CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20877|Reply: 158

Sains vs Agama - Mana Satu Betul?

[Copy link]
Post time 11-5-2015 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Science vs. religion? There’s actually more of a three-way split


(RNS) Meet the “Post-Seculars” — the one in five Americans who seem to have gone  unnoticed before in endless rounds of debates pitting science vs. religion.
They’re more strongly religious than most “Traditionals” (43 percent of Americans), and more scientifically knowledgeable than “Moderns” (36 percent) who stand on science alone, according to two sociologists’ findings in a new study.
“We were surprised to find this pretty big group (21 percent) who are pretty knowledgeable and appreciative about science and technology but who are also very religious and who reject certain scientific theories,” said Timothy O’Brien, co-author of the research study, released Thursday (Jan. 29) in the American Sociological Review.
Put another way, there’s a sizable chunk of Americans out there who are both religious and scientifically minded but who break with both packs when faith and science collide.
Post-Seculars pick and choose among science and religion views to create their own “personally compelling way of understanding the world,” said O’Brien, assistant professor at the University of Evansville in Indiana.
O’Brien and co-author Shiri Noy, an assistant professor of sociology at the University of Wyoming, examined responses from 2,901 people to 18 questions on knowledge of and attitudes toward science and four religion-related questions in the General Social Surveys conducted in 2006, 2008 and 2010.
Many findings fit the usual way the science-religion divide is viewed:
— Moderns, who stand on reason, scored high on scientific knowledge and scored lowest on religion questions regarding biblical authority and the strength of their religious ties.
— Traditionals, who lean toward religion, scored lower on science facts and were least likely to agree that “the benefits of scientific research outweigh the harmful results.”
However, the data turned up a third perspective – people who defied the familiar breakdown. The authors dubbed them “Post-Secular” to jump past a popular theory that Americans are moving way from religion to become more secular, O’Brien said.
Post-Seculars — about half of whom identify as conservative Protestants — know facts such as how lasers work, what antibiotics do and the way genetics affects inherited illnesses.
But when it comes to three main areas where science and Christian-centric religious views conflict — on human evolution, the Big Bang origin of the universe and the age of the Earth — Post-Seculars break away from the pack with significantly different views from Traditionals and Moderns.
Areas where the factions are clear:
RNS science graphic by Tiffany McCallen; click to view full size

This image is available for Web and print publication. For questions, contact Sally Morrow.

The universe began with a huge explosion:
  • Traditional:  21 percent
  • Modern: 68 percent
  • Post Secular: 6 percent
Human beings developed from earlier species of animals:
  • Traditional: 33 percent
  • Modern: 88 percent
  • Post-Secular: 3 percent
The continents have been moving for millions of years and will move in the future:
  • Traditional: 66 percent
  • Modern: 98 percent
  • Post-Secular: 80 percent
“Post-Seculars are smart. They know what scientists think. They just don’t agree on some key issues, and that has impact on their political views,” said O’Brien.
When the authors looked at views on the authority of the Bible and how strongly people said they were affiliated with their religion, Post-Seculars put the most faith in Scripture and were much more inclined to say they were strongly religious. And where science and faith conflict on hot-button issues, they side with the religious perspective.
For example, Moderns are the most supportive of embryonic stem cell research and abortion rights for women, but Post-Seculars, who are nonetheless largely positive about science and society, are more skeptical in both areas, O’Brien said.
Candidates running in the 2016 elections might take note.
Where people fall in these three groups can predict their attitudes on political issues where science and religion both have claims, O’Brien said, even after accounting for the usual suspects — social class, political ideology or church attendance.
KRE/MG END GROSSMAN

http://www.religionnews.com/2015/01/29/science-religion-evolution-big-bang/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2015 10:51 AM | Show all posts
Sains - Tuhan tak wujud kerana tak dapat dibuktikan wujud.

Agama - Tuhan wujud walaupun tak dapat dibuktikan wujud.

Mana satu betul?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 10:53 AM | Show all posts
Does God Exist?

Does God Exist? The answer is very clear and common sense for anyone who wants see. This video gives you some basic signs and evidence's just to stress this point.


https://www.facebook.com/video.p ... 1103&type=2&theater
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Alion replied at 11-5-2015 10:51 AM
Sains - Tuhan tak wujud kerana tak dapat dibuktikan wujud.

Agama - Tuhan wujud walaupun tak dapat ...

Ini pandangan dangkal apa itu sains dan apa itu agama.

Sains ada banyak teori yg Xdibuktikan mcm big bang theory. kalau planet terjadi dari letusan planet, mcm mana 1st planet terjadi? Kalau saintis percaya dgn 1st planet terjadi dgn sendiri, maka dia patut xboleh tolak Allah terjadi dgn sendiri.

Evolution Theory oleh Darwin diolah dari series of evolution theory yg lain. Menunjukkan manusia jadi dari ameoba. Tapi evolution yg betul bukan mcm tu. Even ramai saintis yg tolak Darwin's tapi sesetengah pihak cthnya atheist yg mengaku diorang science oriented xmahu terima. Ini sama mcm set of fahaman dalam religion. Catholics in US cthnya tolak kewujudan dinosaur walau ada rangka dijumpai. Ada agama lain xmenolak. comparing science dgn agama is comparing orange and apple, or comparing snapper and tomatoes. Hanya orang bodoh yg buat
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:07 AM | Show all posts
Alion replied at 11-5-2015 10:51 AM
Sains - Tuhan tak wujud kerana tak dapat dibuktikan wujud.

Agama - Tuhan wujud walaupun tak dapat ...

tiada bukti bahawa tuhan itu wujud mahupun tidak..so terpulang pada masing-masing..nak anggap tuhan tu wujud or not..dan jika wujud plak..banyak lagi pecahan..tuhan tu satu or banyak..tuhan tu ada pembantu or tidak n bla-bla..
for me..better pegang tuhan tu xwujud..sebabnya..kalau percaya tuhan wujud..banyak lak sambungannya lepas tu..nak pikir tuhan turunkan agama ke tak..dan kalau tuhan turunkan agama..agama mana satu..tuhan ada lantik utusan dikalangan manusia or not??if yes yang mana satu..fucking wasting time..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah lah dekkk...abam time naik motor..kilat bercahaya terang kat sebelah...terus ingat tuhan dekk...dah tak pikir dah pergeseran udara dan wap air ke...cas negatif cas positif..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2015 11:18 AM | Show all posts
Edited by kudin66 at 25-5-2017 06:15 AM

ye lah tu lah tu lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:20 AM | Show all posts
Bukti wujudnya Allah
Saya pernah ditanya oleh seorang pelajar “ustazah, ada kawan saya cakap, sebenarnya Allah itu adalah nama ciptaan manusia dan bukannya benar-benar ada! Apa pandangan ustazah??..terdiam sejenak saya apabila ditanya dengan pertanyaan sebegitu…jauh dari sudut hati saya beristighfar panjang…Masih adakah manusia yang tidak mengenal tuhannya? yang masih ragu-ragu adanya Tuhan?

Mungkin kita merasa pelik dengan persoalan sebegitu. tetapi hakikatnya memang ada manusia yang bergelar muslim masih belum mengenal siapa penciptanya. Masih bertanya dimanakah tuhannya?. Adakah Tuhannya benar-benar wujud atau bagaimana? Na’uzubillah.

Wahai adik-adik ku, sungguh Allah itu benar-benar wujud! Manakan mungkin tiada pencipta (Allah) sedangkan alam ini tersedia dengan segala kelengkapannya. Sedangkan sebuah mesin basuh yang tidak begitu complicated pun ada penciptanya iaitu manusia. Firman Allah s.w.t: “Dan diantara tanda-tanda (kebesaranNya) ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak)” (Surah Ar-Rum: 30: 20).

Saya ada satu analogi yang best untuk dikongsikan. Hah, nak tahu ape? Pernah tak kita melihat arus elektrik? Pasti anda akan menjawab “tidak!” bukan? Hurmm. Jadi apa yang membuktikan adanya arus elektrik? Mari kita perhatikan sekeliling kita. Nampak tak lampu yang menyala? kipas yang berpusing? air cond yang menyejuk? Hah, bukankah itu tanda adanya arus elektrik!. Adakah kita menyakininya? Pasti anda menjawab “Ya!”. Kalau tidak, mana mungkin kipas, lampu, aircond dan perkakas elektrik yang lain boleh digunakan!.

Begitulah juga dengan Tuhan kita iaitu Allah. Dia wujud tapi tidak terlihat dek pancaindera kita yang sangat lemah. Tapi apa bukti adanya Allah? iaitu dengan wujudnya alam semesta ini yang begitu luas dan indah. Mari kita pandang sekeliling kita. Apa yang kita lihat? Cantik bukan alam ciptaan Allah!. Ada matahari, ada awan, pelbagai jenis pokok, haiwan-haiwan yang melata (seperti semut), laut, sungai yang mengalir, batu-batu pelbagai bentuk dan macam-macam lagi. Itulah bukti adanya Allah.
Masih mahu menafikan lagi?

Perhatikan Jasad kita

Mari kita merenung dan memperhatikan setiap anggota tubuh badan kita. Subhanallah! sangat hebat ciptaan Allah yang menciptakan setiap anggota dengan fungsinya. Mari kita lihat jari jemari kita. Apa yang anda lihat? Adanya kuku, kulit, sendi-sendi yang boleh membengkok serta jari-jemari yang tidak sama panjangnya. Subhanallah, cantik bukan! Pernah tak kita berfikir mengapa Allah menciptakan jari jemari kita tidak sama panjang?

