Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu, suspek berusia 17 tahun itu dikatakan telah pergi ke bilik asrama mangsa kerana berang dengan pelajar jurusan kejuruteraan elektrik itu yang didakwa tidak menghormati pelajar senior.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri selepas disepak sebanyak dua kali pada bahagian leher telah dibawa ke klinik berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi.
Tambahnya, suspek telah ditahan pada tengah hari ini dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE