CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 23798|Reply: 33

Macam mana nak jual tanah?

[Copy link]
Post time 7-5-2015 11:23 PM | Show all posts |Read mode
Hi semua.

Aku sebenarnya nak mintak pendapat korang. Siapa kat sini ada pengalaman dalam jual beli tanah kebun/getah? Aku tengah lost ni tak tau nak start macam mana. Momod kalau thread tak sesuai kat sini, boleh pindahkan tempat lain ye.

Kisahnya gini, aku ada lah tanah getah sikit kat kampung tu, dalam 4.5 ekar. Kami adik beradik memang takde pengalaman nak urus tanah atau buat perkebunan, jadi kami plan nak let go jelah tanah tu. Haritu ada balik kampung, pergi FELCRA, adalah jumpa kenalan lama bapak kami kerja dekat situ. Sambil tu kami bagi tau lah yang kami nak let go tanah tu, dia cakap alright, dia akan tolong cari buyer dan akan call kalau ada updates. Oh dan btw, tanah tu terletak kat bahagian utara negeri Hang Tuah.

Sebulan lepas tu, dia call cakap ada jumpa potential buyer. Dia bagi tau lah orang tu willing nak bayar harga sekian sekian untuk satu ekar. Tapi dengan syarat dia nak sikit lah untuk bahagian dia. Kami pun cakap okay lah bagi kami pikir dulu.


Aku nak mintak jasa baik korang semua bagi aku idea sikit camne proses nak jual beli tanah ni. Sini mesti banyak expert hartanah kan. Aku dok google-google tak jumpa apa yang aku nak, kebanyakkan jual beli rumah. Bukan aku tak percaya kenalan tu tapi better be safe than sorry, kita mesti bersedia untuk elak benda yang bukan-bukan berlaku.  


Soalan aku ialah:
1. Camne nak buat valuation tanah tu? Kena panggil jabatan mana nak urus pasal tanah tanah ni?
2. Patutke hire lawyer untuk urusan jual beli ni macam nak beli rumah, ataupun kita boleh buat sendiri?
3. Sebab kenalan tu dah tolong carikan orang, camne eh korang kira untuk nak bagi dia berapa banyak? Aku plan macam nak bagi 1/8 harga tanah tu, sikit sangat ke banyak sangat tu? Sumpah aku tak tau kah kah kah
4. Paling penting, camne kita nak elak supaya tak mudah ditipu? Apa benda yang kita kena aware dalam proses jual beli ni?

Aku harap boleh lah korang sharing maring sikit, boleh tambahkan pengetahuan untuk orang lain juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2015 11:28 PM | Show all posts
X mahu buat dusun ke? Just bertanya je. Kadang rasa sayang nak jual tanah pusaka.

Tanah zaman sekarang nih, bukan main mahalnya kalau nak dibeli.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2015 11:33 PM | Show all posts
insulin replied at 7-5-2015 11:28 PM
X mahu buat dusun ke? Just bertanya je. Kadang rasa sayang nak jual tanah pusaka.

Tanah zaman sek ...

Ada gak terpikir beb, tapi cam besa lah nak start camne pun tak tau. Kalau aku ada bakat buat benda2 gini, dah lama dah aku dump keje opis aku yang membosankan dan membesarkan vuntut ni. Badan sihat otak pun cergas buat keje kampung ni haha.
Aku ada backup tanah lain juga, tapi sebelum ni memang aku amik masa panjang lah pikir nak jual ke tak. But what to do dari tanah tu terbiar takde hasil baik jual je kan.

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 09:54 AM | Show all posts
First skali ko lantik loyer utk urus semua transaksi sehinggalah semua setel loyer yg urus

..then regarding on persent pd agent tu selalunya 1% based on harga tanah yg di jual or tak

lebih 5% bergantung pd perbincangan korang
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 10:21 AM | Show all posts
hem.. kalu aku kat tempat ko.... aku tak jual.. aku upah org usahakna.... kah kah kah... hasil bahagi lah.... hem kalu nak jual juga.. ko kernalah upah org value tanah tu... selalu kat tempat company wat urusan hartanah ada org nya.. mungkin bayaran dalam 600 ratus ringgit... org pejabat tanah pun tahu buat value... baik ko wat value sebb takut harga tu murah dari pasaran ko yg rugi
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 10:24 AM | Show all posts
org yg value tanah ko agakn bagi surat menandakan value tanah ko tu harga berapa... esk kalu pembeli tu nak beli dalam pinjaman bank... surat value tu bank nak... sbb nak tgk value yg dianggarkan bagi luluskan pinjaman bank... itu pemahan aku yg urus beli rumah.. kah kah kah... tapi aku rasa konsepnya sama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2015 03:06 PM | Show all posts
Soalan aku ialah:
1. Camne nak buat valuation tanah tu? Kena panggil jabatan mana nak urus pasal tanah tanah ni?
Valuation tu, xda jabatan kerajaan buat untuk kau. kalau ko nak, cari swasta (jurunilai bertauliah). charge dia dalam kalau dalam 4.5 ekar tu aku rasa dalam seribu dua kot. aku x pernah guna penilaian. melainkan yg pengambilan oleh kerajaan lah. sebab dia mudah. ko tanya ja orang kampung, tanah area ko, keadaan sama lebih kurang ngan ko berapa harga seekar. pastu ko buka lah harga lebih 5-10 k lebih dari harga tu. untuk ruang tawar menawar.