Jom kita bayangkan jari jemari kita sama panjang seperti jari yang paling tengah atau jari hantu. Bayangkan yang didepan anda ada nasi dan cuba anda makan makanan tersebut dalam keadaan jari yang sebegitu. Adakah kita dapat makan dengan baik? Pasti anda akan katakan “macam mana nak makan dengan jari macam tu!. Terkeluarlah nasi-nasi! susah nak makan”. Nah, nampak bukan hikmatnya!

Mari kita lihat pula kuku kita. Pernah tidak anda terfikir bagaimana semakin hari semakin panjang kuku kita. Jika dilihat dari luar, tiada pun suatu tempat yang disediakan untuk menyimpan kuku. Kalau kita cabut kuku kita, pasti kuku kita hanya sebesar kuku yang tampak dari luar. Tapi bagaimana ia semakin memanjang? Subhanallah! Semuanya adalah bukti kebesaran dan kekuasaan Allah dalam menciptakan sesuatu.



Firman Allah s.w.t: “Dan pada penciptaan dirimu dan pada makhluk yang bergerak yang bernyawa yang bertebaran (di bumi) terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) untuk kaum yang meyakini” Surah al-Jasiyah: 45: 4). Masih adakah pertikaian kita terhadap kewujudan Allah? Hanya yang meyakini ayat-ayat Allah dan sentiasa memerhatikan ciptaan Allah sahaja dapat merasakan kewujudan Allah.



Duduk Sejenak Mengingati Allah



Mari sahabatku, kita duduk sejenak mengingati Allah, merasakan kekuasaan Allah, merasakan dekatnya Allah. Bagaimana?! Perhatikanlah alam ciptaan-Nya. Di sana pasti kita akan menemukan pelbagai keindahan dan keseimbangan dari alam ciptaanNya. Di sana juga kita akan mula mengenali Tuhan kita yang mungkin kita lupakan sebelum ini dek kesibukan dunia.




Moga Allah memberikan hidayah kepada mereka yang meragukan wujudnya. Allah bukanlah ciptaan manusia, tetapi dia benar-benar wujud dalam jiwa orang-orang yang beriman kepada Allah dan sentiasa mencari kebenaran tentang Tuhannya.
Wallahu’alam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2015 11:25 AM | Show all posts
JokesCop replied at 11-5-2015 11:01 AM
Ini pandangan dangkal apa itu sains dan apa itu agama.

Sains ada banyak teori yg Xdibuktikan mc ...

Sains - bukti. Agama - teori. Teori Darwin mungkin boleh dikatakan juga satu agama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:26 AM | Show all posts
Taubat : Bagaimana Nak Istiqamah?

Bismillah
Alhamdulillah
Wassolatu Wassalamua Ala Rosulillah

Untuk memulakan penulisan untuk tajuk kali ni, amat berat dek kerana saya bukanlah orang yang sesuai. Terlalu banyak kesilapan diri. Minta Allah jauhkan daripada berulang, minta Allah kuatkan diri untuk istiqamah. Semoga dengan penulisan ni, membantu saya dan pembaca untuk menjadi hamba Allah yang taat insyaAllah.

Islam adalah agama rahmat bukannya agama yang menyeksakan. Dalam tulisan yang lalu sudah saya sebutkan serba sedikit tentang keampunan dalam agama Islam dan Kristian (rujuk di sini). Namun, jika dibaca Bible, seolah-olah apa yang mereka fahami dalam Kristian tidak selari dengan apa yang terdapat dalam Perjanjian Lama atau Old Testament. Walaupun dikatakan mereka, dosa adam diampunkan selepas Isa disalib, tetapi Ibrahim dikatakan mendapat berkat tuhan. Orang yang mewarisi dosa diberkati sebelum diampunkan?

Tulisan kali ini bukanlah membicarakan persoalan itu, tetapi persoalan bagaimana untuk istiqamah dalam bertaubat. Sesungguhnya saya tidak mengetahui penghujung kehidupan saya. Namun, saya menulis atas dasar perkongsian, semoga dengan hukum-hukum alam Allah yang merupakan kuasa-Nya, Dia meluruskan jalan saya ke Syurga-Nya.

Seringkali, seseorang yang ada secebis keimanan dalam dirinya akan merasa bersalah jika dia melakukan kesalahan ataupun dosa. Itulah tanda keimanan. Bersyukurlah jika ada perasaan bersalah itu walaupun kita masih melakukan dosa itu. Moga-moga dengan kesyukuran itu, hati kita tertarik untuk bertaubat. Jika nikmat Allah itu kita tidak syukuri dengan memuji Pemberi nikmat, kepada siapa lagii kita harus memuji?

Tanda keimanan seseorang juga ialah, bertaubat selepas melakukan kesalahan. Seringkali keimanan itu mendorong seseorang merasa bersalah tatkala melakukan kesalahan lalu menyesal dan memohon keampunan. Namun, ujian di dunia ini, nafsu, sering mendorong manusia yang lemah atau yang mahu menjadi lemah kembali kepada dosa selepas bertaubat. Keimanan yang secebis seringkali bertanya, bagaimanakah aku ingin istiqamah? Bagaimanakah aku ingin berterusan dalam kebaikan? Ada juga yang hanyut sedikit demi sedikit dalam dosa kerana merasa malu kepada Allah dek dosanya lalu tidak bertaubat lagi kerana berputus asa. Ingatlah, berputus asa itu bukan amalan muslim. Segeralah bertaubat setiap kali melakukan dosa, walaupun sekerap apa pun dosa kita berulang dan carilah penyelesaian!

Saya akan senaraikan beberapa cara untuk mendapatkan taubat yang berterusan yang saya rasakan ia cara yang terbaik untuk dicuba. Tidak salah mencuba, kan? Cara ini mungkin sesuai dengan anda, mungkin juga tidak. Pun begitu, mencuba untuk kebaikan itu lebih baik daripada mati tidak mencuba dalam keburukan.

1. Jaga Solat

Solat mempunyai kuasa yang sangat hebat untuk diri muslim. Solat merupakan kawalan nafsu yang sentiasa mengajak kepada dosa.  Ia merupakan formula terbaik untuk ISTIQAMAH. Sebab itulah dibacakan dalam solat surah al-Fatihah. Dalam surah al-Fatihah terdapat satu doa yang hebat. Ihdinassirotolmustaqim. Tunjukilah kami atau hidayahkan kami ke jalan yang lurus. Jalan yang lurus ini ialah istiqamah.

Itu satu cara solat memastikan kita istiqamah. Cara lain pula, bagi lelaki haruslah solat berjemaah, lebih baik di masjid dan bagi perempuan solat di awal waktu. Bagi lelaki, jika bersolat di masjid secara automatiknya sudah melakukan solat di awal waktu. Solat di awal waktu sangat mendisiplinkan diri. Bagaimana ia mendisiplinkan diri? Persoalan ini saya akan hurai di akhir nanti.

Bagi kaum lelaki, eloklah bersolat jemaah sekurang-kurangnya tiga kali sehari sebagai permulaan. Pastikan solat Subuh walaubagaimana sekalipun, kita solat di masjid. Solat subuh merupakan solat yang sangat sukar bagi lelaki untuk dilakukan di masjid dek kerana nafsu tidur yang mengalahkan iman seseorang. Jika seseorang dapat istiqamah solat subuh di Masjid, insyaAllah dia akan istiqamah melawan nafsunya daripada dosa.

2. Tidur di Awal Waktu

Kenapa perlu tidur di awal waktu? Seperti yang dinyatakan dalam hadis yang berbagai, kebanyakan orang di zaman Rasulullah tidur sejurus selepas menunaikan solat isyak. Perkara ini mungkin sukar diamalkan terutamanya bagi pelajar yang masih menuntut. Bagi mereka, waktu malam ialah waktu untuk mengulangkaji pelajaran atau bagi mereka yang bergerak dalam gerak kerja Islam, waktu malam adalah waktu untuk bermesyuarat, untuk berforum dan waktu selepas itu iaitu tengah malam adalah untuk mengulangkaji pelajaran. Memang sukar.

Persoalan saya, solat subuh atau ulangkaji yang lebih penting dan lebih diutamakan?
Saya mencadangkan satu jadual malam di sini untuk tatapan semua :

7.00-7.30 : Solat Maghrib berjemaah
7.30-8.00 : Makan Malam
8.00-Isyak : Rehat (elok bereha selepas makan supaya pencernaan lancar)
8.30 : Solat Isyak berjemaah
9.00 : Program Islami atau gerak kerja dakwah atau sebagainya
12.00 : Ulankaji pelajaran
1.30 : Tidur
5.30 : Bangun, Mandi, Tahajjud 2 Rakaat, Witir 1
5.45 : Solat Subuh Berjemaah
6.00 : Ulangkaji
8.00 : Pergi Kelas

Bila baca, mungkin anda akan kata, tidur 4  jam sahaja? Ya, tidur 4 jam sahaja. Rujuk di sini. Mungkin susah bagi sesetengah orang untuk mengamalkan cara tidur sebegini tapi insyaAllah dengan keinginan yang tinggi kita berjaya. Berwudhuklah sebelum tidur, dapatkan tidur yang berkualiti, berdoa sebelum tidur.

