CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1676|Reply: 6

Pelampau dan pengganas Islam mencabar dunia Islam

[Copy link]
Post time 4-5-2015 09:07 PM | Show all posts |Read mode


        


oleh Ahmad Mustapha Hassan


[size=0.875]SEKILAS PANDANG: Pada sidang kemuncak memerangi keganasan di Mekah yang dianjurkan oleh Liga Dunia Islam, sebuah NGO yang disokong oleh Kerajaan Arab Saudi, beberapa isu telah dibincangkan tetapi terutamanya penekanan diberikan ke atas persoalan mencegah penyebaran keganasan Islam di dunia.
[size=0.875]Persidangan tiga hari itu diadakan pada 22-25 Februari dan berada di bawah naungan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud.
[size=0.875]Dalam ucapan pembukaannya mengenai kandungan persidangan itu, pihak penganjur telah memberi penekanan yang berikut - "...kejutan baru dalam keadaan semasa kita adalah menakjubkan. Anak-anak kita sendiri yang memperjuangkan kepentingan orang-orang yang berusaha untuk melemahkan Islam dengan contoh-contoh yang paling buruk. Pencetus kebencian ini telah menghina Islam tanpa apa-apa bukti untuk menyokong dakwaan mereka.”
[size=0.875]Ia diteruskan, "Golongan mentah dan bermimpi di siang hari ini memberikan pemfitnah apa yang mereka impikan. Dengan tindakan melulu dan keberanian membabi-buta untuk menumpahkan darah mereka yang tidak bersalah, mereka memberikan musuh lebih banyak daripada apa yang mereka harapkan. Mereka telah menakut-nakutkan orang yang tidak bersalah dan menyembelih orang Islam dan agam lain. Segala perbuatan keji mereka telah dilakukan di bawah panji yang dihiasi dengan kepalsuan, kononnya kesaksian tauhid. Mengiringi tuntutan hipokrit mereka, mereka bertempik bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah maha besar. Untuk golongan fanatik ini, ini adalah slogan kosong tanpa apa-apa bukti."
[size=0.875]Komen-komen pembukaan ini menyebut mengenai kumpulan IS yang kini mengawal kawasan yang luas di Iraq dan Syria. Mereka mendakwa wilayah ini sebagai sebuah khalifah yang baru, dan semua orang Islam mesti mematuhi kepimpinan mereka.
[size=0.875]
[size=0.875]Di Malaysia juga, elemen-elemen ini telah meluas. Nasib baik bagi kita, seksyen anti-keganasan pasukan polis telah agak berjaya dan beberapa pelampau telah ditangkap, dengan ada beberapa dari mereka telah dihalang dari melakukan perjalanan untuk menyertai IS.
[size=0.875]Masalah ini melibatkan golongan muda dalam masyarakat Islam. Persidangan itu, oleh itu, memberi tumpuan kepada kumpulan ini dan cara untuk menghalang mereka daripada dipengaruhi untuk menyertai kumpulan-kumpulan militan Islam.
[size=0.875]Dalam ucaptamanya, Sheikh Ahmed al-Tayeb, imam universiti paling berprestij mazhab Sunnah, Universiti Al-Azhar di Mesir, berkata antara lain bahawa "keganasan kumpulan-kumpulan ini adalah asing dengan Islam dan ia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kepercayaan, syariah, etika, sejarah dan tamadun kita."
[size=0.875]Beliau selanjutnya berkata bahawa pada pendapatnya, "sumber yang paling menonjol radikalisasi di kalangan umat Islam adalah pengumpulan sejarah pelampau dan militan dalam budaya kita."
[size=0.875]Mengenai dalangnya, setiausaha agung Abdullah bin Abdelmohsin al-Turki berkata secara terus terang bahawa "keganasan yang kita hadapi di kalangan umat Islam adalah bermotifkan agama. Ia telah ditubuhkan melalui dasar ekstremisme dan salah faham beberapa konsep syariah yang diputarbelitkan."
[size=0.875]Persidangan yang dihadiri oleh ulama dan pakar-pakar itu menyeru supaya adanya reformasi pendidikan untuk menangani ekstremisme agama. Mereka menggesa pemimpin-pemimpin Islam untuk mengkaji semula mesej dalam pendidikan, untuk "mencapai pendekatan yang lebih sederhana”.
[size=0.875]Dalam hal ini, Malaysia juga perlu menumpukan perhatian kepada apa yang sedang berlaku di sekolah-sekolah Islam swasta, kerana benih ekstremisme sentiasa ditanam dalam institusi-institusi yang kelihatan tidak berbahaya ini.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2017 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Islamkah mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada hakitkatnya??
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima apa yg mereka nk terima
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolak apa yg mereka merasakn tk sesuai utk mereka
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Islam kah itu ps nama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2017 01:43 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Kenapa pengganas Islam...? Pengganas Kristian...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.061215 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list