CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3533|Reply: 21

PERMUDAHKAN PERKAHWINAN

[Copy link]
Post time 10-5-2015 10:08 PM | Show all posts |Read mode
PERMUDAHKAN PERKAHWINAN
Coretan ringkas Saiful Nang di bawah ini ada mesej yang amat serius untuk kita pertimbangkan sedalam-dalamnya dan mengambil langkah wajar untuk sama-sama merubah amalannya.
Bagi Warga Prihatin, kami sudah tidak perduli lagi apa masyarakat mahu kata. Yang penting ialah mematuhi syariat agama.
Setakat ini sudah lebih 10 orang anak-anak kami dinikahkan dengan bajet sangat rendah, namun tidak mengenepikan 'fitrah' majlis perkahwinan termasuk pengisian keceriaan mengikut adat yang tidak bercanggah dengan agama. Mereka tetap berpuas hati dan Alhamdulillah bahagia sampai kini.
Saat ini juga ada sekitar 20 orang anak-anak kami yang telah ditunangkan. Biarpun ada yang mengata kerana sebahgiannya masih muda, tetapi bagi kami itulah sebahagian dari tanggungjawab ibubapa untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka.
Bukan mudah menghadapi pacaroba dunia yang serba mencabar kini. Bukan sekadar menikahkan atau tunangkan mereka pada usia muda, tetapi kami juga harus fikirkan bagaimana mahu membimbing mereka dengan sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu yang ada.
HUTANG KAHWIN seperti yang dinyatakan dalam nukilan SN ini sudah menjadi masalah umum. Sebahagian dari pasangan muda para murobbi kami ada pengalaman pahit berkaitan itu. Sudah beranak 3 pun hutang itu masih tidak langsai lagi. Yang penting, hidup mereka jadi gelisah kerana dikejar hutang dan riba'. Maka, kami ambil pelajaran dari masalah mereka.
Hari ini, anak-anak kami tidak perlu berhutang dan bersusah payah untuk berkahwin. Semua urusan pertunangan dan pernikahan mereka kami uruskan secara rewang dan berjemaah.
Latihan berpuasa secara ritual dan aktual telah membuahkan hasil dalam melentur kehendak nafsu mereka. Wang hantaran pun mereka wakafkan untuk pembangunan RPWP. Baju pengantin pun cukup dengan memakai uniform harian RPWP.
Video pendek pernikahan 2 pasangan anak-anak RPWP ini adalah singkatan dari video asal yang pernah kami upload sedikit masa dulu. Ia sekadar menggambarkan bagaimana acara pernikahan SEDERHANA dan mudah itu berlangsung.
Semuga Tips Munakahat ini bermanfaat,
WARGA PRIHATIN
KAHWIN BAJET RENDAH - SAIFUL NANG:
Saya tak mahu ulas isu semasa kerana mesti jadi panas. Kalau saya kritik Wan Azizah pun orang marah, kalau kita kata tentang Ros pun ada orang gila marah. Hari ini saya nak cerita tentang orang kahwin bajet.
Sejak 2004 saya seorang jurugambar perkahwinan. Saya bersara dari fotografi perkahwinan kira-kira 3 tahun yang sudah kerana menguruskan pelbagai perniagaan-perniagaan yang ada. Namun, sepanjang tempoh itu, saya pernah berada dalam majlis perkahwinan dengan bajet tak sampai RM3000 dan juga majlis perkahwinan bernilai RM60 Juta (Saya tak boleh nyatakan siapa tapi yang penting bukan perkahwinan yang banyak bunga-bunga tu).
Saya suka nak cerita tentang perkahwinan harga RM3000 tu. Ketika itu, rate saya baru RM1000 untuk 1 majlis. Perkahwinan ini berlaku dengan ringkas sahaja. Si Lelaki dan Si Perempuan bertemu dan suka sama suka. Lelaki itu terus tanya Si Gadis
Lelaki : Nak kahwin dengan saya?
Gadis : Boleh juga
Lelaki : Tapi low bajet tau
Gadis : Lagi baik.
Maka mereka mengisi borang nikah dan masuk kursus kahwin. Si Lelaki bercerita kepada saya yang dia pergi merisik sendiri Si Bapa Gadis. Nampak macam tidak sopan tetapi sebenarnya bukan niat nak merisik, sebenarnya nak jumpa ibu bapa Si Gadis yang merupakan seorang guru.
Terus terang ditanyakan kepada ibu bapa Si Gadis dengan terus terang yang beliau mahu menikahi anaknya. InsyaAllah katanya beliau mampu untuk menjadi suami yang baik cuma tidak mampu belanja perkahwinan yang mahal. Katanya, tidak guna perkahwinan yang mahal jika selepas kawah telangkup semula, hutang mula mahu dibayar. Tak guna belanja perkahwinan mahal jika masa mengumpul terlalu lama dan bukan sekadar duit berjaya dikumpul, dosa juga makin lama makin terkumpul. Mula-mula dosa kering lama-lama jadi dosa basah.
Katanya, beliau nekad kalau ibu bapa Si Gadis tak setuju, beliau rela jika tidak memperisterikan gadis itu. Rupanya, mudah bagi Si Bapa Gadis menerimanya hanya kerana tidak mahu anak dan bakal menantunya terus menerus mengumpul dosa.
Terus dikatakan kepada Si Lelaki...."Panggillah orang tua-mu bakal menantu-ku"