3. Doa

Inilah senjata seorang yang mengaku beriman. Sebagai manusia, nafsu merupakan musuh yang paling bahaya. Ini tidak dapat dinafikan. Maka, lawanlah ia dengan senjata kita. Pastikan anda berdoa supaya istiqamah pada setiap waktu solat. Jika terlupa, qada. Kerana sekali anda terlupa berdoa, mungkin kali itu juga anda akan lupa bahawa waktu itu anda sedang melawan nafsu, lalu anda mengikut hawa nafsu.

Bagaimana doa bertindak membantu kita dalam segala hal?

Bagi saya yang sukakan logik, saya selalu berpendapat bahawa segala yang Allah lakukan, Dia lakukan melalui sesautu penyebab. Contohnya, Allah memakbulkan doa. Bagaimana Allah memakbulkan doa? Bagi saya, secara logiknya, Allah memakbulkan doa dengan kesungguhan hati kita. Doa bagi saya sebagai motivasi. Sebab itulah doa perlu dibuat secara bersungguh-sungguh.

Sebagai contohnya, seseorang berdoa untuk istiqamah dalam bertaubat, bermakna dia ingin istiqamah bertaubat. Adakah kehendaknya tinggi untuk istiqamah? Jika ya, doa yang dipohonnya kepada Allah secara bersungguh-sungguh. Dengan kesungguhan dia, dia berdoa secara bersungguh-sungguh dan mencuba untuk istiqamah secara bersungguh-sungguh, lalu jadilah taubatnya bersungguh-sungguh dan istiqamah. Doa yang dilakukannya berterusan kerana keinginannya berterusan untuk istiqamah bertaubat. Lalu, dia istiqamah bertaubat.

Jika tidak, seseorang akan berdoa sambil lewa dan akan bertaubat juga sambil lewa sebagaimana ketidaksungguhannya berdoa. Lalu, dia mengulangi dosa.

Seseorang yang ingin bertaubat tetapi mengulanginya, bagi saya tidak lain melainkan taubatnya itu hipokrit, tidak bersungguh-sungguh termasuklah jika orang itu diri saya sendiri.

4. Kerapkan Solat-solat Sunat

Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, solat mendisiplinkan seseorang. Di sini saya akan menjawab, bagaimana ia terjadi. Solat akan mendisiplinkan seseorang terutamanya jika dilakukan tepat pada waktu. Ia seperti jadual waktu kita di sekolah, di universiti, di tempat kerja. Kita perlu tiba ke kelas tepat atau terlambat sedikit sahaja ke kelas. Untuk menepati waktu ini bukan suatu perkara yang mudah, tetapi jika dapat dilakukan, ia akan mendisiplinkan diri kita, terutamanya untuk istiqamah.

Untuk memastikan kita istiqamah, kita perlu menambahkan solat-solat sunat sebagai tambahan kepada yang fardhu. Ini kerana, terdapa rung waktu kosong antara dua solat fardhu. Dalam waktu itu, seseorang boleh terleka dengan nafsu.

Contoh :
Abu pulang ke masjid selepas solat Subuh berjemaah di masjid. Pada hari itu, Abu cuti. Pada pukul 8.30 kawan Abu datang berbual-bual. Setelah beberapa minit berbual, perbualan mula mengarah kepada bercakap tentang seseorang (mengumpat). Abu yang teringat akan waktu itu adalah waktu dhuha lalu dia mengajak kawannya untuk melakukan dua rakaat solat dhuha bersama. Dia terhindar daripada mengumpat dengan solat. Selepas solat, pada pandangan anda, adakah Abu atau kawannya akan menyambung umpatan mereka? Tentu sekali tidak, kan?

5. Mengingati Allah (Zikrullah)

Kerap kali saya mendengar ustaz-ustaz bila berbicara tentang zikrullah, mereka hanya bercakap tentang ayat-ayat zikir seperti lailahaillallah, subhanallah dan sebagainya tanpa menghuraikan bagaimana ia berfungsi dalam menjauhkan manusia daripada dosa. Bagi saya, bila membaca ayat-ayat zikir itu tidak semestinya seseorang itu mencapai keadaan sedang mengingati Allah. Tidak dinafikan kesemua ayat-ayat zikir itu mendatangkan pahala kepada pembacanya. Namun, perlu difahami bahawa zikrullah itu bukanlah sekadar sebutan di mulut sahaja. Sebutan ayat-ayat tadi ialah sebagai uslub atau cara atau kaedah mencapai zikrullah atau untuk mengingati Allah.

Selalu kedengaran ustaz-ustaz sebutkan, "Kita digalakkan zikrullah setiap masa.".
Bagi yang tidak memahami, tertanya-tanya, bagai mana zikrullah di dalam tandas? Menyebut nama Allah di dalam tandas?

Perlulah difahami bahawa zikrullah itu bukanlah apa yang disebutkan di mulut, tetapi apa yang ada di dalam jiwa. Mengingati Allah sentiasa melihat hamba-Nya. Sesungguhnya jika kita sentiasa mengingati bahawa Allah sentiasa bersama kita, cukuplah Allah sebagai pengawal kita daripada dosa. Tidak perlu lagi kepada polis atau sesiapa. Inilah zikrullah sebenar.

6. Mengisi Masa Lapang

Sesungguhnya manusia yang bersendirian itu mudah didorong nafsunya. Kerapkan diri bersama manusia sekeliling daripada berseorangan. Bila berseorangan, kita akan merasakan kita sedang berseorangan lalu berbuat dosa sedangkan kita terlupa Allah mengetahui.

Setiasalah bersama golongan manusia yang baik-baik kerana manusia juga mempunyai sifat syaitan. Bila seseorang manusia yang baik tetapi lemah imannya bersama manusia yang tidak baik, imannya mudah diganggu oleh syaitan manusia yang di sedang depani. Jadi, sentiasalah bersama orang yang baik-baik.

Isi masa lapang dengan kerja-kerja dakwah, menuntut ilmu agama, berbual-bual Islami dan sebagaimya.

7. Berkongsi Kebaikan

Pada zaman ini, tidak jarang kita temui, seorang yang baru berubah dikutuk dihina. Seorang wanita yang dulunya mendedahkan aurat, bertaubat kepada Allah dan ingin istiqamah bertaubat. Dia terjumpa kawan lamanya yang sama keadaan dengannya dulu, mendedahkan aurat. Dia yang saya akan kawannya itu menegur kawannya yang mendedahkan aurat dengan penjelasan yang lembut. Balasannya, tentu sekali dia akan mengatakan, "Ah! Kamu dulu pun sama macam aku juga, tak payah nak jadi ustazah nak berceramah depan aku lah!". Kata-kata sebegini biasa terjadi. Inilah yang menjadikan seseorang yang baru bertaubat kembali kepada dosa atau tidak mahu menyampaikan kebaikan.

Jangan takut, jangan takut kehilangan kawan, takutlah jika kawan anda di seksa. Mungkin dengan teguran yang diberikan, dia tidak mahu berkawan dengan kita, tetapi dalam fikiran warasnya dia terfikir akan kebenaran teguran kita suatu masa nanti. Siapa tahu, kan?

* DAKWAH DAN ISLAH ADALAH TANDA CINTA *

Dengan menyampaikan sesuatu, ini menjadikan kita segan untuk melakukan sesuatu yang berlawanan dengan apa yang kita cakap.

AKHLAK ialah TABIAT

Akhlak bukanlah sesuatu keadaan yang dibuat-buat tetapi ia sesuatu yang melekat dengan manusia. Sama ada akhlak buruk atau baik. Akhlak ialah tabiat.

Sebagai contoh, Saifullah yang baru bertaubat menjadi lebih baik. Jika sebelum ini, tatkala berjalan, dia selalunya tidak bertegur sapa sesiapa yang berselisih tetapi selepas bertaubat, dia mengubah dirinya, dia menyapa orang yang dia temui dan mengucapkan salam. Apa yang dia lakukan itu bukanlah akhlak tetapi perbuatan. Itu bukan kebiasaannya, bukan apa yang melekat dengan dirinya. Namun, lama kelamaan, tanpa dibuat-buat, secara automatik mulutnya mengucapkan salam kepada orang yang ditemuinya. Nah, itulah akhlak! Itulah tabiat baik.

Memanglah sukar sesuatu kebaikan untuk menjadi kebiasaan yang melekat dengan kita apatah lagi kita sebelum ini sering melakukan dosa seolah-olah dosa  itu melekat dengan kita. Namun, waktu memastikan sesuatu kebaikan melekat dengan kita. Lama-kelamaan, kebaikan itu akan melekat dalam diri kita.

Bersabarlah! Bersabarlah! Bersabarlah dalam melakukan kebaikan sebelum ianya menjadi melekat dengan kita. Semoga setelah ia melekat, istiqamahlah kita. Janganlah terus berputus asa sesekali kita tersalah mengulangi keburukan. Terus berusaha! Usaha tangga kejayaan.
Berdoalah! Berdoalah! Berdoalah! Semoga ia menjadi motivasi kepada kita meneruskan taubat dan amalan kebaikan dengan istiqamah.

Perbanyakkan kebaikan! Hapuskan keburukan! InsyaAllah kita mampu.

Wallahu A'lam.

