CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8078|Reply: 21

8 Filem Yang Diharamkan Di Malaysia

[Copy link]
Post time 9-5-2015 08:16 AM | Show all posts |Read mode
[size=14.8500003814697px]Walaupun filem pada sebenarnya bertujuan untuk memberi hiburan, namun terdapat juga sesetengah filem yang memaparkan adegan-adegan yang kurang menyenangkan atau menyinggung perasaan penonton sehingga menyebabkan filem tersebut terpaksa diharamkan dari ditayangkan.
[size=14.8500003814697px]Malaysia juga tidak terkecuali dari situasi tersebut, malah pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga sentiasa memantau dan menapis filem-filem yang berunsurkan seksual, keganasan, politik atau budaya sosial sebelum ia ditayangkan.
[size=14.8500003814697px]Berikut merupakan senarai lapan buah filem antarabangsa dan juga tempatan yang diharamkan ditayang di Malaysia.
[size=14.8500003814697px]1) Fifty Shades Of Grey
[size=14.8500003814697px]
[size=14.8500003814697px]Filem yang diangkat dari sebuah novel popular ‘Fifty Shades of Grey’ ini sememangnya dijangka tidak akan ditayangkan di Malaysia. Bagaimanapun pengedar filem di Malaysia iaitu United International Pictures (UIP) pada awalnya berkata filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia dan berita tersebut nyata menggembirakan sesiapa yang membaca novel tersebut. Kegembiraan itu bagaimanapun tidak lama apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengharamkan filem lakonan Dakota Johnson dan Jamie Dornan kerana dikatakan terlalu pornografi.
[size=14.8500003814697px]2) Sex Tape
[size=14.8500003814697px]
[size=14.8500003814697px]Filem ini adalah filem kedua berunsur seks yang diharamkan di Malaysia pada tahun 2014. Rata-rata tidak terkejut dengan pengharaman filem tersebut kerana judul filem tersebut awal-awal lagi mengisahkan tentang seks, maka tidak hairanlah ia diharamkan. Walaubagaimanapun, orang ramai masih boleh menonton filem di Internet.
[size=14.8500003814697px]3) The Wolf Of Wall Street
[size=14.8500003814697px]
[size=14.8500003814697px]Filem yang dibintangi pelakon hebat Leonardo DiCaprio ini diharamkan ditayangkan di Malaysia kerana terdapat kelucahan, babak bogel serta seks. Selain itu, filem arahan Martin Scorcese ini juga mencipta rekod penggunaan perkataan lucah ‘F**K’ paling banyak dalam filem R-rated iaitu sebanyak 506 kali dalam filem itu atau 2.81 kali seminat. Jadi tidak hairanlah ia diharamkan di sini.
[size=14.8500003814697px]4) The Raid 2 : Berandal
[size=14.8500003814697px]
[size=14.8500003814697px]Jika sebelum ini filem pertama garapan Gareth Evans “The Raid: Redemption” pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011, namun untuk sekuel kedua ini iaitu “The Raid 2: Berandal” ini diharamkan dari ditayangkan di Malaysia. Menurut Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF), filem yang diterajui oleh Iko Uwais ini mempunyai terlalu banyak babak ganas keterlaluan di dalam filem ini.
[size=14.8500003814697px]5) NOAH
[size=14.8500003814697px]
[size=14.8500003814697px]Filem yang memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S ini mendapat kritikan hebat daripada negara-negara Islam di dunia berikutan memaparkan ilustrasi atau wajah Nabi Nuh yang sememangnya bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
[size=14.8500003814697px]Selain Malaysia, beberapa negara di Timur Tengah seperti Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan banyak lagi telah mengharamkan tayangan filem yang dibintangi Russel Crowe, Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson. Malah institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem ini.
[size=14.8500003814697px]6) I Spit On Your Grave
[size=14.8500003814697px]
[size=14.8500003814697px]Filem yang mengisahkan tentang seorang wanita yang membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang merogolnya ini bukan sahaja diharamkan di Malaysia, malah terdapat banyak negara lain yang turut mengharamkan tayangan filem ini antaranya Singapura, Thailand, China, New Zealand dan banyak lagi. Ini kerana filem arahan Steven R. Monroe ini didakwa mengeksploitasi golongan wanita.
[size=14.8500003814697px]7) Dukun
[size=14.8500003814697px]
[size=14.8500003814697px]Filem seram tempatan “Dukun” arahan pengarah hebat Dain Said ini sememangnya dinanti-nanti oleh ramai pada tahun 2007. “Dukun” merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa seorang pengamal ilmu hitam.Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah mengharamkan filem tersebut kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.
[size=14.8500003814697px]8) Banglasia
[size=14.8500003814697px]

[size=14.8500003814697px]Filem yang diarahkan oleh pengarah kontroversi Namewee ini sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari 2014, namun filem “Banglasia” telah diharamkan dari ditayangkan di Malaysia dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses kelulusan filem.Pihak LPF dan KDN turut memberikan sebanyak 31 catatan rasmi iaitu 90 peratus dari filem tersebut sekaligus mengarahkan filem tersebut membuat penggambaran semula.
[size=14.8500003814697px]Malah “Banglasia” turut tidak dibenarkan ditayangkan di laman sosial YouTube atau dijual di pasaran secara sah atau haram dan pihak yang menayangkan filem ini di rumah ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan undang-undang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2015 09:37 AM | Show all posts
Nk tgk sume movie ni dgn abam..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 12:19 PM | Show all posts
miabebe replied at 9-5-2015 09:37 AM
Nk tgk sume movie ni dgn abam..

dengan abam bell x nak ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 12:21 PM | Show all posts
bellaa replied at 9-5-2015 12:19 PM
dengan abam bell x nak ke

Dgn abam tu abam bell la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 10:35 AM | Show all posts
teringin nak tengok movie dukun..........
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 10:36 AM | Show all posts
kalau boleh haramkan sekali drama2 melayu yang mengarut dan merosakkan akhlak........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2015 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
nak tgk dukun
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak guna nak harmakan..internat kan ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2017 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh je tgk kt internet
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua benda tak kena kalau kt mas ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua benda nk diharamkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2017 01:48 AM | Show all posts

Oh!

[AceHand SPECTaceLAR]

Tetiba rasa kecewa...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tengok movie dukun
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok bole cari lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tgk semua yg diharamkan tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
harithzakuan replied at 18-4-2017 08:28 AM
Boleh je tgk kt internet

Dukun pun dah ada?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2017 01:14 AM | Show all posts

Hmmm...

tatirania replied at 4-7-2015 10:36 AM
kalau boleh haramkan sekali drama2 melayu yang mengarut dan merosakkan akhlak........

[AceHand SPECTaceLAR]

Contoh...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tengok filem dukun tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 03:47 PM | Show all posts
honestly i totally understand why they banned those movies tp yg ta fhmnyaa knpe dorg tana hrmkn filem2 tempatan skrg yg takde nilai murni pun, jln crita biasa2 je, pstu byk mencarut takde kualiti lgsung
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 01:42 AM | Show all posts

Hmmm...


[AceHand SPECTaceLAR]

Aku pong...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.063234 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list