CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28785|Reply: 151

[Tempatan] Takaful Prudential Penipu? updated post #1

 Close [Copy link]
Post time 7-5-2015 08:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by nalis at 7-5-2015 08:50 AM

From a facebook post

Suatu penjelasan dituntut...
TAKAFUL PRUDENTIAL PENIPU BESAR INSURAN
Saya Muhd Shakir Assalam Bin Ya (850925-115717) merupakan bapa kepada UWAIS BIN MUHD SHAKIR ASSALAM (121219-03-1057) No. Sijil Prudential : 95680918.
Anak saya dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana Kota Bharu Kelantan pada 29 April 2015 kerana mengalami demam akibat keracunan makanan. Sebagai pemegang polisi insuran Takaful Prudential semenjak September 2013, anak saya akan di`cover` akan kos rawatan hospital oleh pihak Takaful Prudential.
Apabila anak saya dimasukkan ke wad 433, isteri saya dimaklumkan bahawa anak saya gagal mendapat GL daripada Takaful Prudential. Agen Takaful Prudential terus menghubunggi saya dan memaklumkan bahawa terdapat sedikit masalah pada GL anak saya dan mohon berjumpa untuk memberi penerangan selanjutnya.
Melalui perbincangan saya dan agen Takaful Prudential anak saya bernama ABDUL AZIZ MOHAMED, dia menyatakan bahawa pihak Takaful Prudential menghantar Decline Letter sebab anak saya telah masuk hospital sebanyak 3 kali dalam tempoh 12 bulan. Maka kali ini adalah kali 3, maka anda kena pay and claim.
Saya menyatakan bahawa polisi Insuran anak saya tidak terdapat syarat sedemikian. Dia menyatakan `ya` , tidak terdapat syarat sedemikian dalam POLISI INSURAN anak saya.
Saya mendapatkan Decline Letter yang dihantar oleh pihak Takaful Prudential kepada Hospital Pakar Perdana . No. Ruj Surat : Claim/15040825/sclbus Tarikh : 29/04/2015. Dalam surat tersebut menyatakan: We regret to inform that we are unable to admit liability on the above claim due to the following : 1. 20. In any case Covered Person requires three (3) or more admissions for minor illess within a twelve (12) month period, the Covered Person may pay and file claims which will be subjected to reimbursement rules.
Akibat tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh pihak Takaful Prudential, saya terus menghubunggi Customer Care 03 20537188. Panggilan saya dijawab oleh pegawai bertugas yang bernama Puan Hanum. Beliau menggesahkan bahawa Decline letter adalah astas sebab yang saya nyatakan tadi. Saya tekankan bahawa tidak terdapat syarat tersebut dalam polisi anak saya. `Ya Betul` tidak terdapat dalam polisi anak tuan tetapi Members of Committe telah buat satu undang-undang kecil dan ia tidak terdapat dalam polisi , jelas Puan Hanum. Saya bertanya , semenjak bila undang- undang ini diperkenalkan ? . Ia berkuatkuasa semenjak JANUARI 2015. Saya tegaskan lagi bahawa polisi yang saya tandatangani untuk anak saya adalah pada SEPTEMBER 2013 dan mengikut ilmu matematik 2013 adalah sebelum 2015. Puan Hanum membalas undang-undang ini terpakai kepada setiap pemegang polisi baru dan lama. Adalah tidak adil semasa saya tandatangani polisi syarat ini tidak ada dan kamu kenakan syarat baru kepada kami, ini adalah kerja-kerja syaitan, jelas saya. Saya meminta No. Telefon pegawai yang Members Of Commitee yang meluluskan undang-undang kecil ini setelah Puan Hanum gagal menjawab pertanyaaan saya, dia engan memberi No. Telefon berkenaan.
Untuk memastikan perbualan saya ini adalah betul, saya cabar pihak Takaful Prudential untuk mendedahkan rakaman perbualan saya dan Puan Hanum
Apa yang pasti sekarang ialah undang-undang itu baru sahaja diperkenalkan tetapi pemegang polisi yang telah lama pun turut serta tertakhluk kepada undang-undang baru ini. Dalam maklumat saya POLISI TAKAFUL PRUDENTIAL anak saya, tidak ada klausa yang menyebut POLISI TAKAFUL PRUDENTIAL ini adalah tertakhluk kepada perubahan semasa yang dilakukan oleh SYARIKAT TAKAFUL PRUDENTIAL.
Hari ini, anak saya boleh keluar daripada Hospital Pakar Perdana dan saya terpaksa membayar bill hospital.
Hari ini juga, sudah terang lagi bersuluh, bahawa Takaful Prudential menipu dalam kes ini. Penipuan yang dilakukan ini benar-benar menzalimi Pemegang Polisi Takaful Prudential. Penipuan yang berlaku ini adalah amalan Syaitan dan sekutunya. Paling menyedihkan nama TAKAFUL yang ada pada PRUDENTIAL itu adalah melambangkan syarikat ini adalah Islamic dan mendapat pengiktirafan Bank Negara, maka penipuan yang berlaku ini sudah cukup untuk anda buangkan nama TAKAFUL pada syarikat anda. Semua dana diurus secara Islamic tetapi menipu dalam polisi adalah kerja Dajjal. Dalam sejarah, Islam dan Dajjal tidak pernah bersama.
Kes ini cukup membuatkan saya tidak berpuas hati terhadap Takaful Prudential, saya memikirkan untuk memfailkan kes ini ke Mahkamah atau terus membuat laporan kepada Bank Negara. Tetapi ada baiknya saya cuba untuk siarkan kes ini di media elektronik dan media massa.
Apa kata sekiranya saya mencetak Bunting dan Bena sebanyak 2000 keping dan menggantung diseluruh Kelantan dan Kota Bharu secara khususnya. Ini semua kerja-kerja gila. Tetapi awas, apabila anda berurusan dengan syarikat yang gila anda terpaksa membalas kegilaan mereka dengan tindakan yang gila-gila.
Saya sebarkan surat saya ini kepada pihak Takaful Prudential dan kepada kenalan saya supaya kita lebih berhati-hati memilih syarikat-syarikat Insuran.
Sekian
Terima Kasih
MUHD SHAKIR ASSALAM BIN YA
Ada sesiapa dari Takaful/Prudential boleh confirm kes ini?

