CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4511|Reply: 26

Perit Perasaan

[Copy link]
Post time 12-5-2015 05:10 PM | Show all posts |Read mode
saya mulakan cerita dengan perkenalan saya dengan seorang
jejaka berusia 35 tahun, orang senegeri pantai timur dengan saya
manakala saya seorang janda berusia pertengahan 40 an.
jejaka tersebut telah pun beristeri dan beranak 3.
saya berkenalan dengan beliau dalam 5 bulan lepas.

dia ada beritahu saya bahawa dia menghadapi masalah dengan
isterinya, itupun dia beritahu perlahan2, mungkin sudah tidak tahan
untuk menghadapinya seorang diri, dia bekerja shif manakala isteri dia
bekerja ofis time...dia sentiasa tidak mendapat layanan sepatutnya
dari isteri dia, seperti tidak menyediakan makan minum selayak
seorang isteri kepada suaminya, selalu bercakap kasar dan menbentak
dan suka makan sedap2 di luar dan jika tidak diikutkan kemahuan akan
tidak bertegur sapa dengan suami berhari2..makanan di rumah akan dimasak
sendiri oleh suami dan akan ditinggalkan untuk isteri balik makan petang nanti.

segala kegiatan dia akan diberitahu pada saya bersekali dengan pic wasap ke saya.
anak2 dia pun tidak rapat dengan ibunya..sebab bermula dari membasuh buangan
ke pakaian anak2, teman saya ini lah yang menguruskannya...dia ada berkata
dia sekarang dalam peringkat bertahan kerana fikirkan anak2 semata2..
sudahlah keperluan di tempat tidur diabaikan sama sekali kerana keletihan
kata isterinya.

saya merasa kesihan sangat kepada dia..mula2 memang saya langsung tidak
pedulikan dia, tetapi bila sudah lama berbicara, saya jatuh hati dengan dia dan
saya tidak pasti dia macamana...jadi satu hari pertama kali saya beranikan diri untuk tanya,
soal dia menolak itu soal kedua..jadi saya menanyakan dia, sudikah dia mengahwini
saya?..dia menjawab, boleh lah..saya tanya sekali lagi dia kata, boleh..

untuk kepastian, 3 hari kemudian saya bertanya sekali lagi, sudikah dia
berkahwin dengan saya, segala urusan tidak payah bimbang sebab saya
yang akan menguruskan di sini, memandangkan beliau berada
di selatan tanah air... jadi dia menjawab..baiklah dia setuju dan dia
bertanya bilakah akan buat langsungnya..dan saya berkata,
kita langsungkan lepas hari raya lah...jadi kami pun setujulah.

saya ada membooking satu pusat peranginan untuk dia,
supaya dia boleh'bawa anak2 serta isteri dia bersantai, tapi dia ada
telefon saya menyatakan bahawa isteri dia membentak2 di resort tersebut kerana tidak
suka dengan bilik yang ditempah kerana terdapat 1 bilik 2 katil single sahaja
memandangkan tempat peranginan itu penuh pada peak season...dalam suara cemas
dikatakan isteri dia itu tidak pernah redho dengan apa yang dia dapat.

selepas balik daripada bercuti, dia ada memberitahu saya bahawa
dia takut untuk kahwin dengan saya.. dan saya berkata, ok lah kalau dah macam tu..
dan dia sangat sedih sebab buat saya kecewa..saya berkata, tak apa saya
tidak reti merasa kecewa..padahal dalam dada saya sangat meletup.

perbualan diteruskan seperti tiada apa2 yang berlaku dan dia menceritakan
masalah dia yang sdg pening  kepala tidak ada pengasuh sebab isterinya terpaksa
kerja lebih masa ketika ini...untuk tidak membebankan lagi perasaan saya..
saya telah block facebook dia dan remove wasap dia.

jadi di sini, saya perlu bantuan untuk melupakan dia.
apakah caranya untuk melupakan dia dengan cepat.
Tolonglah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2015 05:22 PM | Show all posts
ok la tu u dah block ngn remove dia dr wasap n facebook
kalu boleh delete la jugak semua msg yg pernah dia hantar,
and remove terus no.phone dia..

process nak lupa tu memang la akan memakan masa,
kalau boleh jangan setiap masa u kena ada pengisian
buatkan diri jadi sibuk,
usually macam tu je la pun, way to forget people..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib tt dah x contact dgn dia.

