Selebriti Tidak Setuju Peluang Kedua Diberi Kepada Pedophile
KUALA LUMPUR, 7 MEI 2015: Kes yang melibatkan seorang pelajar jurusan Matematik di Imperal College, London, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, sedang hangat diperkatakan. Nur Fitri dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Southwark Crown di London kerana kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak.
Menerusi laporan Mstar Online, pelajar yang ditaja oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan diberi peluang meneruskan pengajian sejurus kembali ke tanah air. Ahli Majlis Mara, Nazir Hussin Akhtar Hussin memberi saranan untuk Nur Fitri meneruskan pengajian di mana-mana institusi Mara dalam negara sebagai peluang kedua dan tanda sokongan terhadap Nur Fitri.
Walaubagaimanapun, laporan itu mendapat banyak tentangan di laman sosial. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memberikan respon negatif terhadap saranan tersebut. Selebriti tempatan seperti Tiz Zaqyah, Sharifah Sofia, Damian Mikhail dan Harith Iskander juga memberikan respon serupa terhadap saranan tersebut.
Mari kita semak antara tweet para selebriti tanah air di laman sosial Twitter yang menyanggah saranan tersebut:
|