tapi bukan harga dah setuju ngan pembeli ka? buat apa penilaian lagi?
2. Patutke hire lawyer untuk urusan jual beli ni macam nak beli rumah, ataupun kita boleh buat sendiri?
x payah. ko bukan deal ngan land bank beribu ekar, nak libat lawyer.

3. Sebab kenalan tu dah tolong carikan orang, camne eh korang kira untuk nak bagi dia berapa banyak? Aku plan macam nak bagi 1/8 harga tanah tu, sikit sangat
ke banyak sangat tu? Sumpah aku tak tau kah kah kah
xyah lah banyak sangat. kayanya ko 1/8. agen berlesen pon x amik banyak tu. aku selalu bagi ratus ratus ja seekar. ko bagi 2-2.5k lumpsum pon banyak dah. berbaloi dah. tapi tanya lah dulu dia nak berapa. karang bermasam muka lak kalau dia expect banyak

4. Paling penting, camne kita nak elak supaya tak mudah ditipu? Apa benda yang kita kena aware dalam proses jual beli ni?
aku takleh nak guide ko terperinci. sebab aku rasa antara melaka ngan kedah/selangor ada variations sikit sikit rasanya.
tapi basically,

- jumpa pembeli,
- janji harga jual beli
-janji sapa tanggung kos tukar nama, cukai
-berapa harga nak declare dlm borang jual beli
- mode of payment (cash/bank transfer /  bank draft)
-hari apa nak jumpa di pejabat tanah

p pejabat tanah, tanya kaunter, mana bahagian nak pindah nama. depa akan guide borang apa isi. jangan serah borang sebelom ko dapat bank draft.



before semua ni, kalau pembeli minta photocopy geran bagi ja. dia mungkin nak buat carian, nak sukat. stakat photocopy tak leh buat apa. tak yah risau
aku bagi jawapan ni atas dasar, nama 4.5 ekar tu nama ko dah. kalau nama bapa ko, kena la buat faraid dulu. kalau 4.5 ekar tu atas nama adik beradik ramai ramai, semua kena p pejabat tanah sekali. n suruh the buyer buat bank draft atas nama masing masing ikut syer


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2015 01:07 PM | Show all posts
helmeita replied at 8-5-2015 10:21 AM
hem.. kalu aku kat tempat ko.... aku tak jual.. aku upah org usahakna.... kah kah kah... hasil bahag ...

Sebenarnya dulu ada upah orang usahakan. Tapi pepaham jelah manusia ni, bila dah nampak duit terus gelap mata.

Orang yang diupah memula tu, kemain songlap duit hasil getah kami. Bukan tuduh sembarangan, anak dia sendiri datang jumpa makcik aku bagitau pasal bapak dia. Bulan-bulan kami dapat ciput je duit hasil, time harga getah naik ke turun ke sikit je dapat, yang sikit tu lah kami bahagikan adik beradik. Tapi dia kemain siap renovate rumah besar-besar lagi, tak reti langsung nak cover kesalahan tu hahah. Dah lah dia jiran makcik aku. Heh.

Orang yang kedua pulak, sama juga kes pegi songlap juga. Tapi dia lagi best, habis pokok getah tu dikerjakan sampai luka pohon getah tu. Dah takleh pakai lah pokok-pokok tu. Memang sekarang ni dah takleh buat apa dah unless tanah tu kena clear up, lepas tu kena tanam balik semua pokok tu, dimana akan ambil masa yang lama untuk grow.

Manusia sekarang ni susah betul nak predict. Kita buat baik dia buat taik, tu lah aku fed up memang jual je tanah tu habis cerita, dah jual tanah aku nak invest beli rumah kat Melaka juga, buat weekend home.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2015 01:25 PM | Show all posts
BigPanther replied at 8-5-2015 03:06 PM
Soalan aku ialah:
1. Camne nak buat valuation tanah tu? Kena panggil jabatan mana nak urus pasal ta ...

