CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1408|Reply: 7

Najib bertindak lebih seperti maharaja daripada PM, kata bekas menteri

[Copy link]
Post time 30-4-2015 06:58 PM | Show all posts |Read mode
Published: 30 April 2015 5:49 PM
Bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti maharaja kaya dan tidak berasa perlu untuk bertanggungjawab atas tindakannya atau menjelaskan apa-apa kepada sesiapa walaupun kritikan sengit ditujukan terhadap tadbir urusnya dan beberapa dasar kerajaan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 April, 2015.Datuk Seri Najib Razak bertindak lebih seperti maharaja daripada seorang perdana menteri, kata bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim, menambah asakan kepada suara yang mendesak beliau meletak jawatan.
Menulis di dalam blognya hari ini, Zaid berkata, Najib seperti maharaja kaya dan tidak berasa perlu untuk bertanggungjawab atas tindakannya atau menjelaskan apa-apa kepada sesiapa walaupun kritikan sengit ditujukan terhadap tadbir urusnya dan beberapa dasar kerajaan itu.
"Najib berpendapat beliau Louis XIV. Raja Perancis terkenal yang dengan bangganya mengisytiharkan beliau ialah negara Perancis itu (L'etat cest moi), bermakna apa sahaja yang beliau katakan ialah undang-undang dan kuasa lain tidak dihiraukan.
"Tiada siapa boleh atau berhak menyoal beliau. Beliau menghabiskan wang negara sesuka hatinya dan tidak menjawab kepada sesiapa, walaupun kepada pihak berkuasa. Arahannya dituruti dan penyokong setianya hidup makmur," beliau menulis.
Beliau berkata, dengan cara yang sama, Najib ialah "maharaja pertama" negara ini.
"Dia sangat kaya kerana, seperti Louis XIV, beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan, seperti yang didakwa pejabatnya," kata Zaid.
Beliau merujuk satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang kekayaan Najib datang dari warisan keluarga susuan laporan The New York Times mengenai anak tiri beliau, Riza Aziz, yang membeli hartanah mahal di New York City.
"Apabila adik-beradiknya bersuara, mengatakan arwah bapa mereka - perdana menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak - tidak kaya, Najib tidak menjelaskan dari mana beliau memperolehi wang itu.
"Dia tidak peduli untuk memberitahu orang ramai berapa banyak hartanya, kerana seperti maharaja, dia tidak perlu untuk menjelaskan apa-apa kepada sesiapa pun," katanya. – 30 April, 2015.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2017 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tk menegjutka. Pun
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kutip tcg je
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Merempit kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb nak panjat phr benang yg dinginkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
BertBahlah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2017 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mari berusaha gigh
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 01:47 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Belom lagi... Sebab dia belom pakai mahkota... Heh! Heh! Heh!


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.075227 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list