CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6740|Reply: 42

"Tiada Lagi Komen Negatif Selepas Saya Repot Polis" - Black Hanafiah

[Copy link]
Post time 14-5-2015 10:05 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Black

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Black berkata, sejak membuat laporan polis terhadap individu yang memanggil anaknya beruk di Instagram, dia tidak lagi menerima sebarang komen-komen negatif oleh pengikutnya di laman sosial tersebut.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 28, menyifatkan, tindakan tegas yang diambilnya itu membuatkan individu lain yang mungkin mempunyai sikap tidak bertanggungjawab berfikir dua kali sebelum memberi komen-komen berunsur negatif.

"Alhamdulillah, orang luar tidak lagi meletakkan komen-komen negatif terhadap gambar saya dan keluarga.

"Walaupun sebagai artis saya sepatutnya lebih terbuka dengan komen-komen negatif yang diterima, tetapi sebagai manusia, saya juga mempunyai hati dan perasaan di mana saya akan terasa apabila membacanya lebih-lebih lagi ia berkaitan dengan anak," katanya kepada mStar Online.Black sebelum ini membuat laporan polis selepas seorang pengikut Instagram miliknya menggelarkan anak dia, Khaleef Dayyan yang lahir pada Januari lalu dengan panggilan beruk.






Kemudian penyanyi itu turut mendedahkan individu tersebut merupakan seorang pelajar universiti.

Individu tersebut yang merupakan seorang lelaki digesa untuk membuat permohonan maaf secara terbuka secepat mungkin sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Dalam perkembangan berkaitan Black berkata, individu itu masih lagi belum membuat permohonan maaf dan ia membuatkan dia akan terus mengambil tindakan saman. "Sehingga kini saya masih lagi belum menerima permohonan maaf daripada lelaki berkenaan.

"Malah saya syak dia membuka akaun Instagram lain dan mengutuk anak saya sama seperti sebelum ini," ujarnya.

Sementara itu, Black berkata, sepatutnya artis-artis lain yang mempunyai masalah yang seakan sama dengannya perlu memandang  serius tentang perkara itu lebih-lebih lagi jika ia melibatkan keluarga.

"Saya percaya jika komen-komen negatif di alam maya ini diambil tindakan, pada masa akan datang tiada pihak yang senang-senang melemparkan tuduhan buruk kepada artis," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Black kini sedang sibuk menyiapkan lagu bersama Dayang Nurfaizah bersempena dengan sambutan Aidilfitri. Malah dia juga akan muncul dengan sebuah album baharu tidak lama lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2015 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Inilah perangai manusia..artis xnak tunjuk anak dikata cari publisiti..bila share di kutuk2 budak yg xde dosa tu..sakit betul masyarakat skrg... hidup xbhagia so xboleh tgk orang lain bahagia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan saja saman itu. Jangan bagi muka :
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 10:50 AM | Show all posts
Nanti ada je yg back up bdk laki tu, kalau taknak kena kutuk, jgn jadi artis. so kalau dia artis, blh kutuk sesuka hati ler ye. and sbb dia artis, korang kutuk, tak dpt dosa la ye. tak share gambar anak, kutuk, share pun kena kutuk. manusia zaman sekarang, serba tak kena dibuatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 10:51 AM | Show all posts
semua tak kena.. tapi black pon macam sentap terlebih pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 10:54 AM | Show all posts
Private je ig.xde org nak komen.ko approve member baik je.kan snng
Dah jd artis mcm tula smua buat org perati n nak komen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2015 11:00 AM | Show all posts
Mungkin yg komen tu yg bwk Myvi kat Duke itu hari...Abaikan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah sanggup upload ke media sosial...hadap je la mcm2 perangai manusia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2015 11:46 AM | Show all posts
taknak kena kutuk..jadi macam aku..x kuasa nak share gambar, kisah hidup kat social media..

orang pon x leh stalker..

ko hadap nak share, padan ar kena kutuk.

dah nama pon social media, semua org boleh tulis apa dia nak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 11:47 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 14-5-2015 10:24 AM
Inilah perangai manusia..artis xnak tunjuk anak dikata cari publisiti..bila share di kutuk2 budak yg ...

entah ape yg diorg nak tak tahulah.. kesian ke budak kecik x bsalah apa2.undefined


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 14-5-2015 11:47 AM
entah ape yg diorg nak tak tahulah.. kesian ke budak kecik x bsalah apa2.undefined

Itulah..bdak kecik kot xde dosa apa2 pon nak dikutuk..sakit jiwa ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak org dipnggil beruk. Aduhaiii
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 02:37 PM | Show all posts
sama je bagi ajar sikit kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ok..pasni sila beri puji pujian je kt anak black beserta gn bini dia skli..bini dia kan cantekkk katenye..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasal kes black ni, meols sokong tindakan yg heols buat. Selayaknyalah diberi pengajaran kerana memberuk berukkan anak org. Jadah nak samakan anak org dgn menatang. Tu dah sgt2 melampau deyyy

Tu blum buat acc ig anak tu sendiri dah kena mcm2. Nasib la nko sedar diri n xfefeling urban buat insta utk anak tu.

Tp black, aku tetap geli ngan nko n bini. Apesal nko dgn bini amik job iklan selekeh mcm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 02:59 PM | Show all posts
ya...i x setuju orang dok komen2 negatif pada budak2... tapi i setuju kalu orang condemn Black laki bini blakon iklan pprt gedk tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2015 03:03 PM | Show all posts
kakasotong replied at 14-5-2015 02:49 PM
Pasal kes black ni, meols sokong tindakan yg heols buat. Selayaknyalah diberi pengajaran kerana memb ...

iklan tu tayang kt mana noks?

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahmulutpuaka replied at 14-5-2015 11:46 AM
taknak kena kutuk..jadi macam aku..x kuasa nak share gambar, kisah hidup kat social media..

orang ...

Btui tuh..aku pn sma smua bnde aku private hnya fmili n kwn trapat jer..sbb aku taw tk smua org prangai ok..black nie pun ngok prvate je lah..tgk abam anuar jeng so ekslusif..br lh ade stenderd jd artis..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 14-5-2015 02:59 PM
ya...i x setuju orang dok komen2 negatif pada budak2... tapi i setuju kalu orang condemn Black laki  ...

A ahh iklan gedik mgeseks cipap ketat konsepnyer..gelii ngn muke black yg hauk tuh..sure aku tkr channel..hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 14-5-2015 03:03 PM
iklan tu tayang kt mana noks?

Dekat tb seme channel ade je uols. Cer uols search kat youtube iklan tu, mesti ada. Iklan jamu perapat hokehhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.049728 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list