CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: red_cattleya

Puaka itu Nenek Tua # Post 319 (8/12/16)

[Copy link]
 Author| Post time 10-6-2016 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
cik_pink replied at 9-6-2016 08:42 AM
TT xde cerite baru keee

so far, tgh kumpul bahan bukti dulu  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2016 12:26 PM | Show all posts
red_cattleya replied at 10-6-2016 08:26 AM
so far, tgh kumpul bahan bukti dulu

baikkkk...
teruskan mengupdate yooo...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 03:30 PM | Show all posts
Sangat menarik... nak citer lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 03:23 PM | Show all posts
red_cattleya replied at 15-5-2015 02:26 PM
sbb petua org dulu2 klu kncing mlm kena tonyoh ke ape tah kt pusat..huhu..maaf klu trsalah petua.. ...

sy rasa bukan labah2 la..dragonfly...sebab dulu adik kite kencing mlm..ma and abh kejar dia dgn dragonfly tu..hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 03:38 PM | Show all posts
red_cattleya replied at 20-5-2015 02:53 AM
Part 7

Aku dgn Abby BFF..walaupun berjauhan still bertelefon tanya khabar..gituuu..so kadang2 bil ...

kelakar la cara tt bercerita nih..tergelak sorang2 park kibas dgn towel tu..hahahahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2016 10:12 PM | Show all posts
Part 16

Lamanya den tak bersiaran. Bukan tak nak cerita, tapi takde modal nak cerita. And at last, beliau muncul kembali...since aku diam takde update tu maknanya memang hampir zero gangguan. Cuma dalam bulan Ogos tu start balik. Kisah bermula macam neh...Satu malam tu, awal lagi dalam pukul 10pm..aku dengan Abby berlumba-lumba ke dapur untuk masak sebab awalnya ada tetamu kat rumah so, aktiviti membuncitkan perut terpaksa ditergendalakan. Elok je tetamu keluar, rakus lah kami mencari makanan. Dapur rumah Abby ada dua bahagian, satu bahagian sinki and satu lagi tempat memasak which tempat memasak tu lampu selalu rosak. Malam tu, turn aku pegang senduk. Sambil2 tu aku berborak dengan Abby mengenai hal2 semasa seperti planning shopping ubat jerawat kat Watsons, brand apa yg sesuai untuk muka berpigmentasi dan sebagainya. Tiba2 Abby gi petik, 'dapur neh tempah pabedah'. Aku jeling Abby. Sambil bijik mata aku rolling, tetiba lampu tempat memasak tu berkelip-kelip tapi kitorang buat tak tau je lah sebab selalu rosak lampu tu. Dan dengan yakin serta lantangnya Abby bersuara, pabedah lah tu. Kitorang pun gelak2 walaupun takde benda yg kelakar. Abby mengusik2 aku dengan motif nak bagi aku terkucil ketakutan dalam seluar. Elok je aku tutup api dapur, nak pusing g kat sinki and Abby nak take over tempat dia nak masak air, air sinki terbukak sendiri. Kami saling berpandangan and kaku. Kuat pulak tu air sinki tu keluar. So aku tuduh perut Abby yg terlanggar pemulas tu walhal mana mampu seketul perut mampu memulas seulas pemulas paip sinki. Sekali lagi aksi berlumba-lumba lari masuk ke bilik. Terus tutup pintu.

Malam seterusnya, Abby keluar masak sorang2 sebab beliau lapar walaupun dah pukul 11 malam. Dia nampak sayur dengan tepung lalu terhasil lah sayur goreng celup tepung. Disebabkan malas terlampau, Abby masukkan semua helaian sayur dan digaul2 dengan tepung lalu dicampaknya ke dalam kuali. Dia ambik pinggan letak sebelah dapur. Masa dia nak angkat sayur tu, bila nak capai pinggan, pinggan dah hilang. Kemanakah menghilangnya pinggan? Tanya Abby buat dirinya. Abby pun gi lah cari pinggan tu. Korang tau kat mana? Ada atas rak kasut. Rak kasut tu pulak depan toilet. Punya lah jauh pinggan melarikan diri. Lepas Abby jumpa pinggan tu, adik dia datang."Long, kenapa ketuk pintu?", tanya adiknya dengan dahi kerut seratus. "Mana ada ketuk, mama kot", jawab Abby simple dengan muka kedutnya. Padahal acik dah tidur lama dah dibuai mimpi. Abby terus masuk bilik sebab dia rasa lain macam. Nasib baik dia tak kacau aku yg time tu tengah golek2 tengok tv dalam bilik sorang2. Fuhhh selamat!