Reply daripada Prudential (kopipes post #14)Dpt balasan

Dear All, I have spoken to the client Mr Shakir personally, and explained the situation to him and apologised for any misunderstanding that might have occurred. I have also made arrangements with him for his son's claim. He was quite appreciative and seemed satisfied from the call and explanation. Insha-Allah we should be able to manage this case without any further damage. At the same time I have seen the concerns that many of you have raised and will work with the team to make sure that communication is handled carefully and that genuine cases (wherever possible) are not affected. We will keep reviewing our rules based on feedback from yourselves and others and keep everyone informed as much as possible.
Salaam & regards.




JAWAPAN:

Ok...dh dpt jwpn..dr team muqmeen..client duk question td..sharing incase ada client tanya
TERIMA KASIH PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD.

Selepas membuat aduan kepada Prudential Bsn Takaful pada 1 Mei 2015 jam 10.48 am, pada jam 3.47 pm hari yang sama, Mr Ahmir ud Deen selaku COO PruBSN telah menghubunggi saya dan memohon maaf terhadap perkara yang saya adukan kepada pihak PruBSN.

Dia menyatakan bahawa GL akan dikeluarkan dengan serta-merta. Malangnya, saya telah menjelaskan bil hospital anak saya pada jam 11.51 am sebanyak RM 2,237.90 shj.

Oleh yang demikian dia berjanji akan segera menggeluarkan cek `claim` saya pada hari Selasa depan 5 Mei 2015 dan berjanji kes seperti ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Manusia kadang-kadang sukar untuk menggelakkan daripada membuat kesilapan, tetapi mereka yang menyedari mereka telah tersilap dan segera memohon maaf adalah langkah yang bijaksana dan terpuji.

Sekali lagi saya tabik hormat kepada Agen PruBSN anak saya Mr Abdul Aziz Mohammed No. Agen (RM 400001) kerana bertindak secara profesional sepanjang krisis ini berlaku. Beliau tidak menghalang tindakan saya yang tidak berpuas hati dengan PruBSN Takaful kerana ia menjadi hak pelanggan untuk mengutarakan kritikan dan aduan terhadap masalah yang berlaku.

Akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PruBSN Takaful kerana telah mengambil tindakan yang segera dan sewajarnya terhadap kes ini.

