CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

~kisah hati~ TAMAT

[Copy link]
 Author| Post time 22-5-2015 07:42 AM | Show all posts
ok!! jom smbung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2015 07:47 AM | Show all posts
Mirza Ukail dan Bakri duduk di sofa rehat.

“Tahniah la sebab dapat kerja tetap. Walaupun swasta kan?” Puji Bakri rakan seperjuangan.

“Terima kasih.”

“Jadi orang KL balik la lepas ni.”

“Hahaha..nampak gaya macam tu la.”

“Eh, aku tak mau buang masa hang ni. Aku cuma nak pesan ja..jaga diri baik-baik. Dah dapat jawatan tinggi ni, jangan lupa diri.”

“Insyaallah.”

“Satu lagi. Nak kahwin jangan lupa jemput naa..”

“Hahaha..itu mesti!!”

Mereka berdua berbalas ketawa. Sama-sama berdiri lalu berpelukkan seketika.

“Terima kasih, abang Bakri selama bekerjasama dengan saya, banyak yang saya belajar dengan abang.”

“Sikit ja tu..”

“Halalkan ya ilmu abang pada saya tu.”

“Ya..abang halalkan. Jaga diri naa..”

Mirza Ukail mengangguk lalu bersalaman dengan Bakri.


                                                                   **********


Ramona mengambil kunci dan handbegnya lalu terus keluar dari bilik. Dia mengunci pintu biliknya.

“Sakinah!”

“Ya, Puan.” Kelam kabut Sakinah bangun lalu berlari anak pada bosnya itu.

Ramona tersenyum memandang pembantu peribadinya itu.

“Maafkan saya pasal tadi. Saya kurang sihat.”

“Tak apa,puan.”

“Saya nak balik ni. Mungkin dua atau tiga hari saya cuti. Tolong tengokkan pejabat. Apa-apa boleh terus berhubung dengan Khairul. Saya dah call dan bagi tahu dia semua dah untuk cover saya sepanjang saya tak ada di pejabat.”

“Baik, Puan. Puan jaga diri baik-baik ya.”

“Ya. Thanks, Sakinah.”

Sakinah hanya mengangguk sambil tersenyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 07:51 AM | Show all posts
Mirza Ukail memulakan perjalanan dengan lafaz Bismillah menuju ke Kuala Lumpur. Sudah hampir 5 tahun dia berkhidmat di Kedah. Tetapi hanya jawatan sambilan sahaja. Namun akhirnya doanya dimakbulkan untuk dapat kerja tetap. Kembali semula dia bekerja di Kuala Lumpur. Sebelum ini memang dia pernah bekerja di Kuala Lumpur. Tetapi disebabkan tawaran jawatan dan gaji yang agak tinggi sikit, dia bertukar ke Kedah. Kiranya Mirza Ukail banyak pengalaman dalam alam pekerjaan!

Dia tersenyum sendirian sambil fikirannya terbayang akan wajah gadis yang akan disuntingnya tidak lama lagi, Nur Jannah. Nur Jannah dalam semester terakhir menghabiskan kos perubatan di Mesir. Mereka berdua telah pun mengenali antara satu sama lain lebih dari 3 tahun. Dan telah pun berjumpa dengan keluarga masing-masing. Memang permintaan keluarga masing-masing hendak satukan mereka berdua selepas Nur Jannah menamatkan pengajian.

Mirza Ukail memasuki ruangan stesyen minyak. Minyak diisi penuh. Kemudian dia parkir di tempat yang disediakan. Kemudian dia masuk ke dalam kedai serbaneka lalu ke ruang air minuman. Dicapainya sebotol besar air mineral. Tiba-tiba handphonenya di dalam poket seluar bergegar.

“Sape plak call ni?”

Skrin handphone ditatap. Senyuman mula terukir.

“Assalammualaikum, sayang.”

“Waalaikummussalam. Abang buat ape tu?” tanya Nur Jannah dengan penuh sopan dan manja.

“Abang dekat kedai minyak ni. Isi minyak dengan beli mineral ni haa..”

“Ooo..abang dah on the way ke KL ke?”

Mirza Ukail dan Nur Jannah tak pernah sembunyi dalam sebarang hal atau masalah. Mesti akan berkongsi perasaan yang sama setiap masa. Termasuk hal Mirza Ukail dapat kerja tetap itu.