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
jengkoil replied at 11-5-2015 11:11 AM
Entah lah dekkk...abam time naik motor..kilat bercahaya terang kat sebelah...terus ingat tuhan dekk. ...

Musti abam pikir suh Tuhan selamatkan abam kan?si partikel nak bergesel lantak dia la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2015 11:27 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 11-5-2015 11:07 AM
tiada bukti bahawa tuhan itu wujud mahupun tidak..so terpulang pada masing-masing..nak anggap tuha ...

Jadi timbul persoalan jika dah percaya agama kenapa pula percaya sains sebab sains bercanggah dgn agama. Tidakkah ini sesat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:28 AM | Show all posts
Mengukir Manusia
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah masih mampu menulis selepas hampir setahun tak menjengah. Selawat dan salam atas junjungan Nabi, keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya.

Allah berfirman:





Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [Surah An-Nahl (16): 125]
Islam merupakan agama yang diseru penganutnya mengajak segenap manusia bersama-sama mematuhi Allah, Tuhan yang sebenar-benar Tuhan. Maka, dalam berdakwah ini Tuhan, sebagaimana Dia memberitahu jalan bagaimana seharusnya manusia menyebahnya, Dia juga memberitahu jalan bagaimana cara-cara mengajak manusia kepada-Nya.

Banyak pantang larang, guide yang Allah sediakan antaranya seperti ayat yang saya nyatakan di atas, iaitu dakwah itu perlulah dengan penuh kebijaksanaan, penyesuaian dan dengan nasihat yang baik. Selain itu, dalam berdakwah juga, Allah berfirman:







Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. [Surah Al-Baqarah (2): 272]

Dalam berdakwah, boleh saja pendakwah akan timbul rasa senak dalam jiwa tatkala yang didakwahnya tidak berubah atau dikatakannya tidak mendapat hidayah.  Rasa senak dan sedih ini tidak hanya menimpa pendakwah-pendakwah yang mencintai manusia seluruhnya namun sudah menimpa Rasulullah sendiri tatkala Rasulullah bersedih dengan keadaan bapa saudaranya, Abu Talib yang mati dalam keadaan belum memberi kesaksian bahawa Allah itu Tuhan yang sebenar-benarnya sehingga Allah menegur Rasulullah.

Teguran dan kejadian ini merupakan aturan Allah untuk Dia ajarkan manusia practically.

Apakah penyebab rasa senak ini?

Tentu sahaja kalau menurut agama Buddha, rasa senak ini iaitu dukkha lahir disebabkan tanha iaitu keterikatan minda manusia dengan dunia yang memotivasikan manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya. Contohnya, tanha yang ada dalam minda seorang ibu, akan menyebabkan lahir dukkha dalam diri ibu itu tatkala anaknya meninggal dunia.

Konsep ini, walaupun berada dalam kotak tertulis Buddhism, namun kita juga boleh melihatnya juga dalam kotak tertulis Islam. Allah berfirman:


Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [Surah Ali Imran (3): 14]
Tidak perlu dijelaskan lagi ayat ini kerana Allah telah menjadikannya sangat jelas berkaitan konsep keterikatan manusia kepada dunia, beserta dengannya Allah datangkan peringatan bahawa dunia itu akan hilang. Dalam firman lain:


Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. [Surah Al-Kahf (18): 46)
Dalam ayat ini juga, Allah datangkan peringatan bahawa dunia itu tidak kekal. Berkaitan keterikatan dengan dunia ini, saya lebih dahulu mendatangkan konsep dukkha dengan sengaja mendahului keterangan al-Quran sebagaimana sejarahnya, ajaran al-Quran itu datang terkemudian berbanding ajaran Buddha. Walaubagaimanapun, cara yang disediakan untuk mendepani dunia dalam dua agama ini berbeza dan tentulah, sebagai seorang Muslim, kita perlu meyakini bahawa cara yang Allah tunjukkan itu yang terbaik, namun bagi penganut agama Buddha, tentu sahaja mereka menganggap apa yang diajarkan agama mereka itu yang sebenarnya.

Jadi, dengan fitrah yang Allah jadikan -manusia terdorong kepada dunia- ini, manusia merasa senak sentiasa bila tidak mengikuti jalan yang Allah tunjukkan dalam menangani fitrah ini.

Pendakwah pentas, penat berceramah di pentas. Pendengar ceramah, keluar sahaja daripada dewan ceramah, terus mengulangi dosa lagi.

Pendakwah jalanan, berpeluh menerangkan Islam di jalan-jalan, namun mereka yang lalu-lalang setelah mendengar, kembali lagi kepada agama masing-masing bagi yang beragama, dan bagi yang tidak mempercayai kewujudan tuhan, terus dengan kepercayaannya.

Yang Sunni akan bersungguh-sungguh mahukan yang berfahaman Shiah datang kepada ajaran yang mereka rasa benar, Sunni. Begitu juga sebaliknya.

Yang mengaku Salafi pun begitu, bersungguh-sungguh mengatakan itu bid'ah, ini bid'ah dalam merasakan mereka benar dan menginginkan muslim lain mengikuti mereka.

Bagi ahli politik Islam, tentunya tidak tidur malam memikirkan betapa teruknya serangan ideologi dan sentiasa pecah otak memikirkan cara mendepaninya.

Tidak hanya itu, dalam skop yang kecil, institusi kekeluargaan, bagi ibu bapa yang penat mendidik anak-anak mereka di waktu kecil, sudah tentu ingin anak mereka melalui jalan yang benar bila sudah meningkat dewasa. Namun, tidak semua anak-anak akan melalui jalan yang benar. Anak-anak juga, tentu sahaja banyak ketidaksefahaman mereka dengan ibubapa dan mereka mengharapkan mereka mampu mengukir ibubapa mereka berminda seperti mereka.

Dalam diri kita, tentu sahaja banyak perkara yang kita ingin manusia lain lakukan seperti yang kita lakukan, mengambil apa yang kita ambil, menerima apa yang kita terima, percaya apa yang kita percaya.

Seperti saya sendiri, tatkala berkawan dengan kawan yang bukan Muslim, saya sering membayangkan mereka menerima apa yang saya percaya. Dan realitinya juga, tulisan yang saya sedang tulis ini, menipu jika saya katakan saya tidak mencita-citakan orang menerimanya.

Tentu sahaja pendakwah akan merasa senak tatkala dia tidak dapat mengukir manusia itu menjadi seperti yang dinginkannya, Ibu bapa juga akan sungguh senak dengan sikap anak-anak mereka yang tidak menjadi seperti yang mereka inginkan. Mereka senak tatkala merasa gagal dalam mengukir anak mereka. Saya, tentu saya akan merasa senak di jiwa bila kawan saya itu tidak menerima apa yang saya percaya kerana merasa gagal mengukir minda kawan saya itu.

Sememangnya, manusia tidak akan mampu mengukir manusia lain menurut kehendaknya. Lihat sahajalah dunia hari ini, Peratusan muslim hanyalah lebih kurang 23% populasi dunia. Selebihnya, 77% lagi, tentulah mereka yang kafir kepada Allah. Dalam 23% itu, tentu sahaja sungguh kecil yang benar-benar berada dalam taat kepada Allah sepenuhnya. 10% kah? 5% kah? 1% kah? Atau lebih sedikit lagi? Hanya Allah yang mengetahui.

Sudah tentulah, kalau manusia mampu mengukir manusia, pastilah saya akan mengukir manusia menjadi seperti yang saya inginkan, 100% populasi dunia. Cuba anda fikirkan, jika saya mampu mengukir manusia, saya akan ukir 100% manusia lain mengikut agama Islam. Dalam masa yang sama, kawan saya yang beragama Buddha contohnya, juga akan mengukir manusia lain memeluk agama Buddha sepertinya. Maka saya akan menjadi Buddha sepertinya dan dia akan menjadi Muslim seperti saya. Tak logik, kan? Ya, memang tak logik manusia itu mampu mengukir manusia. Manusia tidak mampu!

Mengukir diri sendiri sahaja manusia tidak kuat, bagaimana mungkin manusia mampu mengukir orang lain. Seorang yang gemuk, untuk menjadi kurus, pakar kesihatan menasihatkannya supaya tidak memakan nasi selama sebulan kerana nasi mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi yang mana akan menjadi lemak sekiranya pengambilannya melebihi keperluan tenaga yang diguna dan akan menyebabkan seseorang gemuk berlemak. Tentu sahaja tidak semua orang gemuk -yang mahu kurus- mampu meninggalkan tabiatnya memakan nasi yang dia lakukan hampir setiap hari dalam hidupnya. Kemahuannya untuk kurus tidak mampu mengukir mindanya supaya mengarahkan badannya meninggalkan memakan nasi.

Mengukir diri sendiri sahaja manusia tidak kuat, bagaimana mungkin manusia mampu mengukir orang lain?

Kembali kepada petunjuk yang Allah berikan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 272 yang sudah saya nyatakan di atas, Allah mengatakan manusia itu tidak mampu memberikan hidayah kepada manusia lain, yang mampu hanya Allah. Hanya Allah yang mampu mengukir manusia seperti yang dikehendakinya. Menyedari hakikat ini sahajalah yang mampu menghapuskan senak dalam setiap keadaan manusia.