Malam merdeka lepas, kami cuba nak lelapkan mata awal sebab esok nak keluar gi Dataran Merdeka. Tapi tak boleh sebab Abby risau mak beliau tak balik lagi dari rumah sedara. Akhirnya dalam pukul 2.30am, acik pun sampai rumah dengan mak sedara Abby. Mak sedara tidur kat rumah Abby. Tengah kami siap2 nak tidur, tiba2 mak Abby ketuk pintu tapi Abby malas nak bangun buka sebab beliau pakai mask. Esoknya, acik tanya kenapa tak bukak pintu? Acik gitau, dia nak suruh Abby check toilet sebab makciknya nampak kepala kat atas tembok dinding antara toilet tu. Mungkin tu lah kot kali terakhir makciknya bermalam di rumah Abby. Huhuhu. Aku je yg sanggup Abby oii.

Actually, sebelum aku gi rumah dia Ogos lepas, ada Abby bawak ustaz area rumah dia tu. Cuma ustaz tu bukan bidang dia bab2 halau jin neh cuma dia boleh scan aura jahat gitu. Ustaz tu masuk je rumah terus dia cakap suram dan panas ke apa tah dia cakap, lebih kurang gitu lah. Tapi bila sampai bilik Abby, aura dia lagi kuat. Bukak je pintu bilik, ustaz tu cakap tempat jin tu mungkin dekat dinding yg memisahkan rumah Abby dengan jiran sebelah which is dinding sebelah aku selalu berdengkur. Kalau korang ingat, Abby selalu nampak bayang hitam belakang aku kan and time dia halau natang kecik macam jenglot tu. Terlatest, ada jelmaan aku time aku takde. Ceritanya macam neh. Malam tu Abby frust dengan bf dia then dia memerlukan aku untuk dia luahkan perasaan dan aku merupakan tempat tadahan makian Abby bagi pihak bf dia. So malam tu dia call aku tapi aku dah selamat di alam mimpi. Dia berharap sangat aku jawab call tu then bila dah aku tak jawab, dia pun switch off lampu dan terus lompat atas katil. Masa dia toleh ke dinding, port aku selalu tidur kalau lepak sana tiba2 dia terpeluk something and bau rambut macam rambut aku katanya. Apa lagi, terus Abby bangun bukak lampu. Macam dalam filem lah, bila bukak lampu takde benda apa pun. So malam tu, dia tak tidur pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-9-2016 10:56 PM | Show all posts
Part 17

Minggu lepas malam raya haji, dalam pukul 4.45am aku terjaga daripada tidur sebab mimpi menakutkan. Tapi dalam mimpi tu, takde jelmaan hantu cuma aku nampak orang ramai macam dalam bangunan. Sebelum aku bukak mata, aku nampak lif dan tiba2 aku jadi takut sangat. Tak tau kenapa. Bila aku terjaga, badan aku menggigil2 takut. Bukannya aku mimpi hantu pun. Entahlah.

Esoknya, Abby call gitau semalam ada perempuan pelik. Aku pun tadahkan je lah telinga. Dia gitau, malam tu dia balik lewat dari rumah sedara. Perjalanan makan 2,3 jam jugak. Dalam pukul 4.30am baru dia sampai KL. Lepas parking dia pun terus masuk lif sorang2 and tiba2 button lif tu macam ditekan2 dari tingkat 1 sampai tingkat rumah Abby. Abby nampak button tu tenggelam dan ada lampu. Nak tak nak, setiap tingkat lif berhenti and setiap kali pintu lif terbukak mesti Abby takut ada benda yg muncul depan pintu lif. Tapi bila sampai tingkat 5, ada sorang perempuan masuk lif dan berdiri depan pintu lif. Abby cakap, perempuan tu nampak normal, berbaju kurung berambut sederhana panjang. Tapi yg peliknya, badan perempuan tu langsung tak bergerak. Kalau manusia, mesti lah bergerak2. Abby pulak terlalu ramah, dia pun sapa lah perempuan tu "dari mana neh?datang rumah sedara ke sebab tak pernah nampak". Yelah, kan nak raya mana tau datang melawat sedara mara ke. Tapi perempuan tu diam je, langsung takde reaksi. Bila sampai tingkat rumah Abby, Abby pun keluar lah lif and dia rasa lega sangat sebab dah nak sampai rumah walaupun rumah dia yg paling hujung and rasa selamat sebab dah jauh daripada perempuan pelik tu.