“Ya. Abang dah nak on the way ke sana. Tapi ingat nak singgah Ipoh kejap. Dah sebulan abang tak balik tengok mak abang tu.”

“Bagus..bagus. Kirim salam sayang pada dia orang semua ya, abang.”

“Insyaallah. Sayang buat apa ni?”

“Baru nak makan malam hihi.. Abang, guess what?”

“Apa?”

“Lagi seminggu dah nak balik KL dah!! Yeayyy!!!”

“Tak sabar jumpa abang erk?”

“Perasan!”

“Ngaku je laaa..”

Mereka berdua berbalas ketawa kecil.

“Jawab exam baik-baik tau. Ingat Allah banyak-banyak. Allah sahaja yang dapat bantu kita.” Nasihat Mirza Ukail sambil bayar air mineral yang diambilnya di kaunter.

“Insyaallah, abang. Minggu depan kita jumpa ya..” perlahan nada Nur Jannah.

“Ye. Mestilah kita jumpa. Abang dah nak gerak ni. Apa-apa abang call ya.”

“Ok. Take care, abang.”

“Alright!”

“Bye..”

Baru sahaja Nur Jannah hendak letak panggilan, Mirza Ukail sempat jerit panggil nama bakal isterinya itu.

“Ada apa, abang?”

“Love u..” ucap Mirza Ukail dengan penuh lembut.

Nur Jannah tersenyum sendirian. Bahagianya dia dapat memiliki Mirza Ukail yang tak lama lagi akan menjadi suaminya yang sah.

“Love u too, abang.” Jawab Nur Jannah kembali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 07:52 AM | Show all posts
Edited by momey at 22-5-2015 07:54 AM

Ramona memandu pulang ke rumahnya. Dia membuat keputusan untuk berkemas pakaian dan bercuti sendirian di Cameron Highland.

Sesampainya di hadapan pintu pagar rumah, telefonnya berdering.

“Dayyan?” Ramona menggelengkan kepalanya. Dia keluar dari kereta untuk membuka pintu pagar.

Sekali lagi Dayyan menghubunginya. Akhirnya Ramona menjawab panggilan itu.

“Hello.”

“Hai, Mona..”

“Ada apa awak call saya ni?”

“Cuba pandang belakang.”

Ramona sentap. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Kelihatan Dayyan berdiri sambil bersandar di kereta Toyotanya.

Terkejut Ramona macam mana Dayyan boleh ekorinya pulang ke rumah. Dayyan tersenyum sambil berjalan ke arah Ramona.

“Maaf ganggu.”

Ramona hanya tersenyum.

“Awak ada masalah ke?” Dayyan pernah suatu ketika semasa di sekolah dulu selalu hantar bunga pada Ramona. Ya! Dayyan memang pandai memikat hati Ramona pada masa itu walaupun ketika itu Dayyan baru darjah dua! Kecil-kecil dah ada ciri-ciri lelaki caring! Dayyan dibesarkan dalam keluarga yang cukup bebas dalam sosial.

“Saya nak bersendirian.”

Dayyan terdiam dengan jawapan Ramona itu. Setelah diberi peluang bertemu kembali dengan Ramona, apa salah dia cuba memikat kembali hati perempuan yang pernah dia cuba untuk curi suatu ketika dulu.

“Tak nak kongsi dengan saya?”

“Dayyan, saya ni isteri orang tau.”

Pang!!!!! Seperti kilat datang sambar ke jantungnya. Dayyan salah! Dia ingat Ramona tak anak dara tua, mungkin isteri yang telah diceraikan. Rupanya masih isteri orang. Dia diam.

“Saya tak nak orang luar salah anggap dengan..”

“Maafkan saya.”

Ramona diam. Dayyan juga diam. Mereka berdua bertentang mata. Kemudian dengan perlahan-lahan Ramona mengundur ke belakang lalu terus membuka pintu pagar.

Dayyan masih tercegat di situ memerhatikan Ramona. Ramona sudah tidak ambil peduli pasal Dayyan. Dia malas hendak fikirkan apa yang sedang Dayyan fikir ketika itu. Dia masuk ke dalam kereta lalu masuk ke halaman rumah. Kemudian dia keluar kembali untuk tutup pintu pagar.


“Awak..”


Ramona memandang Dayyan. Dayyan tersenyum lalu terus mengenyit mata kirinya pada Ramona. Kemudian dia berlalu pergi masuk ke dalam keretanya. Dayyan berlalu pergi. Ramona mengeluh sambil menggelengkan kepalanya.