Hanya Allah yang mampu mengukir manusia. Dan Allah sudah pun mengukir manusia. Allah jadikan manusia mampu memilih. Ada yang memilih menjadi Muslim, ada yang memilih menjadi Sikh, ada yang memilih menjadi pendakwah mengajak kepada kebaikan, ada yang memilih mengajak kepada keburukan.

Allah telah mengukir manusia mampu memilih. Allah mengukir manusia mempunyai otak, nafsu, fitrah. Disebabkan itu, manusia tidak mampu mengukir manusia. Bererti, Allah juga telah mengukir manusia bersifat tidak mampu untuk mengukir manusia.

Bukankah dengan itu bererti Allah juga telah mengukir manusia itu jahat ketika manusia memilih melakukan kejahatan? Ya, Allah telah mengukir manusia mampu memilih untuk melakukan kejahatan. Allah ukirkan kemampuan itu sebagai ujian bagi manusia. Kerana dengan ujian yang banyak ini, maka jika manusia masih taat kepada Allah, martabat manusia sebenarnya sudah jauh melebihi martabat malaikat. Itulah tujuan ukiran Allah bernama manusia.

Menyedari hakikat bahawa hanya Allah mampu mengukir, menghakis senak dalam jiwa Nabi dan hakikat ini juga perlu menjadi penghapus senak dalam jiwa pendakwah, anak-anak dan juga ibu bapa.

Dalam menyedari bahawa manusia adalah 'Yang Diukir', bukannya 'Pengukir', maka perlulah 'Yang Diukir' sentiasa dalam keadaan, mengharapkan bantuan 'Pengukir', bukannya merasakan diri mampu mengukir kerana perasaan itu tidak lain, hanyalah sekadar pengundang senak. Pemaksaan untuk mengukir sesama manusia pula akan mengundang sengketa yang besar malah sehingga kepada pertumpahan darah.

Bagi pendakwah, dalam penuh pengharapan kepada Allah, disamping gerak kerja dakwah, perlulah berdoa kepada Allah akan kejayaan dakwah. Ibubapa, dalam pengharapan penuh kepada Allah, perlulah bersabar dengan ujian anak-anak yang bermasalah dan janganlah lupa untuk terus berdoa dan janganlah membiar jiwa terasa senak. Anak-anak, ketika mendepani ibubapa yang tidak memahami jiwa muda, kawallah lidah daripada mengherdik mereka.

Begitu jugalah kepada yang lain, perlu dingingat bahawa kita adalah 'Yang Diukir', bukanlah 'Pengukir'.

Wallahu A'lam.

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:30 AM | Show all posts
Alion replied at 11-5-2015 11:29 AM
Apakah bukti Allah yg cipta alam.

Bersuci : Perkara Yang Perlu Diamati.[size=14.3999996185303px]

[size=15.8400001525879px]
Bismillahirrahmanirrohim.
Alhamdulillah.
Wassolatu wassalamua ala rosulillah wa ala alihi wa ashabihi ajma'in.


Bersyukur kepada Allah atas segala-galanya. Dia yang menjadikan segala-galanya termasuk segala sistem cakerawala, segala sistem yang ada di dunia, segala hukum fizik yang ada sama ada motion, energy, force, thermodynamics, Dia la yang jadikan semuanya. Segala-gala yang terjadi mengikut hukumnya. Hidupnya seseorang dan matinya seseorang mengikut hukum sunnatullah yang sudah ditetapkan-Nya. Sungguh, sehebat mana pun manusia, tidak akan mampu untuk memahami keseluruhan hukum-Nya. Masya-Allah.

     Sungguh kita dijadikan oleh Allah untuk menjadi hamba kepada-Nya. Sebagaimana seperti zaman terdahulu, ada sistem kehambaan yang menjadikan manusia hamba kepada manusia. Sebagai hamba kepada manusia lain, hamba itu perlu mengikut segala-gala yang tuannya  arahkan, tidak dapat melawan sedikit pun. Begitulah manusia kepada Allah. Perlu mengikut segala arahan dan suruhan Allah dengan melaksanakan segala yang baik dan meninggalkan segala yang buruk. Malah menjadi hamba kepada Allah terlebih lagi memerlukan manusia berhati-hati (taqwa) kerana setiap yang dilakukan ada balasannya. Baik balas baik, jahat balas jahat.

      Bagaimana caranya melaksanakan tugas sebagai hamba (beribadah)? Semuanya Allah sudah tetapkan dan disampaikan melalui Al-Quran dan Al-Hadis. Begitu jugalah dalam bab bersuci, segalanya sudah dijelaskan. Bab bersuci ataupun thaharah ialah bab pertama yang akan diajar dalam fardhu ain. Jika kita berumur 23 tahun, lebih 16 tahun lepas, sudah kita pelajari bab bersuci, namun jika kita ke masjid-masjid, masih bab yang diajarkan kepada orang-orang tua masih lagi bab bersuci. Begitu pun, masih ramai daripada kita melakukan kesalahan dalam bersuci.

BERSUCI

Bersuci terbahagi kepada 2 : bersuci daripada najis dan bersuci daripada hadas.

     Tulisan saya kali ini tidaklah tertumpu kepada konsep dan penerangan bagaimana bersuci, berapa jenis najis yang ada, berapa jenis air yang ada dan sebagainya tetapi hanya menyentuh kepada kesilapan kita dalam bersuci. Bersuci kadang-kadang tidak diambil berat oleh sebahagian daripada umat Islam sedangkan ia syarat untuk solat menjadi sah dan diterima.


      Mari kita perhatikan sejenak hadis ini :
“Daripada Ibnu ‘Abbas R.A dia berkata: Nabi SAW melalui salah satu tembok dari tembok-tembok Madinah atau Makkah, lalu Baginda mendengar suara dua orang manusia yang sedang disiksa di dalam kuburnya.
Nabi bersabda: Dua orang sedang disiksa dan keduanya tidak disiksa kerana dosa besar.
Kemudian Baginda bersabda: "Ya, yang seorang tidak beristibra‘ dengan sebersih-bersihnya daripada kencingnya dan yang seorang lagi berjalan dengan mengadu domba."
Kemudian Baginda minta diambilkan pelepah kurma yang basah, lalu dibelah menjadi dua dan Baginda letakkan pada masing-masing kuburan itu satu belahan.
Lalu dikatakan: "Wahai Rasulullah, kenapakah engkau perbuat ini? Baginda bersabda: Mudah-mudahan keduanya diringankan selama dua belah kurma itu belum kering atau sehinggalah ia kering”.
KESALAHAN-KESALAHAN YANG BIASA DIPERBUAT

Kesalahan 1 : Mencampurkan pakaian bernajis dengan yang suci ketika memcucinya.
Nampak seperti tiada apa-apa yang perlu dirisaukan untuk mencuci pakaian yang bercampur antara yang bernajis dan tidak bernajis. Oleh kerana itulah ramai yang sering melakukannya. Perkara ini terjadi dek kerana pengajian kita di sekolah hanyalah pengajian teori sedangkan Islam adalah agama praktikal. Bila seseorang belajar teori, sukar untuk dipraktikalkan kecuali teori dihuraikan dengan contoh-contoh praktikal.

     Contohnya, di sekolah kita belajar tentang air mutanajjis dan kita tahu air akan jadi mutanajjis sekiranya air bercampur dengan najis. Air yang kurang daripada dua kolah akan jadi mutanajjis walaupun tidak berubah sifatnya. Itu teorinya dan jika teori ini tidak dihurai dengan contoh praktikal, kita akan faham bahawa najis yang seketul jika dimasukkan dalam sebaldi air atau dalam bekas yang kurang daripada dua kolah atau kullah akan jadi najis. Sedangkan banyak contoh praktikal yang perlu dihuraikan, contohnya, pakaian yang bernajis diletakkan di dalam air yang kurang daripada dua kullah menjadikan air itu mutanajjis dan sekiranya pakaian yang suci dimasukkan ke dalam bekas tadi, pakaian yang suci juga akan jadi bernajis.

     Kita pada hari ini kebanyakannya mencuci pakaian menggunakan mesin basuh termasuklah ramainya pelajar-pelajar di universiti menggunakan mesin basuh untuk mencuci pakaian. Di sinilah bermulanya masalah kerana mesin basuh tidak pandai mengasingkan pakaian dan membilasnya satu persatu.

     Pernah suatu ketika di UIAM, di Kuliyyah of Engineering, saya menghadiri kuliah Habib Ali Al-Hamid dan waktu itu dalam menghuraikan bab bersuci. Pada waktu itu dihuraikannya juga tentang bagaimana mencuci pakaian yang menyebabkan pakaian akan menjadi bernajis.

     Baiklah, sekarang seperti yang saya jelaskan di atas, sekali lagi saya akan terangkan bagaimana pakaian  kita akan jadi bernajis ketika kita mencucinya.

Pakaian 1 : Baju Melayu (suci).
Pakaian 2 : Seluar dalam yang terdapat sedikit air kencing (bernajis).

Air (suci) + Pakaian 2 (bernajis) = Air mutanajjis (bernajis)
Air mutanajjis (bernajis) + Pakaian 1 (suci) = bernajis.
*Pakaian 1 dan Pakaian 2 kedua-duanya sudah bernajis.