Abby jalan laju2 and bila sampai je koridor straight nak ke rumah dia, dia nampak perempuan tadi duduk bercangkung betul2 depan pintu rumah Abby. Berderau darah, kering peluh sebab takut. Abby terpaksa jugak lintas depan perempuan tu, kalau dia patah balik pun nak ke mana pagi2 gitu dengan lif pun menyeramkan. Abby risau perempuan tu tarik kaki masa dia lintas, tapi dia gagahkan jugak bukak pintu. Bila pintu dah bukak, cepat2 dia masuk tinggalkan perempuan tu. Pakai kasut roda turbo ke apa laju bebenau sampai depan rumah Abby walhal masa Abby keluar, dia still dalam lif. Tau pulak tu mana satu rumah Abby. Alkisahnya, aku mimpi menakutkan tu time Abby kena sakat tu. The exact same time.

Malam esoknya pulak, Abby sampai rumah lewat sebab ada event then disebabkan takut, dia suruh bf dia temankan. Sebelum balik, Abby gi kedai makan tapau makanan dengan air dulu. Kedai tu dekat2 kawasan rumah Abby je, seberang jalan tapi ke dalam sikit. Lepas je order makanan, Abby and bf nampak rumah banglo putih dua tingkat tepi bukit berhadapan kedai makan tu. Time tu around 1.30am. Bagaikan dipanggil, dorang dua berjalan masuk walaupun si bf neh cakap jangan masuk. Rumah tu nampak terbiar dan bersemak-samun. Tapi Abby masuk jugak nak tengok. Yg si bf neh, takut gigil2 dah. Nak tak nak dia terpaksa lah ikut kepala degil gf dia tu. Bila si bf takut sangat, barulah dia bertegas suruh keluar sebab dia nampak Abby dah pegang tombol pintu bilik dalam rumah tu. Dorang pun keluar and terus ke kedai makan tu semula. Dorang pelik sebab tak pernah nampak rumah tu sebelum neh.

Bila Abby sampai rumah, aku mesej dia sebab aku terjaga daripada tidur and aku nampak Abby online. Aku tak tau dia baru sampai rumah. Terus aku mesej dia "Ab, aku terjaga lagi lah. Mimpi menakutkan, aku nampak rumah banglo dua tingkat tepi bukit. Aku masuk dalam rumah tu tapi bila sampai depan satu bilik neh, aku jadi takut sangat. Bila aku sedar, aku cuba pejam mata balik tapi aku still kat rumah tu. 2,3 kali babe. Sampai yg last tu, aku lari dari situ sebab ada perempuan neh panggil aku masuk. Ada perempuan sakit dalam bilik dalam rumah tu. Dia nak aku gi tengok dia, tapi aku takut. Dia memanggil2 aku". Ha, lebih kurang gitulah mesej aku. Terkejut Abby sampai dia call aku cakap dia pun alami benda yg sama tapi dia realiti, aku mimpi je. Ibarat, Abby bluetooth kan perasaan takut tu. Aku tak nampak pun jelmaan menyeramkan tapi perasaan tu seram sejuk sangat. Esoknya untuk kepastian, Abby pergi lagi sekali ke kedai makan tu. Sekali lagi dia terkejut sebab kawasan yg dia nampak rumah tu sebenarnya semak-samun je. Dia pun tanya lah pekerja kedai makan tu and cerita apa yg dia alami malam semalam tu. Brader tu gitau, sebelum neh takde pulak jadi benda2 gitu. Tiba2 pekerja lagi sorang datang melulu and gitau bos dia yg semalam sebelum Abby sampai, dia dengar benda mengilai sebab time tu dia tengah cuci gelas belakang kedai. Dah tu, Abby pun pulang lah ke rumah.