                                                                                                                   **********


Qayyum cuba menghubungi Ramona. Gagal!


“Na..nape off handphone ni?” bisik hati Qayyum sambil cuba lagi menghubunyi Ramona namun tak dapat juga dihubungi.


Kelemahan Qayyum, cemburu yang amat-amat sangat! Cemburu buta la kan? Dia tak boleh tengok sama ada Ramona atau Lutfiya berborak dengan lelaki atau keluar dengan lelaki. Apabila Ramona off handphonenya, mula la kepala ligat fikir yang bukan-bukan.


Dia terdengar bunyi tapak kaki. Dia dapat agak itu mesti Lutfiya. Dengan segera dia bangun dari kerusi meja makan di dapur itu terus menuju ke peti ais.
Lutfiya memandang suaminya yang sedang mengambil satu tin minuman bergas dari dalam peti ais.


“Abang haus ke? Nak Fiya bancuhkan?”


“Air tin ni pun dah cukup.” Qayyum terus minum air coke itu.


Lutfiya mengusap tangan Qayyum. Kemudian dia memeluk suaminya itu dari belakang.


“Abang tahu tak Fiya sayang sangat kata abang?”


Qayyum diam.


“Fiya cemburu. Cemburu kalau abang borak-borak dengan kak Mona.”


Terus Qayyum berpaling memandang Lutfiya.


“Kak Mona isteri pertama abang tau. Kalau bukan kerana dia, kita tak kahwin sampai sekarang.”


“Alasan.”


“Apa maksud Fiya ni?”


“Sebenarnya abang memang dah tak sayang Kak Mona kan? Abang masih simpan kak Mona pun sebab harta dia je kan?”


“Diam, Fiya!”


Lutfiya tersentap. Ini pertama kali Qayyum jerkah padanya. Dah la pertama kali, baru kahwin pula tu !Airmata mula bertakung. Kembang kuncup hidung Lutfiya menahan airmatanya.


“Sampai hati abang marah-marah Fiya..”


Qayyum mengeluh.


“I’m so sorry, sayang..”


Qayyum cuba memegang bahu Lutfiya namun ditolak kasar Lutfiya.


“Semua pasal perempuan tu! Dia dah rosakkan mood honeymoon kita!! Fiya benci dia! Bencii!!!” jerit Lutfiya dan terus lari naik ke atas masuk ke dalam biliknya.


Qayyum mengeluh. Sebenarnya kedua-duanya pun dia sayang. Cuma sayang dia pada Ramona dah tak seperti dulu. Maklumlah dah dapat yang muda dan lebih bergetah. Tambahan pula si Lutfiya tu anak orang kaya yang lebih kaya dari Ramona itu. Lambat laun Megah Holding akan jadi miliknya! Kalau dengan Ramona, sampai bila-bila dia tak akan berjaya kerana Ramona seorang wanita yang biar suaminya Qayyum berdikari sendiri.
Perlahan langkahnya menuju ke bilik utama mereka diatas. Terpaksa la pujuk. Lubuk ‘emas’ katakan!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 08:02 AM | Show all posts
Dalam masa beberapa jam, Mirza Ukail sampai di rumah maknya di Ipoh, Perak. Suasana bukit yang menghijau menyejukkan mata memandang.

Enjin kereta dimatikan. Dia keluar dari kereta sambil tersenyum memandang ibunya yang sudah berdiri di tangga batu luar rumah itu. Kelihatan ibunya sedang menangis rindu.

Mirza Ukail menutup pintu kereta langsung berjalan laju ke arah ibunya. Tanpa buang masa dia terus memeluk erat ibunya. Berkali-kali pipinya dikucup. Basah wajahnya dengan airmata seorang ibu.

“Maafkan Mirza, mak. Lama Mirza tak balik jenguk mak.” Mirza Ukail dengan tanpa segan silu depan ibu kandungnya terus menangis.

“Mak faham..mak faham..”

Sekali lagi Mirza Ukail dipeluk ibunya.


                                                                                                    **********


Qayyum duduk bersebelahan Lutfiya di atas katil mereka itu. Lutfiya masih diam membisu yang langsung tidak memandangnya. Perlahan-lahan Qayyum memegang tangan isterinya. Lutfiya membiarkan sahaja.