Sekian

Terima Kasih

MUHD SHAKIR ASSALAM BIN YA
CEO
Sri Ayu Fine Gold Sdn Bhd ([url]www.sriayu.co[/url]m )
Sri Ayu Development Sdn Bhd ([url]www.sriayudevelopment.co[/url]m )

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2015 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan aku dah kata kita jadi mcm US
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 08:09 AM | Show all posts
bca kt fb smalam ada sambungan kt bwh tu lg.....TT sila tepek smpi hbs ye....pengadu tu puji lg sbb COO tu call mntak maaf n so on so dia x amek hati gtuuuu.... pendek kata kes setel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2015 08:13 AM | Show all posts
aechae replied at 7-5-2015 08:09 AM
bca kt fb smalam ada sambungan kt bwh tu lg.....TT sila tepek smpi hbs ye....pengadu tu puji lg sbb  ...

sambungan tu takde la bro.. kalau ada tolong tempek sini.. nanti aku update post kat atas
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 08:17 AM | Show all posts
setahu aku la kan, selagi tak abis amount yang kite insuranced dalam setahun let say rm100k, boleh je kan walaupun sejuta kali dihosptalized.

itu yang aku tau la.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy melalui beberapa kisah seram dgn insurance, agent dan hospital.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-5-2015 08:23 AM | Show all posts
gadis_tulip replied at 7-5-2015 08:17 AM
setahu aku la kan, selagi tak abis amount yang kite insuranced dalam setahun let say rm100k, boleh j ...

aku pun paham mcm tu... pastu lifetime pun ada max coverage.. contohnya 600k mcm tu

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 08:23 AM | Show all posts
aechae replied at 7-5-2015 08:09 AM
bca kt fb smalam ada sambungan kt bwh tu lg.....TT sila tepek smpi hbs ye....pengadu tu puji lg sbb  ...

ai baca pn dr fb tekan link kuar trus...ntah apa link pn x igt.... tp ada agent komen skag utk sakit yg sama lbih 2x setahun,nk admit spital kna ada GL....nk elakkn org tipu2 skt....ada yg demam sket mintak warded pastu claim...gtuuuu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2015 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
aku masok wad,ejen ckp seari rm100.wowww..aku tgk balik polisi seminggu rm100. baik punya ayat menipu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah baca dah.dah aku sebagai pelanggan pun dah dapatkan penjelasan.

Sebenarny benda ni semua berpunca dari agen yang tak jujur.nak cepat masyuk komisyen.prubsn ni ada elaun wad kan..jd agen jahat ni ajar orang amik elaun wad yg max.sehari masuk wad dapat elaun rm400.duit tu untuk cover bayo duit insurans bulanan.ada yg jahat kowtim ngn doc sikit2 admitted.kalau setiap bulan demam sikit masuk sepital bayangkan rm400x12=4800.setahun ko punya insurans xpayah bayo dgn cara kau menipu nak amik elaun wad.tu sekarang polisi pru boleh guna untuk penyakit ringan 2 ke  3x setahun shj.lebih dr tu carany kau keluar duit sendiri dahulu dan claim kemudian.jd penipu yg menipu dr awal dan agen yg xjujur ajar customer menipu yg buat org lain jd mangsa.kalau kau xmenipu tentu xkisah nak dulukn duit claim kemudian kalau setakat sakit ringan.

Bg aku melayu2 ni nak jadi agen insurans..jd yg jujur.kesian tgk org melayu yg kesedaran insurans kurang.lepastu nak suruh org amik insurans..ajar menipu pulak.benda ni jadi depan mata masa kat hospital private.anak demam sikit je.desak doc masukkan anak dlm wad.anak berlari sihat.doc pun ckp demam xteruk.mendesak juga nk masuk sbb tahu lah nak claim elaun.aku ni anak bilik 300 pun kalau setakat demam sikit2 xdany lah nak menyusahkn diri paksa doc masukkn wad.g aje sepital kerajaan dkt ngn umah ni.lain lah demam teruk xkebah..pg jelah sepital private tgk je karenah org yg sikit2 mtk masuk wad walau doc ckp xperlu.sakai sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 08:27 AM | Show all posts
scarflicious replied at 7-5-2015 08:19 AM
Sy melalui beberapa kisah seram dgn insurance, agent dan hospital.

seram ke geram?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 08:27 AM | Show all posts
aechae replied at 7-5-2015 08:23 AM
ai baca pn dr fb tekan link kuar trus...ntah apa link pn x igt.... tp ada agent komen skag utk sak ...

