CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2620|Reply: 0

Peluang Emas Buat Tok Gajah

[Copy link]
Post time 29-4-2015 10:41 AM | Show all posts |Read mode


Pahang mempunyai peluang emas untuk menempah tempat dalam pusingan Piala AFC yang seterusnya apabila menyambut lawan dari Myanmar, Yadanarbon di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada esok malam.
Sekurang-kurangnya nasib Tok Gajah menyebelahi mereka sedangkan baki dua perlawanan peringkat kumpulan tidak melibatkan pendahulu South China yang telah menguasai kumpulan G.

Pasukan Hong Kong itu sudahpun menjaminkan kelayakkan mereka serta menewaskan skuad kendalian Zainal Abidin di rumah dan di tempat lawan ketika aksi kumpulan mereka.

Namun, pemain Pahang sedar bahawa tiga mata penuh menentang Yadanarbon akan menjadikan mereka pasukan pilihan untuk menyertai pendahulu kumpulan itu di pusingan seterusnya.

Berikutan permulaan yang hambar musim ini, pasukan yang bepangkalan di Kuantan itu sudah mula mendapatkan semula rentak mereka setelah mencapai empat kemenangan dalam lima perlawanan Liga Super Malaysia.

Mereka juga telah mara ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Pulau Pinang pada suku akhir.

Kemenangan untuk Pahang malam esok, lebih lagi jika South China mampu menewaskan pesaing Filipina, Global, akan meletakkan Tok Gajah di tempat lawan Persipura Jayapura atau Bengaluru dalam pusingan kalah mati.

Kini, South China mempunyai 12 mata, Pahang dan Global berkongsi empat mata manakala Yadanarbon memiliki tiga mata dalam kumpulan G.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.077189 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list