Good job!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2015 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau blh nak lupakan di express way..
Saya dslam doa dah rayu pada Allah supaya Allah bunuh saja perasaan cinta saya pada dia jika betul2 dia tidak cintakan saya sebagaimana saya pada dia..nampaknya tiada tanda2 lg ni..hu hu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 05:40 PM | Show all posts
u deserve better sis...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak lupakan?

Once I have dis problem with a guy yang tetiba ajak kahwin beria (it was years ago), nak lupa tapi rasa suka tapi not suka enuf ke macam mana ntah, so I told my good friend. I still remembered he (my good friend of 10 years) cakap,

" SEKARANG DELETE SEMUA MESEJ DIA, NOMBOR PUN DELETE, JANGAN SIMPAN APA2 LAGI".
Jarang sekali kawan i tu cakap garang2, I was so scared masa tu, terus delete semua, n few days later, I dont even remember nama that guy pun. My point, apa kata find a friend yang akan tegah tt dari ambil jalan yang silap. Pastikan dia tu bukan mulut tempayan. All d best tt. Semoga ada rezeki yang lebih baik
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-5-2015 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah..once masuk dlm ni..baru saya tak rasa keseorangan..asar td saya dah rayu pada Allah..doa byk2..bunuh sajalah rasa cinta saya ni pada dia..:
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 07:24 PM | Show all posts
Time will heal all wounds.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2015 08:18 PM | Show all posts
suka sebab awak cepat tersedar..tak la lembik, mengenang nasib..ok la tu dah block..sekarang cuma kena guna kekuatan mental je..aku percaya orang yang kuat mental lebih gembira..nak lupa tu susah la kan baru lagi..tapi bagi masa..bagi masa untuk diri sendiri..pls..kalo rindu camna pun jangan cuba kontaks or layan jantan tu..biar la dia settle sendiri masalah dia..terang2 dia laki yang tak baik sebab memburukkan wife sendiri di belakang..ini spesis bermulut manis jer..action haprak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts

bgslah sbb tt dah ptskan sume talian yg blh buat die cari tt. semoga tt b'jaya lupakan die & trskan hdp tt...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 08:37 AM | Show all posts
ppuan kalu nak kawen lagi, aku suggest pilih lelaki yg sekurang2nya bole ringankan beban masalah kita...bukan lelaki yg bole menambahkan masalah yg sedia ada...

umur tt pun bukan muda lagi, tentu dah byk pengalaman hidup...pengalaman diri sendiri dan pemerhatian pada kawan2 atau org2 berdekatan dgn tt....tentu bole byk belajar darinyer...

as someone yg umur pun dah masuk 40 nie... i wish for peace of mind....takmo aku bebankan fikiran dgn masalah2 berat, masalah org lain lagi lah aku tak hingin nak masuk campur....pandai2 lah diorg nak hidup...diorg pandai carik masalah, pandai lah carik solution sendiri...aku percaya, setiap masalah tu solutionnyer berada di dlm diri org yg punya masalah tu sendiri, cuma dia tu nak buat atau tidak jer...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2015 09:22 AM | Show all posts
Edited by sejadahkalbu at 13-5-2015 09:25 AM
midori888 replied at 13-5-2015 08:37 AM
ppuan kalu nak kawen lagi, aku suggest pilih lelaki yg sekurang2nya bole ringankan beban masalah kit ...