“Maafkan abang.”

Lutfiya masih diam. Satu kucupan hinggap di bahu kiri Lutfiya. Lutfiya terus memandang suaminya.

“Fiya tak nak rosakkan mood honeymoon kita oleh kerana perempuan tu.”

“Ya, abang tahu.”

“Jom siap. Fiya dah book tiket dan hotel tadi.”

Qayyum hanya mengangguk malas nak gaduh lagi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 08:06 AM | Show all posts
Mirza Ukail mengikut ibunya ke dapur.

“Ibu dah masak dah lauk kegemaran anak mak tu..” kata ibu yang bernama Hashimah itu sambil memuncungkan mulutnya ke arah tudung saji atas meja makan itu.

“Waaa..” Mirza Ukail dengan cepat membuka tudung saji itu.

“Ibu!!! Nak nasi sepinggan.” Sambung Mirza Ukail sambil tarik kerusi dan menggosok kedua tangannya tanda tidak sabar untuk merasa gulai lemak tempoyak itu.

Ibu Hashimah tergelak melihat geligat anak lelaki tunggalnya itu. Pinggan diambil lalu dicedok nasi ke dalam pinggan.

“Nah. Jangan gelojoh sangat. Bismillah..” Ibu Hashimah menghulurkan sepinggan nasi itu pada Mirza Ukail.
Mirza Ukail tersenyum lalu bangun membasuh tangannya. Kemudian dia duduk kembali.

“Ibu tak nak makan sekali ke?”

“Ibu tengok anak mak ni makan pun mak dah kenyang.” Jawab Ibu Hashimah sambil duduk di sebelah anaknya.

Ibu Hashimah kematian suami 7 Tahun yang lalu. Dia tinggal bersama adik perempuan Mirza Ukail, Mimi Umairah yang sekarang masih bersekolah tingkatan lima.

“Adik mana, bu?”

“Ada kelas tambahan katanya petang ni.”

“Ooo..” Mirza Ukail sambung makan dengan berseleranya.

Ibu Hashimah tersenyum memandang anaknya. Kemudian digosoknya kepala anaknya itu.

“Bila start keja kat tempat baru?”

“ermm..lusa bu.”

“Dah ada rumah ke kat KL tu?”

“Mirza menyewa dengan Ushair sekali.”

“Ushair Fahmi?”

“A’ah..”

“Dah lama ibu tak jumpa dia. Dia sihat?”

Mirza Ukail pernah menyewa rumah  di Kuala Lumpur bersama Ushair Fahmi sebelum ini.

“Dia sihat je, bu. Yelah. Lepas Mirza kena tukar ke Kedah tu langsung dah tak jumpa dia. Ni bila dah dapat pergi KL balik, dapat la duduk dengan dia balik.”

“Dia belum kahwin lagi la ni?”

“Belum. Katanya tunggu Mirza kahwin dulu.”

“Haaa..kalau macam tu, cepatlah bagi ibu menantu.”

Mirza Ukail tersenyum.

“Insyaallah,bu. Minggu depan Jannah cakap dia dah balik Malaysia. Dah abis study katanya.”

“Alhamdulillah. Mudahan semuanya dipermudahkan.”

“Insyaallah..”

“Syukur ibu bila kamu dah tak bersama dengan Lutfiya.”

Terus Mirza Ukail memperlahankan kunyahan nasi di dalam mulutnya sambil tenung nasi dihadapannya itu. Ibu Hashimah bangun lalu ke sinki membasuh pinggan mangkuk yang terbiar kotor.

Mirza Ukail memandang ibunya tetapi fikirannya terus melayang terbayang akan wajah gadis yang pernah dikenali beberapa tahun dahulu..Lutfiya!

“Kenapa ibu mesti sebut nama dia setelah sekian lama?” bisik halus hati Mirza Ukail yang sudah memulakan hidup baru bersama Nur Jannah selepas berputus dengan Lutfiya.

Lebih kurang 3 tahun Mirza Ukail bersendirian setelah berpisah dengan Lutfiya sebelum bertemu dengan Nur Jannah. Sakit hanya Allah sahaja yang tahu ketika perpisahan itu. Nur Jannah telah memberi sinar baru pada hidupnya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-5-2015 08:08 AM | Show all posts
jap g smbung lg ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 08:50 AM | Show all posts
Ramona mendaftarkan diri di salah sebuah hotel terkenal di Cameron Highland itu. Kunci diambil, beg diangkat sendiri lalu dengan perlahan langkah demi langkah menuju ke lif.

