semangat terbaik bagi kami untuk bermain dengan cemerlang di gelanggang sendiri," katanya.

Pengarah Teknikal Yadanarbon FC, Rene Oscar pula berkata pihaknya juga mengharapkan kemenangan ke atas Pahang walaupun menyedari mereka berdepan dengan pasukan yang kuat.

"Kami menyedari Pahang memiliki kekuatan dengan empat pemain import berkaliber. Walaupun tidak dibelenggu kecederaan, pasukan kami rata-rata terdiri daripada pemain muda dan saya percaya sesuatu yang positif dapat dilakukan dan kami cukup bersedia untuk menghadapi pertemuan ini," katanya.

Pemain tengah Yadanarbon FC, Ye Ko Oo berkata mereka akan mengawal pergerakan pemain import Pahang, Dickson Nwakaeme yang dilihat boleh membahayakan gawang pasukan itu.  

Untuk rekod, pada perlawanan yang berlangsung 15 April lepas, Pahang yang beraksi dalam Kumpulan G, tewas 1-3 kepada South China, manakala skuad Tok Gajah itu kalah 0-1 kepada kelab sama, 18 Mac lepas

Pahang hanya mencatat keputusan seri 0-0 berdepan Global FC pada 11 Mac lepas, dan menang 3-2 ke atas Yadanarbon FC, 25 Feb lepas.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.101889 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list