sebelum ini saya pun terfikir benda yang sama, boleh ke saya memulakan perhubungan dengan orang yang jauh lebih muda,
tetapi bila saya lihat perkahwinan kawan2 berjarak usia yg agak jauh
sehingga ada yang berjarak 15 tahun membuahkan bahagia lantas kerana itulah
saya meneruskan perhubungan ini mulanya..Allah lebih tahu maka saya
dijauhkan terus dari teman saya itu...tapi masalah saya sekarang
ni bukan lagi nak teruskan atau tidak..tapi saya nak cari kaedah
untuk melupakan dia cara cepat...ingatan pada dia sangat menggangu
aktiviti saya..apa saja benda saya hanya nampak muka dia..terima kasih.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2015 09:32 AM | Show all posts
Edited by sejadahkalbu at 13-5-2015 09:35 AM
missDollie replied at 12-5-2015 08:18 PM
suka sebab awak cepat tersedar..tak la lembik, mengenang nasib..ok la tu dah block..sekarang cuma ke ...

terima kasih dollie, setakat ni saya boleh lagi menahan tangan ni dari berbuat angkara namun otak ni pulak berdurjana..

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 09:49 AM | Show all posts
sejadahkalbu replied at 13-5-2015 09:22 AM
sebelum ini saya pun terfikir benda yang sama, boleh ke saya memulakan perhubungan dengan orang ya ...


biasanyer kalu sy nak lupakan org....sy akan carik pengganti....pengganti tak semestinyer bf baru....it can be kawan yg rapat tak kira lelaki atau ppuan...sibukkan diri dgn kawan baru, focus kat kawan baru, kalu biasa citer hal2 dgn bf, now tukar ke kawan baru....dgn ini minda sy occupied dan takde masa nak teringat pada si dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2015 09:55 AM | Show all posts
Edited by sejadahkalbu at 13-5-2015 09:57 AM
midori888 replied at 13-5-2015 09:49 AM
biasanyer kalu sy nak lupakan org....sy akan carik pengganti....pengganti tak semestinyer bf bar ...

InShaa Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 09:56 AM | Show all posts
sejadahkalbu replied at 13-5-2015 09:55 AM
terima kasih midori..
nasihat forumer2 sekelain sangat membantu..
sekarang saya nak mula menjahi ...


baguslah...busykan diri dgn activity2 yg berfaedah...good luck!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2015 10:01 AM | Show all posts
midori888 replied at 13-5-2015 09:56 AM
baguslah...busykan diri dgn activity2 yg berfaedah...good luck!!

nak siapkan crossstitch tu perlu tumpuan..
harap2 tumpuan saya tak lari..
terima kasih ye midori..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 07:51 PM | Show all posts
akak, sy rasa wat masa ni, akak jgn wat aktiviti yg memerlukan akak dok sorang2. sbb nanti dlm dok wat cross stitch semua tu,nt akak ag terpikir kt dia dlm akak x sedar.

sy cadangkan, apa kata akak join kelas blaja wat kek ke.join apa2 event yg khas utk wanita ke. kira wat sesuatu yg memerlukan  interaction dgn org sekeliling. baru akak blh lupakan dia. akak sibukkan diri dgn kenal kawan2 baru,bertukar2 idea & pandangan. skrng akak perlukan something new utk distract pikiran akak.bila pikiran & jiwa akak dh tenang,baru wat cross stitch semua tu.

u can do it!
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Isteri adalah reflection kepada suami. Teruk isterinya makaaaaa paham2 la suami nya mcm mana. Suka2 buruk kan isteri, maknanya dia dah tunjuk gagal control rumahtangga as ketua keluarga. Macam tu nak kahwin 2?

So conclusinya lelaki tu not worth for u TT. Belajar la untuk redha,let go dan fikir akan ada lelaki berkualiti untuk jadi teman sehidup semati u.

Pssstttt pi swimming, badan sihat otak cergas hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2015 08:08 AM | Show all posts
#babydoll
#NadineNajmie

terima kasih <3
jumaat depan saya nak ambik cuti 2 3
hari nak ambik angin ke penang
sambil lawat muzium perang kat batu maung...

InShaaAllah...hari ni ada rasa lega sikit
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.052300 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list