Sementara menunggu pintu lif terbuka, dia ternampak kelibat bertubuh gagah menghampirinya. Mesti lelaki la kan? Kelibat itu berdiri di sebelahnya. Perlahan-lahan Ramona memandang ke arah kirinya.

“Hah? Apa hal pula dia buat kat sini juga?” bisik hati Ramona yang mula rimas dengan kehadiran Dayyan di situ.
Dayyan membuka raybannya lalu di letak atas kepala. Dia memandang Ramona dan tersenyum. Masing-masing diam sehingga pintu lif terbuka. Mereka berdua masuk ke dalam lif itu.

Serentak mereka berdua hendak menekan punat bernombor ‘4’ itu. Akhirnya Dayyan membiarkan Ramona menekan punat itu. Masing-masing masih diam membisu.

“Adoi..sama aras la plak bilik dia dengan bilik aku.” Bisik hati Ramona lagi.

Pintu lif terbuka. Dayyan mengekori Ramona dari belakang. Ramona berjalan perlahan menuju ke biliknya. Pintu bilik dibuka. Dayyan turut membuka pintu biliknya. Ya! Bilik mereka berdua bersebelahan.
Ramona mengunci kembali biliknya. Dia tersandar di pintu.

“Apa yang Dayyan cuba buat?” Bisik hatinya.

Ramona berjalan menuju ke katil lalu merebahkan punggung. Handphone di capai di dalam handbeg. Didalam hati masih mengharapkan Qayyum ada menghubunginya. Sengaja dia off handphone tadi.

“Waaa..sepuluh ‘missed call’! Hmmm..”

Handphone diletak di sisi. Ramona merebahkan diri. Lalu terlelap.


                                                                        **********


Di KLIA..

Sementara menunggu masa untuk berlepas, Qayyum dan Lutfiya berehat di sofa yang telah disediakan. Lutfiya memegang erat tangan suaminya. Qayyum hanya tersenyum. Padahal fikirannya sekarang tengah melayang fikir apa yang sedang Ramona buat sekarang. Jangan-jangan Ramona tengah berdating dengan lelaki lain!

“Abang nak ke toilet jap.”

“Nak ikut!”

“Please, Fiya..”

“Jangan cuba-cuba call kak Mona erkk!!” Lutfiya memberi amaran.

Lutfiya memuncungkan mulutnya sambil meleraikan pelukkan. Qayyum bangun lalu berjalan mencari tandas. Sesekali dia menoleh ke arah Lutfiya. Risau dirinya diekori.

Handphone di dalam poket di ambil. Dia mula mendail nombor telefon Ramona.

“Off lagi! Ishh!!” Qayyum mula tidak tenang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2015 08:54 AM | Show all posts
Ramona menyiapkan diri. Dia cuba tersenyum memandang dirinya sendiri di hadapan cermin. Tak boleh! Terbayang akan wajah gembira Lutfiya bersama suaminya.

Dia kemudian pandang handphone di atas katil.

“Na takkan ganggu abang. Bergembiralah abang dengan dia..”

Ramona mengambil handbeg nya lalu terus keluar dari bilik meninggalkan handphonenya di atas katil.
Dayyan telah pun terpacak di muka pintu lif. Terkejut Ramona! Dayyan hanya tersenyum memandang Ramona. Pintu lif terbuka, lalu masuk keduanya ke dalam lif itu.

Masing-masing masih mendiamkan diri. Dayyan berdiri di belakang Ramona. Risau juga dia kalau Dayyan apa-apakan dirinya.

“Dia peluk aku, aku tendang dia! Tengok laa..” bisik hati Ramona.

Pintu lif terbuka. Cepat Ramona berjalan keluar dari hotel itu. Dia berjalan menuju ke parkir kereta. Dia menoleh ke belakang. Dayyan hilang!

“Aikk? Dah hilang? Ermm..bagus!”

Ramona menghidupkan enjin kereta.

“Nak makan apa erk petang ni? Pegi minum teh kejap la.”

Ramona bergerak sendirian. Mengubat hati yang sedang luka.


                                                               **********


Qayyum membiarkan kepala Lutfiya tersandar dibahunya. Cuaca agak baik pada hari itu. Sesekali dia memandang keluar tingkap ke arah awan yang berkepul-kepul di sana sini.