Pasal harga jual tu, aku cuma risau kalau harga yang dia orang tawar tu macam rendah sangat ke apa, yelah kitorang bukannye ada pengalaman jual beli tanah ni. Nak tanya pemilik tanah sebelah tanah kitorang pun bukannya kenal pun. So nak taknak kena buat valuation dulu lah.
Tanah ni dah nama aku dengan adik beradik aku, takde masalah dah lah nak faraid ke apa. BTW yang kos tukar nama tu apa benda eh? Dia charge masa kita isi borang nak tukar nama tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 01:45 PM | Show all posts
fofuler replied at 9-5-2015 01:25 PM
Pasal harga jual tu, aku cuma risau kalau harga yang dia orang tawar tu macam rendah sangat ke apa ...

on the valuation, your call
aku selalunya sembang sembang ngan orang orang d kedai kopi ja
jimat seribu dua. paling banyak keluar pon 10 ringgit belanja depa minum.
kampung ko sendiri takkan tak leh masuk sembang ngan orang kampung kot

kos tukar nama
- fee proses nama ( kalau d tempat aku, fixed. x silap RM75)
- duti stamp ( bergantung harga jualan, hence the reason aku cakap bincang berapa harga nak declare)
- duit cukai tanah sampai ke tahun semasa

selalunya, fee ngan duti stamp, pembeli yang tanggung.
cukai tanah sampai latest ja penjual tanggung
selalunya lah. kalau ko nak berkeras nak suruh pembeli setel semua terpulang pada ko

rasanya yang ni ja kot . but as i say, mungkin lain tempat lain proses. ini cara proses d kedah.

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 02:06 PM | Show all posts
org2 tua penat2 dapatkan tanah nak jual pula, nak dapatkan tanah semula mmg susah le, ditukar pula kepada rumah seketul dengan keluasan semakin mengecil dari saiz tanah asal. macam2 boleh buat dgn tanah, menternak, kolam memancing, sawit, dusun, buat 10 homestay dusun. kitaorg tanah pusaka tak perlu jual, buat kedai, tanam sawit, buat dusun tanam macam2 boleh menampung hidup tanpa membeli sayur lada buah2 di kedai, jiran2 dan sibling juga dapat faedah hasil tanah kalau terlebih2 hasil. itu kalau tanam buah durian belanda 1kg mmg mahal, itu nangka nenas dll buah yg mahal boleh dipetik aje dari kebun ja. sepupu ai xde tanah hidup bandar mmg mengila melahap bila datang dusun musim buah2. sblm jual sila tanya2 org cina tokey2 diorg byk idea pasal mengusahakan tanah, jangan tanya pendapat org2 melayu yg malas tau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2015 10:40 PM | Show all posts
BigPanther replied at 9-5-2015 01:45 PM
on the valuation, your call
aku selalunya sembang sembang ngan orang orang d kedai kopi ja
jimat ...

Tak rapat pun dengan orang kampung masalahnye. Hihi.

Anyway thanks for the explanation and ideas! Aku akan discuss dengan adik beradik aku pasal ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2015 11:34 PM | Show all posts
ninja boy replied at 9-5-2015 02:06 PM
org2 tua penat2 dapatkan tanah nak jual pula, nak dapatkan tanah semula mmg susah le, ditukar pula k ...

Satu lagi masalah tanah ni yang lagi buat aku nak jual sangat, sebab ada sedara mara yang gelojoh hadap dengan tanah seciput ni. Sah-sah lah bila bapak aku meninggal, automatik segala harta dia labelled as harta anak yatim (time tu kitorang kecik lagi), yakini orang lain haram makan harta ni. Sedara tu tak habis-habis dari dulu sampai sekarang dok claim bapak aku nak bagi 3/4 lot tanah tu kat dia (bagi ye kawan-kawan, bukan dia beli), tapi tak ada black and white pun opkos the argument is invalid. Asyik menyebut benda yang sama je, lemas aku. Aku tak sure lah diorang ni tau hukum ke tak sedap je hadap benda yang sah-sah bukan milik dia, harta anak yatim pulak tu.
Tak cukup dengan tu, kitorang bagi kepercayaan kat dia simpan duit hasil yang dapat bulan-bulan sebab kitorang tak tinggal kat sana. Tapi cam biasa, dah lah tukang toreh tu dah songlap banyak mcm aku cerita sebelum ni, dapat kat dia pulak dia amik lebih dari separuh, pastu yang dapat kat kitorang haha nan hadooo. Siap terkantoi dia buat lantai rumah guna duit getah kami sebab terlepas cakap. Kami ada juga lah kebun buah kat kampung, itupun dia dengan sedara sorang lagi dengan takde rasa bersalahnya amik hasil pegi jual kat pekan tanpa permission, atas alasan diorang yang uruskan. Kitorang takde masalah kalau dia nak jual ke apa sebenarnya sebab diorang pun keje odd jobs, tapi ada budi bahasa lah sikit bagitau kitorang. Kitorang tau hasil tu dijual pun sebab nampak diorang dok kumpul hasil tu kat rumah sedara aku, bila tanya barulah kitorang tau, kalau tak sampai harini tak tau.


