CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3845|Reply: 2

Selfie Arm : Mengambil Gambar Selfie Tanpa Kelihatan Seperti Keseorangan

[Copy link]
Post time 30-4-2015 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Minggu lepas ada kami sentuh sejarah penciptaan kayu selfie pertama oleh Hiroshi Ueda. Semuanya bermula dari perasaan risau kamera dicuri ketika melancong ke Eropah. Rekaan beliau tidak mendapat sambutan kerana dikatakan tidak perlu. Selang tiga dekad selfie stick kini dijual secara meluas dan mendapat sambutan yang sangat hangat. Jika mengambil gambar menggunakan kayu selfie membuatkan anda kelihatan seperti seorang insan keseorangan selama-lamanya, Selfie Arm dicipta khas untuk anda.
Selfie Arm ialah kayu selfie yang membuatkan anda kelihatan seperti memegang tangan manusia ketika berselfie. Ianya dicipta oleh Aric Snee dan Justin Crowe, dua orang artis yang berasal dari Amerika Syarikat. Idea mencipta “tangan selfie” ini wujud selepas menyedari gambar yang diambil menggunakan kayu selfie biasa membuatkan penggunanya kelihatan seperti kera sumbang anti sosial. Dengan Selfie Arm wujud ilusi pengambil gambar mengambil gambar dengan orang tersayang. Buat masa ini Selfie Arm masih hanya prototaip dan bukan untuk dijual kepada umum.
Gambar yang diambil menggunakan Selfie Arm ini mengingatkan kami kepada siri gambarInstagram oleh Murad Osman. Kesemua gambar beliau diambil dengan tangan beliau memegang tangan teman wanita di lokasi-lokasi menarik serata dunia. Kini anda juga boleh bergambar seperti Murad Osman walaupun seorang diri.
[size=0.8em]SUMBER RUJUKAN: SELFIE ARM
kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2015 11:30 AM | Show all posts
ai mcm2 hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 09:33 PM | Show all posts
seram je aku nengok tangan tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.063487 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list