“Kenapa aku rasa rindu sangat pada Mona ni? Padahal Fiya dah ada disebelah aku ni haaa.. Haishh!! Perasaan apakah ni?” Qayyum berbisik sendirian sambil mengusap jari jemari Lutfiya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 08:57 AM | Show all posts
Ushair Fahmi tolong Mirza Ukail mengangkat beg pakaian masuk ke dalam rumah. Mereka berdua meletakkan beg di ruang tamu. Kemudian sama-sama duduk berehat di sofa.

“Jap. Aku nak call ibu aku. Nanti risau plak dia.”

Ushair Fahmi hanya menunjukkan tanda ‘best’ lalu bangun menuju ke dapur. Mirza Ukail menghubungi ibunya.

“Assalammualaikum, bu.”

“Waalaikummussalam. Mirza dah sampai rumah Ushair ke?”

“Dah.”

“Alhamdulillah. Pergilah rehat-rehat.”

“Ok. Ibu jaga diri tau.”

“Ye.”

Beberapa minit kemudian panggilan dimatikan. Mirza Ukail terpandang Ushair sedang datang ke arahnya sambil membawa segelas minuman sejuk.

“Nah.” Segelas air oren diletakkan berhadapan dengan Mirza Ukail.

“Ishh buat susah-susah ja ko ni..”

“Tak susah la. Tuang je hahaha”

“Ko ni hahaa adeh..” Mirza Ukail mengambil air oren itu lalu diteguknya perlahan-lahan.

“Untungla dapat jawatan tetap. Jawatan tinggi plak tu..”

“Rezki tak leh nak tolak ye tak?”

“Yelah! Abis tu, tak reti-reti nak belanja aku makan?”

“Haaa..memang aku nak belanja ko makan pun. Ko nak makan ape? Sebut je..”

“Nasi arab!”

“Ishh bole aje. Esok gak kita pegi makan.”

“Perghh!!! Ni yang wat aku sayang ko ni..” baru sahaja Ushair hendak mencium pipi Mirza Ukail, mukanya ditolak kuat.

“Wei..wei!! Behave yourself boleh?”

“Hahaha aku melawak je lah! Aku lelaki straight ok?”

“Eeee..”

Mirza Ukail terus mengangkat begnya terus menaiki tangga menuju ke biliknya di atas.

“Woii!! Jangan salah masuk bilik pulak!!” jerit Ushair yang suka menyakat itu.

Kuat ketawa Mirza Ukail sebelum masuk ke dalam biliknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 09:00 AM | Show all posts
Dua hari kemudian..

Mirza Ukail melaporkan diri di tempat kerja baru yang terletak di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur.
Dia yang segak berpakaian kemas kemeja bersama sut blazer hitam dan tali leher bewarna merah masuk ke ruang utama Megah Holdings.

“Ya, encik. Ada apa boleh saya bantu?” tanya pegawai khidmat pelanggan di situ.

Mirza Ukail memandang sekeliling ruang dalam pejabat itu. Tiba-tiba dia terpandang carta organisasi yang terbentang besar di suatu sudut bersebelahan dengannya.

“Datin Zaiton?” Laju jantungnya berdegup.

“Err..Cik. Sekarang Pengurus Besar di sini Datin Zaiton ya?”

“Ya, encik. Dah hampir dua tahun dia di sini.”

“Owh.”

“Encik nak jumpa dia ke?”

“Saya nak lapor diri.”

“Nama encik?”

“Mirza Ukail bin Abdul Rauf.”

“Sekejap saya semak dulu.”

“Ok.”

Mirza Ukail kembali memandang gambar Datin Zaiton itu. Terus fikirannya terbayang akan wajah Lutfiya.

“Aku harap ini bukan titik permulaan kisah..” belum sempat Mirza Ukail menghabiskan ayatnya di dalam hati, bahunya dipegang.

Terus dia berpaling ke belakang.

“Hai, Mirza..”

Mirza Ukail tergamam.


                                                                          **********


Qayyum berdiri mengadap laut. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup wajahnya. Tiga hari telah pun berlalu tanpa langsung berita dari Ramona.

Lutfiya datang dan terus memeluk Qayyum dari belakang.

“Bahagia sangat Fiya dengan abang di sini. Tak yah balik KL laaa..”