Next story, aku cerita kat korang pasal setan tu lukis kat cermin
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
TT, ingatkan korang dah OK. Ada lagi rupanya... Update jangan lupa letak kat tajuk yer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2016 08:22 AM | Show all posts
nak sambungan plishh
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt oi mane kesambungannya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 09:57 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2016 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde sambung lagi ke tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2016 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
BONDAFAD replied at 15-11-2016 07:58 PM
Xde sambung lagi ke tt

buat masa skrg malas lak nk naipnya..tgu ioll keluar rumah dlu sbb kang tin sekut lekat kt kepala pulak  
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 05:47 PM | Show all posts
baca 2 part last je pn da seram. adehh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2016 05:42 AM | Show all posts

Part 18

Kisahnya bermula bila aku balik ke rumah parents aku dan meninggalkan Abby kesepian di rumah bersama puakanya. Satu malam tu, aku teringat nak tanya Abby pasal gosip si polan. Aku terus call time tu dalam pukul 12.45 am gitu.

Tengah dok syiok bergosip tu, tiba2 Abby suruh diam sebab gegendang telinga beliau menerima isyarat bunyi. Dia suruh aku dengar sekali apa yg dia dengar. Dia cakap bunyi bising tu datang dari bawah katil. So Abby letak fon bawah katil bagi aku sesama naik bulu kening dengan dia sekali. Abby cakap bunyi macam benda cakar tapi tak tau cakar apa. Then bila aku dengar, memang bunyi cakaran. Abby bangun bukak lampu bilik. Dia pun mencari-cari lah mana datang bunyi tu. Last2 dia nampak tin biskut aku yg kosong kat bawah katil tu. Bukan tin biskut yg besar tinggi tu, bekas kecik selalu isi biskut2 butter kejadah itew~ Penutup atas habis kena cakar and guess what bila Abby bukak tengok dalam tu? Ada tulisan. MATI. Abby terkezut tapi stay cool. Aku suruh dia hantar gambar sebagai bukti.

Nak dijadikan cerita, masa dok borak2 sebelum tu, ada lah jugak dok menyelit seketul dua pasal jin dalam rumah tu. Aku tak sure kitorang cakap pasal apa sampai berani 'dia' main cakar2 barang. Aku syak kitorang plan nak cari pengamal perubatan terterer abad ini utk buang jin tu. Oh, lupa nak gitau. Sebelum neh kan kitorang syak jin tu budak2 but no no no. Its an old lady, perempuan tua. Kawan mak Abby datang nengok, katanya perempuan tua rambut bini peyem tapi panjang. Malam tu aku tidur lampu on. Huhuhu. Seram hokeh uolls.

Selang beberapa malam lepas tu, Abby call aku sebab nak ngajak join event apa tah kat KL tu. Tengah rancak dok plan nak pakai baju, kasut, beg apa yg sesuai. Tiba2 Abby berbisik, " dah ko main lampu pulak..rosak kang lampu aku bukan ko nak ganti balik pun..". Aku tau neh mesti Abby kena kacau leteww. Daripada berkelip-kelip, lampu terus terpadam. Abby terus angkat muntot bangun bukak lampu dengan sepantas kuasa kuda.

Teka apa yg dia nampak?? Ada lukisan smiley kat cermin dinding. Baekkk punya lukisan muka senyum. Abby tak pasti dilukis guna apa. Lukisan kaler putih tapi bila Abby ambik tisu then tenyeh2, kaler putih tukar merah. Pelik tak? Ada warna hijau2 sikit macam gam yang kering. Boleh tak aku syak kahak jin? huhu. Aku observed thru gambar Abby sent je lah. Tapi Abby gitau masa lap tu, ya rabbi busuk ya amat. Menurut beliau lah, menurut aku..ada aku kesah~
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2016 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani betul la abby and TT nih.  Dah semacam hati kering pun ada.  Kalau ai la,  jangan harap nak dok rumah tu lagi. Tatuttt.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2016 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt pos la pic tulisan mati tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2016 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Rainrein replied at 7-12-2016 09:57 PM
Berani betul la abby and TT nih.  Dah semacam hati kering pun ada.  Kalau ai la,  jangan harap nak d ...