Bukan ke yang deal dgn insurance tue pihak hospital? camana pulak kalo ade kes yang main2 sakit pastu claim? Selagi hospital tak dapat bayaran, selagi tu kite tak boleh discharge. gitu la ape yang aku faham.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
gadis_tulip replied at 7-5-2015 08:17 AM
setahu aku la kan, selagi tak abis amount yang kite insuranced dalam setahun let say rm100k, boleh j ...

Yup..yg tu utk penyakit kritikal.

mcm demam,cirit birit,tu kira penyakit xkrtlitikal kira penyakit ringan.tp kalau admit masuk wad still dapat elaun.skrg penyakit ringan 2 ke 3 kali gitu leh guna setahun agen aku ckp.sbb anak aku pun baru masuk sepital.lebih dr tu kau boleh masuk sepital.bayo sendiri tp claim kemudian bilny.punca dr kes sakit sikit nak masuk wad,sbb nak claim elaun wad.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jengkoil at 7-5-2015 08:38 AM

##Kopipes....

Dear All, I have spoken to the client Mr Shakir personally, and explained the situation to him and apologised for any misunderstanding that might have occurred. I have also made arrangements with him for his son's claim. He was quite appreciative and seemed satisfied from the call and explanation. Insha-Allah we should be able to manage this case without any further damage. At the same time I have seen the concerns that many of you have raised and will work with the team to make sure that communication is handled carefully and that genuine cases (wherever possible) are not affected. We will keep reviewing our rules based on feedback from yourselves and others and keep everyone informed as much as possible.
Salaam & regards
ahmir COO PBTB.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 7-5-2015 08:26 AM
aku masok wad,ejen ckp seari rm100.wowww..aku tgk balik polisi seminggu rm100. baik punya ayat menip ...

Peksa balik Ngn agen.mmg banyak agen mulut manis.

Anak aku baru masuk kpj ,baru je dapat check elaun utk 3 hari masuk wad.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2015 08:37 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 7-5-2015 08:26 AM
aku masok wad,ejen ckp seari rm100.wowww..aku tgk balik polisi seminggu rm100. baik punya ayat menip ...

lol.. anak aku punya aritu masuk wad mmg dpt 100 sehari.. Boleh la wat cover sikit payment yang tak boleh claim kat insurans..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2015 08:40 AM | Show all posts
Saya cadangkan tuan buat surat rasmi kepada Bank Negara.Biar mereka berjawab dengan Bank Negara.Rasanya member pernah buat sebab claim insuran kereta dia eksiden lambat dientertain (claim sengaja dilambatkan adjuster ,insuran ).

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
gadis_tulip replied at 7-5-2015 08:27 AM
Bukan ke yang deal dgn insurance tue pihak hospital? camana pulak kalo ade kes yang main2 sakit pa ...

benda ni lebih kepada penyakit xberapa kritikal.contohny anak kau demam..kau nak gak masuk sepital..dia kan asal masuk sepital je leh claim elaun wad.

Mcm ada agen yg xbaik ni dia dah deal ngn doc kat sepital ok penyakit ringan kalau nak admit luluskan je.pelanggan sila ke sepital sekian2 ok,mudah masuk wad.so pelanggan Ni bayangkan tiap bulan sikit2 nak masukan anak dlm wad setakat demam sikit.duit yg dpt hasil claim..buat cover bayo bulanan insurans.agen insurans nak senang.xpeduli apa pelanggan buat,sbbny yg ptg bayaran xsangkut,komisyen dia jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 08:45 AM | Show all posts
Aku dah tahu lama dah insuran ni banyak penipu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
nalis replied at 7-5-2015 08:37 AM
lol.. anak aku punya aritu masuk wad mmg dpt 100 sehari.. Boleh la wat cover sikit payment yang ta ...

eh silap.masok wad mmg betol seari.rm100.mc yg die kate seari rm100.aku mc 2 minggu dpt rm100 je..padahal ejen ckp mc dpt seari rm100.nasib baik aku tgk polisi balik.sory3.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.073269 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list