Qayyum terus merangkul tubuh badan Lutfiya mengadapnya.

“Kita kena balik. Teruskan kehidupan kita..”

“Alaaa.. Kalau balik sana dah kena kongsi kasih dah.”

“Kan Fiya sendiri yang setuju nak bermadu kan sebelum ni?”

“Ceraikan dia!”

Qayyum membeliakkan matanya.

“Ceraikan dia! Abang milik Fiya seorang je.”

Qayyum diam. Dia menarik tubuh kecil Lutfiya lalu memeluk erat sambil memandang laut di hadapan mereka. Lutfiya mengetap bibirnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 09:00 AM | Show all posts
   
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 09:06 AM | Show all posts
Qayyum masih jealous kat Ramona....itu la, mata duitan sangat....
Sambung lg pleeeaseee....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 09:09 AM | Show all posts

Mirza tu umor brapa?

jgn kata Datin Zaiton yg brkenan kat Mirza..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 09:14 AM | Show all posts
zameyla replied at 22-5-2015 09:06 AM
Qayyum masih jealous kat Ramona....itu la, mata duitan sangat....
Sambung lg pleeeaseee....

hihi ok jap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 09:16 AM | Show all posts
awanjingga replied at 22-5-2015 09:09 AM
Mirza tu umor brapa?

jgn kata Datin Zaiton yg brkenan kat Mirza..

hahahaha tersedak cheq..
mirza 30++
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2015 09:18 AM | Show all posts
Ramona masuk lambat ke pejabat pada hari itu. Dia memandang jam di tangannya.

“Dah lewat dah ni.”

Ramona lalu  di hadapan tempat Sakinah.

“Meeting saya pukul berapa, Sakinah?”

Kelam kabut Sakinah mencari diari. Terkejut bosnya itu muncul tiba-tiba.

“Saya ingat puan cuti lagi hari ni.”

“Sepatutnya tapi katanya Dato Lokman masuk sekali erk mesyuarat pagi ni?”

“Ya, puan. Haa..meeting pagi ni pukul 10.”

Ramona melihat jam di tangannya.

“Uh, sempat lagi.” Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi.

“Saya masuk dalam dulu. Eh, dah bukak pintu bilik saya?”

“Dah, puan.”

“Thanks.”

Ramona membuka pintu biliknya. Terus anak matanya tertumpu pada meja utama. Sejambak bunga ros merah terletak kemas di tengah-tengah mejanya.

“Sakinah! Siapa bagi bunga ros tu?”

“Err..tuan punya bunga tu minta puan baca kad yang dia letak dalam bunga tu..”

Terus terlintas di fikirannya akan wajah Dayyan. Ramona menutup pintu kembali. Perlahan-lahan dia menuju ke meja besarnya. Di ambil sejambak bunga itu lalu menciumnya. Segar! Takkan Qayyum pula yang bagi? Qayyum bukan penggemar bunga.

Perlahan-lahan kad kecil dicelah-celah bunga ros itu diambilnya lalu dibuka.

[ Morning.. dari lelaki kacak yang bernama Dayyan ]

Ramona tergelak sendirian sambil menggelengkan kepalanya.

“Aku masih isteri orang la, Dayyan. Dan aku masih sayangkan suami aku.” terus Ramona memandang gambar suaminya di atas meja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 09:22 AM | Show all posts
Di dalam bilik Datin Zaitun.

Mirza Ukail duduk bertentangan dengan Datin Zaitun. Datin Zaitun mula tersenyum apabila memandang Mirza Ukail yang agak kurang selesa itu.

“Cerita lama biarlah jadi sejarah.” Mukadimah dari Datin Zaitun.

Terus Mirza Ukail memandang Datin Zaitun yang dari tadi asyik memandangnya. Datin Zaitun tersenyum.

“Lagipun Fiya dah kahwin.”

Mirza Ukail sekali lagi terkejut dengan apa yang dia baru dengar itu.

“Tapi… Hmmm dah dia berkenan kan? Saya nak halang pun, dialah sorangnya anak tunggal saya.”

Mirza Ukail masih diam. Ringan sahaja mahu bertanya siapakah suami Lutfiya itu.

“Kalau nak saya jujur, saya lebih suka kamu jadi menantu saya. Bukan suaminya sekarang.”

Mirza Ukail ketawa kecil sambil kepalanya berligat fikir dan cuba faham apa yang sedang diungkapkan Datin Zaitun itu.