Maka datanglah ibu bapa Si Lelaki pada keesokannya dengan sebuah kereta. Ibu dan bapa beserta sebuah dulang berisi cincin dan sirih junjung buat sendiri diiring adik beradik dengan pakaian baju melayu dan kurung ringkas tanpa jade dan permata juga lampu liplap blink blink hari raya. Terus hantar tanda maka bertunanglah mereka berdua mengikut adat dan terus ditetapkan tarikh langsungnya sebulan kemudian.
Saya berada semasa pernikahan dan perkahwinan yang berlangsung di Negeri Kedah. Memang mereka pun jenis orang Utara kahwin orang Utara. Cuma lain-lain kawasan sahaja. Pernikahan dibuat di surau berhampiran rumah SI Gadis. Ringkas sahaja tanpa dulang belulang. Maskahwin dan cincin semua dalam 1 dulang. Cincin belah rotan sahaja tanpa solitaire permata dan platinum. Dan cincin itu juga diakad sebagai maskahwin.
Hadiah perkahwinan sekadar telekung, sepasang baju kurung, sirih junjung yang wajar-wajar sahaja. Menariknya, hantaran itu tidak letak atas paha tembaga pun, sekadar dalam dulang biasa sahaja. Si Gadis pula mengenakan solekan sendiri. Ringkas sahaja tanpa lebam mata dan lebam pipi. Sekadar mengenakan sedikti lipstick dan bedak tipis. Baju kahwin katanya baru semalam beli di Mydin yang dah siap.
Sekali lafaz, sah!
Balik terus ke rumah Si Gadis ada 1 khemah sahaja dengan rakan-rakan sekampung terdekat sekitar 100 orang yang datang meraikan. Selepas makan semua beredar dan majlis pun tamat.
Minggu berikutnya Si Lelaki mengadakan doa selamat ringkas di rumahnya dengan ahli qariah tempatan sahaja yang bertamu. Saya pula dijemput sebagai kawan dan saya terpaksa datang kalau tak nanti mahu berpatah arang. Dah lah saya datang sebagai tetamu, dia bagi ayat power "Aku tak harap hadiah apa dari hang pol...hang ambik gambaq aku pun dah sempoi habess".
Aku terjerat. Tapi aku OK sahaja. Aku happy dan aku rasa dia pun bukan ada duit sangat. Pelamin pun pakai sofa dalam rumah, hias lebih kurang itupun untuk buat tempat ambil gambar.
Semasa itu saya masih bujang. Dan saya tanyakan beliau berapa kos perkahwinannya? Dia kata tak habis RM3000. Cincin RM300 (maskahwin), cincin tunang (RM300), belanja kenduri perempuan RM1000 dan belanja kenduri lelaki RM800 dan baki tu beli baju baru.
Dia berjaya inspire saya untuk berkahwin tanpa hutang. Alhamdulillah, saya berjaya kahwin setahun selepas dia kahwin. Ayah Mertua saya bila ayah saya tanya berapa hantaran lalu ayah mertua saya jawab "Itu biarlah anak-anak yang tetapkan...saya terima sahaja".
Lawatan saya yang pertama selepas perkahwinan mereka ialah semasa mereka menetap di Flat Taman Datuk Senu. Minggu lepas saya berjumpa mereka tinggal di Bangi. Si Isteri tidak bekerja kerana menjaga 4 orang anak dan suaminya antara salah seorang Engineer Consultant di firma antarabangsa Oil & Gas di KLCC. Rumahnya besar untuk dia menjaga ibu bapa dan mertua yang selalu bertandang melihat cucu. Dengan gaji RM3,000 sehari beliau masih sederhana dengan sebuah Proton Waja untuk bekerja dan sebuah Toyota Alphard untuk kegunaan keluarga.
Dia bukan kedekut, tapi dia berbelanja berhemah dengan bajet surplus.
Jika orang biasa boleh bertanding terus jawatan Perdana Menteri, saya suka untuk calonkan orang begini menjadi Perdana Menteri. Bukan tidak boleh berbelanja cuma beliau berbelanja pada yang perlu.
Ada saudara terdekat saya kahwin pakai hutang Bank Rakyat. Dah 2 tahun bercerai walaupun masa wedding dulu sweet macam nak nangis tengok video presentation ala-ala Hollywood tapi dibayar guna duit loan. Lagi teruk, hutang kahwin masih perlu dibayar ansurannya walaupun sudah 2 tahun bercerai.
Tak salah nak buat grand-grand dengan bajet sebesar 1MDB jika mampu. Setiap orang kan ada kemampuan mereka yang tersendiri. Yang kaya nak merendah itu tak ada salahnya, yang rendah nak meninggi macam Si Kaya itu yang akhirnya dikejar hutang.
Ukur baju badan sendiri. Jangan ikut orang lain. Perkahwinan sebenarnya mudah cuma kita ni sahaja yang takut sangat hilang status sosial. Bila sebut pasal kahwin soalan berapa tetamu? berapa khemah? berapa dulang? di ballroom mana? designer mana? hire saiful nang ke? dan banyak lagi untuk status sosial semata.
Rahsiakan pertunangan dan umumkan pernikahan walaupun dengan seekor kambing - hadith.
Dalam Islam, mudah sahaja.
Kita yang buat jadi susah.
Dalam islam rukun nikah ada 5 sahaja.
Busana Rizalman, fotografer Saiful Nang, venue Garden, kenduri 25 khemah semua itu bukan rukun nikah.
Jodoh terbaik anda ialah mereka yang mengutamakan pernikahan berbanding status sosial dalam perkahwinan.
Selamat mencuba!
SAIFUL NANG