Idea-idea kau untuk usahakan something kat tanah tu memang aku pernah fikir benda yang sama, pulangan lebih masyuk sebenarnya kalau kena cara. Lama aku pikir nak jual ke tak. Lagipun kitorang takde basic langsung camne nak bertani ni, nak cari orang yang jujur untuk uruskan tanah ni lagilah susah. Aku dah hilang kepercayaan kat sedara mara aku tu, orang kampung lain aku tak berapa nak kenal. Nak wakafkan untuk bina pusat tahfiz ke apa memang tanah tu ceruk ke dalam, tak sesuai. Dengan itu aku cuma nampak dengan cara jual ni settle masalah, biar orang-orang yang terlibat tu learn the lesson. Tapi kalau kau boleh guide dari mana aku boleh start untuk usahakan, dari cari modal nak revamp balik tanah tu sampailah aku boleh buat apa dekat tanah tu, aku sangat alu-alukan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 11:44 AM | Show all posts
fofuler replied at 9-5-2015 11:34 PM
Satu lagi masalah tanah ni yang lagi buat aku nak jual sangat, sebab ada sedara mara yang gelojoh  ...

oo gituh, kalau hal2 sedara mara claim tanah free mmg susah nak setel. tapi ai percaya org2 yg mengambil secara haram/berniat jahat mmg kena bala spt sakit2 keluar duit banyak, anak penagih, dll sbb dah byk cth keliling.

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 02:43 PM | Show all posts
kalau ko nak usahakan, aku cadangkan buat sawit.
sebab sawit ni mudah. 3 minggu sekali ja tuai. getah boleh menipu. orang kata hujan lah x leh motong, sibuk kenduri lah mcm mcm. sawit sesuai untuk pekebun weekend.
kalau 4.5 ekar tu, masa tuai sepagi ja kalau tukang tuai 2 orang.
bukan banyak mana pon. x sampai 300 pokok pon. dalam 250 pokok ja.
boleh tuai on weekend. xkan 3 minggu sekali ko ngan adik beradik ko x boleh rotate balik kampung tunggu orang tuai hasil kot. masa nak membaja pon sama. boleh buat masa weekend. sehari ja setel.
untuk modal, buat loan ngan agrobank. n daftar mpob. akan dapat bantuan untuk tanam semula.
untuk cuci tanah, jual ja pokok tu kat orang. diorang akan tabang, cabut akar, minta sekali bakar akar, n siap bagi duit lagi kat kau (ini kalau pokok ko pokok tua lah). bila nak tanam, beli benih pokok sawit yang dalam 6-9 bulan ja. kalau tokey nursery pujuk suruh amik pokok besar atas alasan cepat makan hasil, jgn terpedaya. pokok besar susah nak jaga.

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 09:59 AM | Show all posts
fofuler replied at 9-5-2015 01:07 PM
Sebenarnya dulu ada upah orang usahakan. Tapi pepaham jelah manusia ni, bila dah nampak duit terus ...

perh..mcm mcm hal..... hem..... sayang pokok tu.. oklah tu nak invest beli rumah..homestay pun dah laku.... kalu dah beli..homesaty... iklan.. mana pi tau kot aku pun leh sewa.. hah hahahaha hahahah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2015 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
BigPanther replied at 10-5-2015 02:43 PM
kalau ko nak usahakan, aku cadangkan buat sawit.
sebab sawit ni mudah. 3 minggu sekali ja tuai. get ...

Ha aku suka idea kelapa sawit ni. Tapi baru baru ni, aku ada dengar felcra nak usahakan tanah tu tanam kelapa sawit. Kau rasa berbaloi ke serah kat deyolls ni? In return apa je yang kami as pemilik dapat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2015 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
helmeita replied at 11-5-2015 09:59 AM
perh..mcm mcm hal..... hem..... sayang pokok tu.. oklah tu nak invest beli rumah..homestay pun dah ...

Haha area aku tu macam dah banyak homestay kot, biasalah negeri bersejarah kann semua pakat convert rumah jadi homestay. Tu ayng aku tak berminat nak berhomestay ni haha
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 04:38 PM | Show all posts
fofuler replied at 13-6-2015 09:42 PM
Ha aku suka idea kelapa sawit ni. Tapi baru baru ni, aku ada dengar felcra nak usahakan tanah tu t ...

felcra aku x tahu.
aku usaha sendiri. so aku berurusan ngan mpob. kalau bab bantuan mpob bolehlah aku cerita. bab lain aku x tahu

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 08:27 AM | Show all posts
TT nak jual berapa? Mana tahu boleh dipertimbangkan untuk dibeli
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.066913 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list