Ketika membasuh menggunakan tangan :

Selepas mencampurkan Pakaian 1 dan Pakaian 2 dalam satu baldi beserta dengan air, pakaian kita kedua-duanya sudah bernajis tetapi sekiranya kita membasuh dengan tangan, selalunya kita akan membilasnyasatu persatu dan perkara itu akan menjadikan pakaian kita kembali menjadi suci. Jika kita tidak membilas satu persatu dan terus memerah dan menjemurnya, pakaian kita akan tetap bernajis walaupun setelah kering kerana najis tidak dihilangkan dengan jemuran matahari.

Ketika membasuh menggunakan mesin basuh :

Selepas mencampurkan Pakaian 1 dan Pakaian 2 dalam satu mesin basuh, selepas mesin basuh dihidupkan, air akan dimasukkan, pada ketika itu pakaian kita kesemuanya akan jadi bernajis. Selepas itu, air basuhan pertama akan dikeluarkan daripada mesin basuh. Walaupun air sudah dikeluarkan, pakaian anda tetap bernajis kerana tidak disiram satu persatu.

     Air dimasukkan untuk kali yang kedua. Air yang dimasukkan pada asalnya bersih menjadi air mutanajjis kerana bercampur pakaian kita yang bernajis. Begitulah seterusnya.

     Inilah kesilapan kita. Selalunya kita menghimpunkan pakaian kita yang kotor sama ada bernajis ataupun tidak di dalam satu baldi yang sama dan sewaktu membasuhnya, terus dicampakkan kesemuanya ke dalam satu mesin basuh. Pakaian yang bernajis tadi akan kita pakai untuk bersolat dan semestinya solat kita tidak akan dterima jika pakaian kita kotor. Allah berfirman dalam surah al-Muddassir surah ke-74 ayat ke-4 :
"Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan".

Bagaimana untuk memastikan pakaian kita suci daripada najis :

Langkah 1 : Letakkan pakaian-pakaian yang sudah kita pakai ke dalam dua bekas. Satu bekas untuk pakaian yang tidak bernajis dan satu bekas untuk pakaian yang bernajis.

Langkah 2 : Cuci terlebih dahulu najis yang melekat di permukaan pakaian bernajis satu persatu sehingga bersih dan tidak bernajis.

Langkah 3 : Campurkan pakaian suci dengan pakaian bernajis yang sudah dibersihkan najisnya ke dalam satu mesin.

Ringkasan :

Pakaian bernajis - najis = pakaian suci.
Pakaian suci + pakaian suci = pakaian suci.
Pakaian suci + solat = solat diterima.

Kesalahan 2 : Solat selepas tidur dengan seluar yang terkena najis.

Tidur adalah satu keadaan yang kesedaran tidak wujud dalam diri kita dan dikatakan sebagai mati kecil. Berkaitan bersuci, terdapat satu hadis yang berkaitan antara bersuci dan tidur. Hadis yang diriwayatkan daripada Muslim (278) daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :

Apabila seseorang kamu bangun daripada tidurnya, maka janganlah dia menyelamkan (menyelup) tangannya ke dalam sesuatu bekas, sehinggalah dia membasuh tangannya dahulu sebanyak tiga kali. Sesungguhnya dia tidak mengetahui di manakah tangannya bermalam (diletakkan).
     Hadis ini untuk menerangkan berkaitan air akan menjadi najis jika najis dimasukkan ke dalamnya. Namun, apa yang saya ambil daripada hadis ini bukanlah berkaitan itu tetapi berkaitan tidur. Seperti apa yang Rasulullah sebutkan, apa yang saya gelapkan di atas, menunjukkan kita tidak sedar apa yang berlaku kepada tangan kita semasa tidur.

      Bagi sesetengah orang yang tidak cakna, mereka bersolat selepas bangun tidur dengan memakai pakaian yang sama tanpa memeriksa sama ada bernajis ataupun tidak. Ini mungkin akan menjadikan solatnya tidak sah sekiranya terdapat najis di permukaan pakaiannya. Walaubagaimanapun solatnya tetap sah sekiranya tidak terdapat najis di pakaiannya.

      Bukanlah satu kerugian bagi kita untuk memeriksa dahulu pakaian kita sebelum bersolat, terutamanya selepas bangun tidur. Sebagaimana kita tidak sedar ke mana tangan kita bergerak sewaktu kita tidur, begitulah juga mungkin kemaluan kita mengeluarkan air mazi sewaktu tidur tanpa kita sedari. Jika kita tidak memeriksa dan bersolat dengan pakaian yang terdapat air mazi, solat kita tidak diterima.

     Bagaimana untuk memeriksa? Sedangkan air mazi pada pakaian sukar dilihat apatah lagi untuk memeriksa pakaian yang besar, tentu sukar sekali. Ya, memang sukar untuk memeriksa dan kita tidak akan perasan terdapatnya air mazi pada pakaian kita kecuali ketika kita tidur dengan memakai seluar dalam. Kesan air mazi tidak akan terkena di pakaian lain sekiranya seluar dalam dipakai. Namun, sekiranya tidak dipakai, sukar sekali untuk mengetahui di mana kesannya air mazi tadi.

        Jadi, untuk mengelakkan solat daripada tidak diterima, eloklah kita perhatikan langkah-langkah untuk masalah kesalahan kedua ini.

Sekiranya tidur memakai seluar dalam :

Langkah 1 : Periksa seluar dalam jikalau terdapat najis.
Langkah 2 : Sekiranya terdapat najis, perlulah dibersihkan atau boleh dibuka.
Langkah 3 : (sekiranya terdapat najis) cuci kemaluan.

Sekiranya tidur dengan tidak memakai seluar dalam, eloklah ditukar pakaian tersebut.

Pakaian-pakaian bernajis itu, kita perlu mencucinya sebagaimana yang telah dibincang dalam kelasahan pertama tadi.

Kesalahan 3 : Cara berwudu' sekiranya terdapat anggota wudhu' yang cedera atau berbalut.

      Pada zaman ini, dengan adanya kenderaan yang berteknologi tinggi dan mampu bergerak dengan laju, seringkali kita mendengar berita-berita kemalangan jalan raya dan seringkali kita melihat orang yang berjalan menggunakan tongkat dan kakinya bersimen dan ada juga yang terluka anggota badan sehingga nampak isinya.

      Seperti yang diketahui, agama Islam agama yang syumul atau dalam bahasa Melayu disebut menyeluruh. Oleh itu, setiap permasalahan yang kita terfikir pada hari ini, sudah terdapat petunjuknya daripada zaman Rasulullah lagi dan sudah dibincangkan dalam kalangan ulama'.

     Namun, terdapat ramai muslim yang jahil akan agamanya -minta dijauhkan oleh Allah daripada saya dan para pembaca-. Sistem pendidikan pada hari ini juga membantu kejahilan umat ini termasuk yang belajar dalam bidang agama Islam. Contohnya, seseorang yang belajar al-Quran dan al-Sunnah dalam sistem exam-oriented pada zaman ini tidak tahu tentang fiqah, sebagai contoh dalam bab ini, bab berkaitan wudu' anggota yang sakit. Ramai yang menjadikan balutan sebagai alasan wudhuk tidak sah dan tidak boleh solat.

    Walaubagaimanapun, saya mengharapkan dan mendoakan kemenangan Islam di Malaysia dan seluruh dunia supaya saya dan seluruh umat ini kembali mengenali Islam.

     Untuk lebih memudahkan para pembaca memahami bab ini, eloklah kiranya saya hanya menyalin balik terjemahan tajuk Al-Jabaair dan Al-'Asaa'ib daripada kitab Al-fiqh Al-Manhaji.

Al-Jabaair dan Al-'Asaaib
Al-Jabaair ialah kata jamak kepada jabiirah yang bermakna : ikatan yang diletakkan di atas anggota yang patah bagi mengikat atau membalutnya.

    Dan al-'asaa'ib ialahh kata jamak kepada 'isaabah yang bermakna : ikatan yang diletakkan di atas anggota yang luka bagi menjaganya daripada kototran-kotoran sehingga ia sembuh.

      Oleh kerana Islam adalah agama yang memudahkan maka ia telah mengambil berat dalam masalah ini di mana Islam telah mensyariatkan beberapa hukum yang menggabungkan antara menunaikan ibadah dan menjaga keselamatan manusia.


Hukum Al-Jabaair dan Al-'Asaa'ib

     Pesakit yang ditimpa luka atau patah, kadang-kadang berhajat kepada meletakkan ikatan (balutan) dan ubat di atas tempat luka atau patah dan kadang-kadang tidak memerlukannya.

      Sekiranya perlu meletakkan balutan, maka ketika itu dia wajib melakukan ttiga perkara :


1. Membasuh bahagian yang selamat (tidak sakit) di anggota yang luka atau patah.
2. Menyapu seluruh balutan atau ikatannya.3. Beertayamum sebagai ganti membasuh bahagian yang sakit apabila sampai kepada anggota tersebut ketika berwudhuk.

Menurut apa yang diperkatakan dalam kitab diatas, perlu kepada empat peringkat. Manakala pendapat lain dalam Mazhab Syafie, tayamum perlu dilakukan di akhir wudhuk. Pendapat yang lain pula, tidak pelu kepada tayamum jika sudah disapu. - Dr Abu Anas, Abdul Basit

     Sekiranya balutan di atas anggota yang luka atau patah tidak diperlukan, maka dia wajib membasuh bahagian anggota yang sihat dan bertayamum bagi menggantikan bahagian yang luka sekiranya dia tidak boleh membasuh tempat sakit (luka) tersebut. Dia wajib mengulangi tayamum pada setiap kali sembahyang fardhu sekalipun dia tidak berhadas. Manakala anggota-anggota lain, ia tidak wajib dibasuh (semula) melainkan sekiranya dia berhadas.