“Dia kahwin dengan suami orang. Bukan setakat suami orang sahaja, malah dia tak ada kerja tetap! Kehulu kehilir..ntah apa kerja sebenar dia. Sebab tu saya tak setuju. Kamu tahu kan sebab apa saya tak setuju? Saya takut dia akan jadi macam saya nanti.”

Ya, Datin Zaitun sebenarnya isteri kedua. Sebab tu dia trauma apabila anaknya sekarang sudah mengikut jejak langkahnya.

Mirza Ukail sebelum ini memang agak rapat dengan Datin Zaitun. Segala hal Datin Zaitun memang Mirza Ukail sedia maklum. Oleh kerana satu hal yang Lutfiya buat, segalanya hancur!

“Maaf ya, Mirza. Saya terluah pula masalah saya ini pada kamu.”

“Eh, saya ok je.”

Datin Zaitun diam. Mirza Ukail bangun lalu duduk agak berhampiran dengan Datin Zaitun.

“Apa yang berlaku ada hikmahnya, Datin. Saya tak sangka kita dipertemukan sekali lagi setelah bertahun lamanya.”

Datin Zaitun mengukir senyuman sambil mengesat airmatanya.

“Ok. Back to topic, tahniah saya ucap pada kamu kerana dapat jawatan di sini.”

“Terima kasih, Datin.”

Mereka berdua berjabat tangan seketika.

“Tapi kamu bukan bawah seliaan saya tau. Kamu under Dato Hishamudin.”

“Owh..ok.”

Memang sengaja Datin Zaitun tidak mengambil Mirza Ukail bekerja dengannya. Dia tidak mahu Mirza Ukail serba salah. Dan juga untuk menjaga hatinya sendiri juga. Datin Zaitun memang terlalu sayangkan Mirza Ukail. Memang Mirza Ukail hampir menjadi menantunya tapi..apakan daya. Tiada jodoh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 09:24 AM | Show all posts
Dayyan meletakkan raybannya di atas kepala. Enjin kereta masih hidup. Dia memandang pintu utama pejabat Ramona. Kemudian dia memandang jam di tangan. Pukul 1.05 minit petang.

“Dia tak keluar makan ke?”

Tiba-tiba kelihatan Ramona yang masih cantik dengan potongan seperti anak dara itu keluar dari pintu utama menuju ke anak tangga. Dayyan dengan pantas keluar dari kereta lalu terus menuju ke arah Ramona.

“Awak!”

Ramona terkejut kerana lengannya dipegang.

“Dayyan?”

“Hai..” Dayyan tersenyum.

“Buat apa awak kat sini?”

“Jom teman saya makan.”

“Makan? Err..”

“Please.” Dayyan membulatkan matanya sambil kedua tapak tangan disatukan di bawah dagu.

Ramona serba salah.

“Sekejap je. Kita makan dekat restoran depan tu pun tak ape.” Sambung Dayyan.

Ramona mengalah. Dia tersenyum.

“Ok jom! Naik kereta sayalah. Kereta saya kat sana.” Kata Dayyan sambil memuncungkan mulutnya ke arah bertentangan jalan.

Ramona hanya mengangguk. Dia mengekori Dayyan dari belakang.


                                                                         **********


Qayyum memandang Lutfiya yang sedang melipat baju masuk ke dalam beg diatas katil itu. Jadual penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 4.30 petang. Perlahan-lahan dia duduk bersebelahan isterinya itu.

“Eh, abang..”Lutfiya tersenyum lalu menyambung lipat baju.

“Abang dah fikir dah.”

Lutfiya memberhentikan tangannya. Kemudian dia berpaling mengadap suaminya.

“Apa yang abang fikir?”

Mereka berdua bertentangan mata.

“Berkenaan Kak Mona.”

“Kenapa? Abang nak ceraikan dia ke?” begitu lebar senyuman Lutfiya pada ketika itu.

Entah apa la yang menarik sangat pada Qayyum ini. Dah la kerja tidak tetap. Makan duit pun hasil dari sebelah pihak isteri! Kelebihan mulut manis mungkin?

Qayyum tersenyum lalu terus mengangguk perlahan.

“What? Really?” Lutfiya terus memeluk suaminya.

Lepas ni tak payah la susah –susah nak berkongsi kasih lagi!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 09:25 AM | Show all posts
   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.081885 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list