CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17972|Reply: 156

[Tempatan] DR M vs Pandikar Amin Mulia, siapa yang bercakap bohong ?

[Copy link]
Post time 18-5-2015 08:30 PM | Show all posts |Read mode
Dr M: Macam saya pula pembohong
Tun Dr Mahathir Mohamad bertegas bahawa speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memang menyatakan hasratnya untuk berundur ketika mereka berdua bertemu.

“Beliau mengaku (ketika) dia jumpa saya. Saya tak suruh. Dia jumpa saya dia kata tak puas hati dengan kerajaan.

“Dia kata nanti nak bersidang dia akan beritahu PM nak letak jawatan,” katanya.

Justeru, kata Mahthir, penafian Pandikar kemudiannya tentang perkara itu telah memalukan dirinya kerana beliau seolah-olah berbohong.

"Dia memalukan saya dengan kata dia tak letak jawatan. Sedangkan dia jumpa saya. Saya tak suruh dia datang jumpa pun.

"Dia kata dah bagi surat pada Najib. Saya cuma ulang apa dia kata. Dia kata saya ni macam bohong. Malulah saya," katanya pada sidang media selepas pelancaran buku jilid kedua “Surat Kepada Pemimpin Dunia” di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan menemui Pandikar selepas ini, Mahathir hanya berkata: "Tak tahulah."



Single Polls, Total 118 Users voted
5.08% (6)
94.92% (112)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2015 08:39 PM | Show all posts
masalah di sini bukan sapa yg bohong...tapi sapa yg suda kena kennncennngggg
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
"siakap senohong
gelama ikan duri
bercakap bohong
lama lama mencuri"
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya tun dah pekak..org ckp lain..dia dgr lain..

Punya lah tun perasan dia masih jd pm..org cari dia minta nasihat....kununnnnn.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori replied at 18-5-2015 08:42 PM
Sebenarnya tun dah pekak..org ckp lain..dia dgr lain..

Punya lah tun perasan dia masih jd pm..org ...

PUTRAJAYA - Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan dakwaannya sebelum ini yang menyebut beliau akan meletakkan jawatan daripada Parlimen disifatkan memalukannya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berkata pada sidang media selepas pelancaran buku 'Dr Mahathir's Selected Letters to World Leaders', hari ini, Dr Mahathir melihat penafian itu seolah-olah menuduh dirinya menipu.

"Dia memalukan saya dengan berkata dia tak letak jawatan sedangkan dia datang jumpa saya. Bukan saya suruh dia...dia datang jumpa saya. Dia menceritakan tentang perasaan tidak puas hati dengan Datuk Seri Najib dan dia kata dia nak resign (letak jawatan).

"Bahkan dia kata, dia tak jadi Speaker dah. Itu yang dia cerita pada saya. Dia cerita sedikitlah tentang perasaan tak puas hati dia dengan layanan Parlimen terhadap dia sebagai Speaker,” katanya.

Menurutnya, Pandikar sendiri yang memaklumkan bahawa beliau telah menghantar surat meletak jawatan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Lepas itu, dia tanya saya apa yang dia perlu buat, saya kata kalau awak nak 'resign'...resign' lah. Saya percaya bahawa dia...dia kata dia bagi surat dah pada Najib kata dia nak letak jawatan.

"Jadi, saya cuma ulang apa yang dia kata. Tapi, dia kata (penafian) macam saya ini bohong. Ini tidak baiklah. Malulah saya," katanya.

Sebelum ini, Pandikar menafikan laporan berita yang mendakwa Dr Mahathir mengatakan beliau telah menemuinya dan memaklumkan telah meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Pada program di Ipoh malam Sabtu lalu, Dr Mahathir mendedahkan bahawa Pandikar akan meletak jawatan.

Semalam, Pandikar mengakui ada berjumpa Dr Mahathir tetapi hanya berbincang isu politik dan bukannya mengenai hasratnya untuk berundur.

http://www.sinarharian.com.my/nasion...tun-m-1.391546
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 18-5-2015 08:51 PM
PUTRAJAYA - Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan dakwaannya  ...

Tun harus sedar yg dia tu sapa?..dia hanya mantan perdana menteri..

Lain kali...tun dapat apa berita pun...dia tak perlu beritahu pun sesiapa nak letak jawatan..bukan kerja dia pun..

