CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1814|Reply: 0

Sazali tekad buru gelaran Mr Universe ke-11

[Copy link]
Post time 30-4-2015 05:18 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR - Usia bukan penghalang kepada jaguh bina badan negara, Sazali Abd Samad, yang bertekad untuk memburu gelaran Mr Universe untuk kali ke-11 tahun ini.

Sazali, 47, yang dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan buat kali keempat pada Anugerah Sukan Negara 2014 semalam, bersedia untuk memburu gelaran itu di Bangkok, Thailand pada 15-21 November ini.

"Kalau ada keizinan saya akan buat yang terbaik lagi untuk negara, saya akan memburu gelaran yang ke-11. Selagi saya berupaya, saya akan teruskan perjuangan saya dengan kemampuan saya dan kemudahan yang disediakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

"Panel pilih saya lagi, mungkin kerana pencapaian saya untuk rebut gelaran Mr. Universe ke-10 dan pingat emas Kejohanan Bina Badan Persekutuan Bina Badan dan Fizikal Sedunia (WBPF) di Macau," katanya.

Beliau menerima anugerah itu daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.   
Sazali memenangi kejuaraan Mr Universe pada 2000, 2004, 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014 serta lapan kali gelaran Mr Asia bermula 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014.

Pegawai Polis berpangkat Sub Inspektor kelahiran Batu Pahat, Johor itu juga optimis untuk memenangi pingat emas kelima di Sukan Polis dan Bomba Dunia di Virginia, Amerika Syarikat bermula 26 Jun hingga 5 Julai.   

Pada kejohanan dwitahunan itu, beliau meraih pingat emas pada 1995, 2003, 2005 dan 2007 manakala pada edisi 1997, beliau membawa pulang pingat perak. - Bernama

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.059759 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list