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2017 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasihat yg bgs
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Social sanction bagaiman?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandangan masyarakat kdg menyakitkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua benda tak kena
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat murah dikata sengkek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2017 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat murah dikata sengkek
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat mahal dikata membazir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2017 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Acaner tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
bergantung kpd pasangan..ade y pilih untuk bersederhana..ada yang lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 01:48 PM | Show all posts
"Rahsiakan pertunangan dan umumkan pernikahan walaupun dengan seekor kambing - hadith"

ada orang yg tak dapat terima bila kita rahsiakan pertunangan sampaikan putus kawan. entah lah
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 02:15 PM | Show all posts
ukur baju dibadan sendiri. klw bajet bnyk boleh je nk buat besar besaran. klw bajet ciput je, buat yg termampu dh la..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan membazir
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 02:59 AM | Show all posts

Errr...

[AceHand SPECTaceLAR]

Kita yang bebuat jadi susah sebenarnya...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Elakkan drp berhutang utk majlis kawen
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pyh berhabis sgt utk majlis yg beberapa jam je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2017 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas kawen tu lg penting. X berhutang utk majlis,  ada freedom lah lps kawen.. Enjoy!
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 01:27 AM | Show all posts

Errr...

Heydidle replied at 8-5-2017 02:52 PM
Elakkan drp berhutang utk majlis kawen

[AceHand SPECTaceLAR]

Naper...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 08:57 AM | Show all posts
yerp..tak payah nak berhabis utk majlis sehari. apa yg penting kehidupan selepas berkahwin. byk pasangan kahwin gah tp lepas 2 tahun sibok nak bercerai. peduli la org kata apa janji dpt keberkatan
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 02:26 AM | Show all posts

Hmmm...

Mnahwitty replied at 9-6-2017 08:57 AM
yerp..tak payah nak berhabis utk majlis sehari. apa yg penting kehidupan selepas berkahwin. byk pasa ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Kenangang tu...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.059019 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list