Kan tak pasal2 dia yg malu...kalau dia tak bohong pun..dia boleh jd pekak..pandikar ckp lain..tun faham lain..biar pandikar sendiri umumkan nak letak jawatan...lain pandikar sendiri minta tun umumkan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2015 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahader la gi canang awal2... Kan da ada pihak ketiga campur tangan.  Kepala agong
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2015 09:08 PM | Show all posts
alesandra replied at 18-5-2015 08:39 PM
masalah di sini bukan sapa yg bohong...tapi sapa yg suda kena kennncennngggg



-      umnogok kena kennceng .





Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sundiri terhegeh2...sundiri malu ka?..

Tu org kg saya selalu ckp..byk sgt mulut...byk buat silap..duk diam main ngan cucu tak nak...nak gak gatal mulut tu...amik ko...nak sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bercakap bohong, lama2 jadi menteri....boleh gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 09:37 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 18-5-2015 09:19 PM
Sundiri terhegeh2...sundiri malu ka?..

Tu org kg saya selalu ckp..byk sgt mulut...byk buat silap. ...




dulu saya cadangkan tun duduk sebelah mesjid

cik An tak setuju .  abdikan diri bentang sejadah

sapu2 keliling surau ..  yalah setakat mana kita

boleh menongkat langit kan .

-     kan sekarang sendiri dah malu .




Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mahathir x yah la malu sgt.. Najib yak org dok heboh cari salah dia situ sana sini pon xde apa.. org terang terang xmo sokong dia pon dia rilex je jd PM sampai skrg.. jenis muka tebal.. muka tembok.. mahathir baru kena skit je.. rilex la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 09:42 PM | Show all posts
tade pekdahnya mahathir nak berbohong.

Pandekar pun nak jaga periuk nasik dia jgk. kalo dia resign dia nak keje apa? kalo setakat pengalaman jd speaker apply keje kat private kena gelak jerk la.

mmg la kalo ikut hati aku rs semua org yg keje makan gaji pun teringin nak resign dok umah goyang kaki, tp disebabkan faktor2 tertentu niat suci tersebut terpaksa dibatalkan dan skdr jd angan2 0 jerk
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 09:45 PM | Show all posts
budakshinchan replied at 18-5-2015 09:41 PM
mahathir x yah la malu sgt.. Najib yak org dok heboh cari salah dia situ sana sini pon xde apa.. org ...




tun berenti jer lah .

duduk diam2 .  org pun dah tak berapa nk sokong .






Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 09:48 PM | Show all posts
Pandikar amin pun nak jaga repo dia..takkan nak ngaku wpun mmg dia btau tun m..apa ckp najib kalo dia ngaku..abis laaa karier politik beliau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2015 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 18-5-2015 09:45 PM
tun berenti jer lah .

duduk diam2 .  org pun dah tak berapa nk sokong .

shin suka je Mahathir bersuara.. suara dia mewakili sebilangan penduduk Malaysia.. sama isinya cuma suara Mahathir lebih di hebohkan dan di ambek port.. kalo suara biasa.. depa wat derk je la..

shin suka gak pembangkang yak kuat kat Negara kita ni.. lg buat kerajaan wat keje sungguh sungguh utk kesejahteraan dan kemajuan bersama.. kalo kerjaaan lemah dan wat something salah dan org ramai tak suka.. for sure la org ramai akan menyokong pembangkang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 18-5-2015 09:37 PM
dulu saya cadangkan tun duduk sebelah mesjid

cik An tak setuju .  abdikan diri bentang se ...

Apa plak saya tak setuju...elok sgt lah tun duduk masjid...sapu lantai, bentang sejadah, mengaji..jd imam...ada gak faedahnya dari tun cari musuh ni..skrg tentu keluarga razak dan mohamed kurang bertegur sapa..gara2 tun cari musuh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 18-5-2015 09:48 PM
Pandikar amin pun nak jaga repo dia..takkan nak ngaku wpun mmg dia btau tun m..apa ckp najib kalo di ...

Ko pun mabuk daun ketum ke?..kalau betul pandikar beritahu tun nak letak jawatan..bermakna dia dah bersedia lah tak lanjutkan lagi karrier politiknya.

Tun tu yg pekak sebenarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 10:18 PM | Show all posts
revolusi_30 replied at 18-5-2015 09:05 PM
Mahader la gi canang awal2... Kan da ada pihak ketiga campur tangan.  Kepala agong

Setuju Rev.. Patut Tun M amik iktibar kisah 16 September Anwar Ibrahim.. pukul canang awal sangat...... Last2 AP kena bawak melawat ke Taiwan.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.089655 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list