CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2355|Reply: 0

Amirizdwan Taj sertai Kelantan

[Copy link]
Post time 29-4-2015 10:42 AM | Show all posts |Read mode


Pemain pertahanan Harimau Malaya yang juga pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Amirizdwan Taj Tajuddin bakal memyertai pasukan Kelantan bagi mengharungi kempen Liga Malaysia musim ini.
Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kelantan) Tan Sri Annuar Musa menerusi laman facebook miliknya.

Beliau berkata," Sebagai usaha memperkasakan lagi The Red Warriors terutamanya pertahanan dan pertahanan tengah, KAFA dengan persetujuan pelepasan ATM, akan membawa masuk pemain pertahanan Harimau Malaya, Amirizdwan Taj.

"Beliau akan didaftarkan esok (hari ini) dan mula berlatih bersama TRW minggu depan... Selamat kembali berbakti kepada negeri bersama The Red Warriors".

Anak jati Kelantan itu memulakan kerjaya bola sepaknya bersama pasukan Uitm sebelum berpindah ke ATM pada 2012. Beliau antara pemain penting yang membantu ATM memenangi Liga Perdana pada 2012, sekaligus membawa pasukan itu ke saingan Liga Super.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.055839 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list