Dalil Menyapu Di atas Al-Jabaair

      
Dalil ia disyariatkan ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud (336) daripada Jabir r.a. bahawa dia berkata :

Kami telah keluar bermusafir, tiba-tiba salah seorang daripada kami, kepalanya terkena batu lalu melukakannya. Kemudian (ketika tidur) ia bermimpi (yang menyebabkannya berhadas besar) dan (apabila bangun) dia bertanya kepada para sahabatnya,
"Adakah kamu dapati keringanan (keizinan) bagiku untuk bertayamum?".
Mereka menjawab,
" Kami tidak mendapati keringanan untuk kamu berbuat demikian kerana kamu mampu menggunakan air".
Lalu dia pun mandi kemudian mati. Apabila kami sampai kepada Rasulullah s.a.w., kami menceritakan apa yang berlaku. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda,
Mereka telah membunuhnya dan semoga Allah membunuh mereka. Kenapa mereka tidak bertanya apabila mereka tidak tahu? Sesungguhnya ubat kepada kesamaran atau kekeliruan itu ialah bertanya. Sesungguhnya memadai dengan dia bertayamum dan membalut lukanya dengan perca kain, kemudian menyapu di atasnya dan membasuh seluruh badannya.
Tempoh Menyapu Di atas Al-Jabiirah dan Al-'Isaabah

Menyapu di atas al-jabiirah dan al-'isaabah (balutan), tidak mempunyai tempoh yang tertentu, bahkan ia berterusan selama mana sakit (keuzuran) itu masih ada. Apabila sakit (seperti luka dan patah) telah sembuh maka batallah sapu dan ia wajib dibasuh.

     Sekiranya tempoh sapu telah tamat, sedangkan dia dalam keadaan berwudhuk, maka wajib dia sama ada menyapu atau membasuh anggota yang terlibat (anggota yang dibuang balutannya) dan juga anggota wudhuk selepas anggota tersebut mengikut sebagaimana yang diwajibkan (disapu seperti kepala atau basuh seperti kedua tangan).

     Hukum pada al-jabaait (balutan) sama sahaja sama ada yang berkaitan dengan hadas kecil atau hadas besar. Kecuali dalam masalah hadas besar, sekiranya tempoh sapu telah tamat, seperti ia mandi wajib dalam keadaan berbalut, kemudian setelah beberapa hari, luka atau patahnya sembuh, maka ketika itu dia hanya wajib membasuh di tempat yang dibalut sahaja dan tidak wajib membasuh seluruh badannya (Berlainan dengan wudhuk; wajib dibasuh atau disapu anggota yang dibuka balutannya  dan anggota wudhuk yang selepasnya).

     Orang yang memakai balutt wajib mengqadakan solat sekiranya balut tersebut berada dalam salah satu keadaan berikut :

1. Apabila dia meletakkan balutan itu dalam keadaan tidak suci (berhadas) dan dia uzur (tidak dibenarkan) membukanya.

2. Balutan itu berlaku pada anggota tayammum iaitu muka dan kedua tangan.

3.Apabila kawasan yang sihat dibalut melebihi kadar balutan pada tempat sakit.


Wallahu A'lam.

Jika terdapat kesalahan, silalah perbetulkan. Pada awalnya, tidak berani saya untuk menulis dalam bab yang berkaitan fiqah tetapi diberanikan juga kerana kalau terdapat kesalahan dalam tulisan ini, ada tegurannya. Jika tidak ditulis, tiada tegurannya.

Semoga kita dapat mengambil apa yang baik dan membuang apa yang buruk.

Walhamdulillahi Rabbil-'Alamin.




Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
kudin66 replied at 11-5-2015 11:18 AM
Pasal apa aku naik Harley Davidson asyik ingat nak ngorat awek? Hang naik moto kapcai ke?

Abam naik honda ex5 je dekk...

Harley tgh2 bandar ni buat leceh je..xleh cilok.
.baik naik keta, ada bumbung, bleh pasang kaset lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:30 AM | Show all posts
teori darwin dari agama pulak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2015 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 11-5-2015 11:27 AM
Musti abam pikir suh Tuhan selamatkan abam kan?si partikel nak bergesel lantak dia la

Ye dekk...lagi time tu la nak kenang dosa dosa yg lampau..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:33 AM | Show all posts
Pengalaman Dakwah di Sabah : Episod 1
السلام عليكم
Peace be upon you.
بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah ( God ), Most Gracious, Most Compassionate
الحمد لله ربّ العلمين
Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds
الصلاة والسلام على رسول الله وعلى أصحابه أجمعين

Percutian di Sabah Tahun 2011

     Pada semester pendek yang lepas, saya sempat bercuti di Sabah Negeri di Bawah Bayu kerana saya tidak mengikuti pembelajaran pada semester tersebut. Pada kedatangan pertama kali itu, perasaan gembira tidak dapat dinafikan kerana Sabah ialah negeri yang sangat cantik dan masih dipenuhi hutan-hutan yang segar serta laut dan sungai yang masih bersih.

     Namun setelah berjalan-jalan di banyak tempat di sana, perasaan bertukar-tukar. Gembira, sedih, takut, bersalah dan bermacam-macam lagi. Rasa sedih dan bersalah kerana umat Islam di sini masih lemah dari segi bilangan dan pengamalan Islam dan dalam masa yang sama diri sendiri juga masih kurang ketaatan kepada Allah dan tidak mampu berbuat apa-apa terhadap keadaan tersebut. Perasaan takut pula timbul apabila melalui perjalanan yang dihiasi gereja yang sangat banyak. Boleh dikatakan hampir setiap setengah jam, satu gereja kelihatan. Di sesetengah tempat, ada terdapat dua gereja berhampiran satu dengan yang lain.

     Melihat gereja-gereja yang banyak, terlintas di fikiran seorang kawan perempuan beragama Kristian daripada Sabah yang pernah bekerja sekali suatu masa dahulu di Kopitian Old Town White Coffee. Teringat pengalaman bercakap-cakap dengan beliau tentang agama-agama termasuk Kristian dan Islam. Namun, kelemahan diri sendirilah yang tidak mampu memahamkannya tentang Islam.

     Sewaktu percutian saya di sana pada tahun tersebut, banyak tempat-tempat yang telah dilawati. Ada tempat-tempat yang nampak seolah-olah Islam itu ada seperti di Kundasang, masjid berada di atas bukit, dan ada sesetengah tempat yang terasa Islam itu tiada langsung dan dihiasi dengan gereja.

     Percutian saya kali ini boleh dikatakan percutian saya yang paling jauh dan percutian kali ini juga membuka minda saya dan menjadikan saya bermatlamat yang paling jauh. Percutian ini seolah-olah menarik saya untuk datang lagi ke Sabah selepas itu, tetapi bukan tujuan percutian tetapi tujuan dakwah. Bayu Sabah seolah-olah membisik ke telinga saya, "datanglah lagi ke sini, demi agamamu, demi Pencipta bayu.".

Jelajah Memerhati Dakwah di Sabah 2012

     Pada akhir tahun 2011 kalau tidak salah saya,  kawan-kawan telah ke Sabah untuk program baktisiswa di Ranau, Sabah atas nama Ma'ruf Club UIAM. Waktu ini adalah pada Hari Raya Qurban tahun tersebut. Pada waktu ini, saya sangat-sangat cemburu dengan mereka kerana berpeluang ke sana atas nama DAKWAH atau lebih tepatnya ISLAH kepada penduduk yang sudah Islam. Namun, apakan daya, nama saya tidak termasuk untuk bersama. Cemburu yang amat itu, masih segar dalam jiwa saya sehingga hari ini.

     Pada awal tahun 2012, seorang kawan yang pergi ke Sabah untuk program baktisiswa Ma'ruf Club UIAM yang juga berasal dari Sabah bertanya kepada saya sama ada saya ingin ke Sabah pada semester pendek 2011/2012 atau tidak untuk lanjutan daripada program yang lepas. Beliau mahu tolong saya carikan tiket yang murah. Tanpa berfikir panjang dan didorong oleh rasa cemburu yang belum terhapus, saya menyatakan kesanggupan dan disebabkan kesanggupan itu, pada semester ini saya hanya mengambil satu matapelajaran.

     Nak dijadikan cerita, jumlah kami yang akan pergi untuk program lanjutan ini  asalnya ialah 7 orang menjadi 2 sahaja. 5 orang yang membatalkan hasrat ini kerana peperiksaan dan sebagainya. Saya sendiri tidak mengetahui apa sebab sebenarnya. Jadi, yang akan pergi, saya dan seorang muslimah yang ajak saya pada awal tahun dulu. Segan yang amat usah dicerita. Belum pernah dalam hidup saya bermusafir berdua-duaan begini.