al kisahnya ioll tak pernah nampak mcm abby nampak..klu tak, ioll org pertama capai mikropon masjid kawasan ajak baca yassin sesama dlm rumah tu..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2016 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
BONDAFAD replied at 8-12-2016 12:04 AM
Tt pos la pic tulisan mati tu

ada dua sebab titew tanak pos..pertama, tak reti mcm mana nak pos   kedua, abby tak kasi pos sbb dah ada beberapa org dh tgk..takut identiti weoll terbongkar  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2016 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by red_cattleya at 9-12-2016 01:30 AM

Part 19

Still ada gangguan tapi light2 je. Yang paling penting, jangan disebut pasal 'dia'. Dont u eber eber eber gitu. Sekali ko persoalkan, bertubi-tubi dia jawabkan. Contohnya, bila aku cuba menyuarakan persoalan kat Abby, "Abby, pahal pabedah tak kacau dah ea sekarang?" tanyaku dalam nada berteka-teki. Abby pun jawab, "mungkin dia dah insaf kot.." pastu terkekek2 kami cuba gelak walaupun tak kelakar. Masa aku tanya tu, time tu kitorang baru sampai rumah dalam pukul 7, tok bilal baru dok standby nak azan maghrib. Keadaan dalam bilik gelap sebab tak bukak lampu then bila Abby bangun nak bukak lampu je, aku dengar Abby sendawa panjang macam dalam movie The Ring ke apa tah yang ada bunyi "errrrr" yang garau2 tu. Aku pun terus tegur, "amboi, tak keluar bawah, keluar atas pulak" Abby kata mana ada dia sendawa, pastu dia tuduh aku pulak. Takkan lah aku sendawa garau macam ada halkum gitu. Bunyi sendawa tu betul2 dalam bilik, tak syak lagi. Walaupun Dettol yakin cuma 99.9% tapi kami yakin bunyi tu 100% dalam bilik. Last2 aku yang kena jegil mata oleh bebola mata Abby. Wuuuuuu~ Janji tak tanya dah.

Ada satu malam tu, dalam pukul 3 pagi. Abby buat kerja luar bilik, aku pulak siapkan thesis aku dalam bilik. Korang tau kan aku takut gelap? Eh tak tau? Tak baca dari awal letew~ Kisahnya malam tu panas so aku tutup lampu bilik, cuma berbekalkan cahaya laptop, ada lah sikit keberanian nak stay. Lepas dah siap kerja atau dalam erti kata lain, aku dah malas nak buat so aku pun off laptop. Terlupa nak bukak lampu so bergelap lah aku dalam bilik. Nak bangun bukak, takut. Aku pun call Abby suruh masuk bukak lampu. Dia pun malas2 ayam nak masuk bilik. Aku pun takut2 kan dia dengan mengatakan bahawasanya, mungkin pabedah ada di sebelah beliau. Hewhew. Pastu Abby pulak takut2 kan aku dengan mengatakan, pabedah sebenarnya ada di sebelah aku. Jebon betul. Terus aku on flash kat henpon. Tiba2 je flash henpon aku berkelip2 macam gangguan elektrik gitu. Terus aku baca ta'awwudz 3 kali. Helok terus flash tu.

Malam yang lainnya pulak, kes flash jugak. Tapi kes Abby perangai kambing neh suka kenakan aku. Keluar bilik tinggalkan aku sorang2 dalam keadaan gelap which is I am helpless. Kelam-kabut cari henpon nak on flash. Lepas dah on, lega sikit. Tapi tak. Flash off sendiri and memang tak boleh on. Flash aku bukan kena pakai app so bukan sebab masalah app crash ke apa. Aku terus gigil2 call Abby si kambing. Time tu jugak call tak dapat connect. Kali ketiga, dapat tapi putus2. Abby dok luar bilik je pun, tapi aku tak nak tercari2 pintu, bukan apa..takut terhantuk kepala pulak. Huhuhu. Padahal takut nak turun katil, takut ada yang capai kaki. Hahaha. Abby pun masuk and tanya why why call beliau sebab beliau tak dengar aku cakap apa. Lepas tu aku on flash balik, boleh pulak. Pabedah neh memang lah nak kena. Tunggu kitorang jumpa ustaz terterer abad ini. Tau lah ko.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.708098 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list