     Difikirkan balik, tiket sudah dibeli, kalau tak pergi membazir. Kalau tak pergi, program selepas ini yang akan dijalankan susah untuk dilaksanakan, kalau tak pergi, lagi tidak elok seorang muslimah yang saya anggap sebagai adik sendiri ni untuk bermusafir seorang diri. Apatah lagi tempatnya jauh. Difkirkan juga, di Sabah bukan kami berdua sahaja yang akan ke Ranau itu. Difikirkan juga, atas kapal terbang bukan ada dua manusia sahaja. Difikirkan juga 6 anak saudara, abang dan kakak menunggu di Sabah. Saya putuskan untuk meneruskan musafir ini.
     Perjalanan ini diniatkan untuk memerhati dakwah di Sabah dan bukannya untuk berdakwah.

Pada 17 Julai 2012, kami meminta seorang kawan menghantarkan kami ke stesen LRT Gombak, namun dimudahkan Allah, kawan yang menghantarkan tadi menyatakan kesanggupan untuk menghantarkan kami ke Terminal LCC atau LCCT. Syukur kepada Allah yang memudahkan perjalanan ini.

     Pukul 8.30 malam bermulalah gegaran kapal terbang KL-KK dan pada pukul 11.30 malam, sampailah kami di Kota Kinabalu (KK). Saya diambil oleh abang untuk pulan ke rumahnya dan muslimah tersebut diambil ayahnya -yang kebetulan pada waktu itu berkursus di KK- ke hotel.

     Keesokan harinya, awal-awal pagi lagi saya turun daripada rumah abang ke stesen bas ke Ranau di KK dihantar oleh abang. Kami akan ke Ranau bersama seorang ustaz yang biasa dengan dakwah di Sabah, Ustaz Zulfekar namanya.

     Dek kerana masalah kesesakan lalulintas di KK sekarang semakin memburuk, ustaz Zulfekar kelewatan sedikit. Lebih kurang pukul 8.30 barulah kami bertolak ke Ranau. Perjalanan kami bukanlah dengan unta ataupun kuda tetapi dengan "tanduk besar" ataupun Bighorn iaitu kereta pacuan empat roda Trooper. Melihat kereta tersebut, tahulah aku perjalanan hari tersebut akan jadi mencabar.

     Buka pintu kereta, sekejap perjalanan, dalam kekaguman kepada keramahan ustaz tersebut, surat khabar Harakah yang berada di atas dashboard kereta terjatuh di atas riba saya. Tahulah saya bahawa ustaz ini juga orang PAS. Dalam perjalanan ke Ranau, sempat berbual-bual dengan ustaz dan kagum sekali dengan akhlak ustaz dan pengalaman yang ustaz ceritakan. Ustaz Zulfekar kerja full-time nya ialah dakwah dan part-time nya ialah berniaga. Tujuan asal kami ialah Kg. Debut Langsat tapi ustaz mempelawa kami ke Kg Paus dahulu.

     Sebelum ke Kg Paus, kami singgah di pekan Ranau dahulu untuk makan tengah hari. Di situ kami bertemu Pak Cik Awiss, pengerusi surau di Kg Debut. Pertama kali kenal Pak Cik Awiss sudah saya tahu dia seorang yang baik. Awal-awal lagi Pak Cik Awiss membuat permintaan supaya kami bermalam selama 2 malam di kampung mereka kerana mereka ada majlis pada malam kedua kami di sana.

     Kami  meneruskan perjalanan ke Kg. Paus. Paus dalam bahasa dusun ialah pelanduk. Di kampung ini, penduduk Islamnya hanya empat keluarga. Seorang ustaz daripada Kelantan yang mengajar di sekolah rendah di situ yang memaklumkan tentang 4 keluarga tersebut kepada ustaz Zulfekar, Ustaz Luqman namanya.



     Ustaz Zulfekar melalui perjalanan lebih kurang dua jam ini semata-mata ingin berjumpa penduduk kampung tersebut yang beragama Islam dan untuk menyampaikan wang untuk pembinaan surau di situ. Masya Allah sungguh hebat ustaz ini. Perjalanan ke sini sangat mencabar, jalan tanpa tar dan berbatu. Namun ustaz Zulfekar memecut selaju 60km/jam. Kata Ustaz, untuk dakwah di Sabah, tak boleh sayang kereta.

     Tanpa disangka-sangka, penduduk di situ menghidangkan kami juadah makan tengah hari. Dengan kekenyangan, terpaksalah juga saya dan yang lain makan sedikit demi menjaga hati tuan rumah. Nasi beras bukit yang dihidangkan membuka selera saya.


Nasi Beras Bukit

     Setelah meninjau tanah tapak surau yang akan dibinakan, kami sempat bergambar dengan pak cik yang mewakafkan tanah tersebut seterusnya bergegas pulang kerana Pak Cik Awis menanti kami di Pekan Ranau.


Tapak Surau Kg Paus

     Perjalanan seterusnya ke Pekan Ranau.


Pekan Ranau

     Daripada Pekan Ranau ke Kg Debut, kami menaiki van atau bas mini yang dimiliki penduduk kampung tersebut. Dalam perjalanan, sempat berkenalan dengan Unai, penduduk kampung Lohan. Unai ialah remaja muslim lepasan STPM dan akan menyambung pelajaran di UUM. Pada mulanya, saya ingatkan Unai bukan muslim. Inilah kesukaran di Sabah, kesukaran membezakan yang muslim dan bukan muslim terutamanya yang lelaki yang tak dapat dibezakan dengan cara berpakaian, nama, dan rupa paras.

     Setelah melalui perjalanan yang mencabar, sampailah kami di Kg Debut. Jalan-jalan di Sabah merupakan salah satu cabaran dakwah di sini.


Antara jalan yang dilalui.
     Di Kg Debut kami disambut beberapa orang penduduk kampung. Mereka terkejut kerana hanya kami yang sampai ke sana dan bukan seperti yang sebelum ini. Tambahan pula, saya bukanlah termasuk yang pernah sampai ke sini.

     Di sini tidak banyak yang dapat kami lakukan. Pada malam pertama, setelah siap solat maghrib, Pak Cik Awiss meminta saya memberikan sedikit ceramah. Dengan penuh kekeluan, saya mencuba sedaya yang mungkin berkongsi sedikit-sebanyak. Setelah solat isyak, datang beberapa orang bertanyakan itu dan ini. Antara yang ditanya, bolehkah orang Islam memasuki gereja. Nasib baik soalan mudah-mudah, dapatlah jawab.

     Apa yang bagusnya di kampung ini, mereka sudah meninggalkan meminum arak dan memakan babi secara total. Namun, ada yang mengatakan masih memakan labi-labi dan bertanyakan apa hukum memakannya. Mereka juga sudah berjaya mencapai target mereka iaitu 1 rumah 1 graduan sehinggakan ada yang 1 rumah 5 graduan. Anak Pak Cik Awiss sendiri pun sudah ramai yang ke universini.

     Di sana, sempat juga lawan snuker dengan Pak Cik Awiss. Nasib baik menang. Tak tahulah kalau-kalau Pak Cik Awiss sengaja bagi saya menang. Di tempat main snuker tersebut ada satu papan ditulis larangan membawa masuk minuman keras. Larangan ini meninbulkan senyuman di muka saya.

     Keesokan harinya, sempat saya mengajak kanak-kanak di situ setelah mereka pulang daripada sekolah ke sungai sambil-sambil mendengar cerita mereka dan mengorek sedikit sebanyak maklumat tentang kefahaman mereka tentang Islam.


Jambatan gantung yang menggayatkan.


Adik-adik Kg Debut.
     
     Daripada pemerhatian yang dibuat, penduduk kampung ini boleh dikatakan sudah terkehadapan berbanding kampung lain yang dilawati.

     Pada malam itu diadakan majlis tahlil. Lepas satu, satu penduduk kampung yang datang. Setiap yang datang membawa satu bekas makanan. Terkejut aku dibuatnya. Penuh makanan di atas dua buah meja. Setelah solat Isyak dan Tahlil, makanlah kami semua. Sambil-sambil penduduk kampung makan, saya membahagikan beras fidyah yang ustaz Zulfekar amanahkan untuk diagihkan kepada setiap keluarga.

    Sejurus selepas habis beras diagihkan, tiba masanya menikmati juadah. Semua makanan saya cuba dan semuanya sedap-sedap. Daripada pemerhatian, boleh dikatakan semua penduduk kampung makan banyak-banyak. Ini kerana disebabkan mereka kuat bekerja. Cukuplah dengan apa yang dimakan dengan apa yang dikerjakan. Walaupun mereka makan banyak, namun tidak ada yang kegemukan dalam kalangan lelaki.

     Keesokan harinya, kami berpagi-pagi untuk ke Pekan Ranau seterusnya ke Keningau. Sempat pada pagi itu cuba mandi air bukit. Wah, sejuk sekali! Perjalanan kami ke Keningau di tangisi Umie (isteri Pak Cik Awiss) dan jiran-jirannya. Tidak sampai hati saya nak tinggalkan mereka. Tangisan mereka menanamkan cita dalam jiwa saya untuk datang lagi ke kampung tersebut. Perjalanan ke Keningau penuh kehibaan.


Selamat tinggal Pak Cik Awiss.

BERSAMBUNG...(insyaAllah)

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:33 AM | Show all posts
Alion replied at 11-5-2015 10:51 AM
Sains - Tuhan tak wujud kerana tak dapat dibuktikan wujud.

Agama - Tuhan wujud walaupun tak dapat ...




dedua salah !!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:33 AM | Show all posts
Science is compatible with islam because Allah created both.Suck on it
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.080878 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list