CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

~kisah hati~ TAMAT

[Copy link]
 Author| Post time 22-5-2015 02:20 PM | Show all posts
Edited by momey at 22-5-2015 02:21 PM

Nur Jannah menghidangkan lauk satu persatu di atas meja makan. Sesekali dia memandang jam di dinding.

Ting Tong!

Nur Jannah tersenyum. Sudah pasti itu Mirza Ukail! Berlari anak dia ke pintu utama. Sebaik buka pintu, Mirza Ukail sudah tersenyum ke arahnya.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.”

Masing-masing membalas senyuman.

“Saya tak lupa.. nah!” Mirza Ukail menghulurkan sekuntum bunga ros yang masih segar.
Dengan hati yang berbunga Nur Jannah menyambut sekuntum bunga ros itu. Diciumnya bunga itu.

“Mirza!!! Meh masuk. Layan Jannah keee sampai esok tak masuk rumah.” Perli ayah Jannah lalu memunculkan diri.

Mirza Ukail ketawa kecil lalu terus bersalaman dengan bakal ayah mertuanya itu.



                                                                   **********


Datin Zaitun membuka pintu rumah. Kelihatan Qayyum sedang berehat di atas sofa sambil menonton televisyen.

Datin Zaitun berjalan menuju ke arah tangga.

“AKu nak bahagian aku!”

Qayyum bersuara. Datin Zaitun mematikan langkahnya.

“Kalau kau sayangkan anak kau, serahkan saham syarikat tu pada aku.”

“Gila!”

“Kau cabar aku ke?”

Qayyum berdiri langsung memandang wajah mak mertuanya itu.

“Aku serius ni.” Qayyum yang berkepala botak itu tersenyum sinis.

Datin Zaitun malas hendak layan dan terus menaiki anak tangga dan terus masuk ke dalam bilik.Qayyum kembali duduk. Geram! Beberapa minit kemudian kelihatan Lutfiya pula muncul di muka pintu. Masam mencuka wajahnya.

“Apasal lambat balik?” tegur Qayyum agak kasar.

Lutfiya menghempas handbegnya ke lantai.

“Abang dah tipu Fiya! Mirza tak pernah curang dengan Fiya pun. Abang penipu!!” jerkah Lutfiya lalu mengambil bantal di atas sofa dan terus baling ke arah Qayyum.

“Kau ape hal ni hah?!”

“Penipu!”

Lutfiya mengambil handbegnya semula lalu berjalan menaiki anak tangga. Tetapi Qayyum sempat menarik rambut Lutfiya menyebabkan isterinya itu terseret menuruni tangga.

“Sakitlah!!!!”

“Kau kata apa kat aku tadi? Penipu? Apa yang aku tipu kau?!!”

Lutfiya menolak badan  suaminya.

“Mirza dah ceritakan semuanya pada Fiya. Rupanya abang penyebab Fiya tak bersama Mirza! Ini pun sebab tadi bos Fiya bagi tahu Mirza nak kahwin lagi tiga minggu. Kalau tak sampai bila pun Fiya ingat Mirza dah kahwin! Kenapa abang buat Fiya macam ni?!! Kenapa?!!!” jerit Lutfiya sambil menumbuk berkali-kali dada suaminya itu.

Qayyum diam. Dia membiarkan Lutfiya terus menumbuk dirinya.

“Kenapa abang sanggup buat Fiya macam ni..” Lutfiya jatuh terduduk.

Datin Zaitun hanya memandang dari atas bilik. Celahan pintu.

“Bukan Fiya yang pilih abang ke?” sengaja Qayyum menambahkan sakit hati Lutfiya ketika itu.

Laju nafas Lutfiya ketika itu menahan marah.

“Apa motif abang buat Fiya macam ni?!”

“Kenapa? Kau masih ada hati dengan dia ke?”

Lutfiya diam.

“Cakap!!! Kau masih ada hati dengan dia ke?!!!” jerkah Qayyum yang sememangnya terkenal dengan panas baran.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2015 02:25 PM | Show all posts
Mirza Ukail mengelap mulutnya dengan kain kecil yang dihulurkan Nur Jannah itu. Mereka berjalan bersama-sama menuju ke dapur meninggalkan Nur Jannah membasuh pinggan sendirian.

“Saya nak minta izin uncle dan auntie nak bawa Jannah pegi ukur baju minggu ni.”

“Boleh..”

Mirza Ukail duduk bertentangan dengan bakal mertuanya itu.

“Apa yag belum settle lagi?”

“rasanya macam semuanya hampir selesai, uncle. Moga Allah permudahkan semuanya..”

“Insyaallah. Ada apa-apa yang nak uncle tolong?”

“Tak ada apa-apa setakat ni. Ingat lepas ukur baju semua, hantar Jannah balik sini. Pastu saya terus nak gerak balik kampung.”

“Owh..ok.”

Tiba-tiba handphone Mirza Ukail berdering.

“Maaf, uncle.”

Mirza Ukail mengambil handphonenya di dalam poket seluar kanan. Tertera nama Datin Zaitun di skrin.

“Datin?”

Mirza Ukail minta diri menjawab panggilan telefon di ruang luar. Dia menjawab panggilan tersebut.

“Assalammualaikum..Mirza.”

“Waalaikummussalan. Ya saya, datin. Ada apa hal?”

“Fiya.”

“Kenapa dengan dia?”

“Bergaduh dengan suami dia sebab kamu”

“Hah?”

“Pening saya.”

Mirza Ukail mendiamkan diri. Sebolehnya dia tidak mahu masuk campur. Nampaknya perkara ini seperti akan berterusan.

“Saya ada jumpa Fiya petang tadi.”

Datin Zaitun diam.

“Saya memang tak sangka sangat perkara macam ni boleh terjadi. Kami mangsa keadaan.”

Prankkkkk!!! Tiba-tiba kedengaran pasu pecah.

“Mirza..saya terpaksa letak telefon ya. Macam makin teruk ja mereka bergaduh tu.”

“Ya..ya..”

Talian terputus. Mirza Ukail melepaskan nafasnya perlahan-lahan.

“Abang..”

Mirza Ukail menoleh ke belakang.

Mirza Ukail terkejut. Ditolehnya ke belakang memandang Nur Jannah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 02:27 PM | Show all posts
woo woo Qayyum..baru brape hari kawin dh tunjuk belang ye..

jadi ke Mirza kawin nnti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 02:28 PM | Show all posts
“Fiya benci abang!!!!!!!” jerit Lutfiya yang tangannya sudah dipenuhi darah.

“Astaghfirullah.. kenapa ni, Fiya?”

Qayyum kelihatan sudah keluar dari rumah sambil membawa kunci kereta. Lutfiya menangis. Datin Zaitun memanggil orang gaji untuk membuang serpihan pasu yang pecah itu sambil dia mula menyuci tangan Lutfiya yang luka itu.

“Kenapa ni, sayang.. kenapa boleh jadi macam ni?” Datin Zaitun mula berasa sebak dengan apa yang telah jadi.

“Ibu tahu tak Qayyum sengaja mengadakan semua cerita ni? Padahal Mirza masih setia dengan Fiya! Penipu punya jantan!!”

Datin Zaitun terdiam. Tekaan dia memang tepat! Mirza Ukail lelaki yang baik.


                                                                  **********


Mirza Ukail dan Nur Jannah saling berpandangan mata.

“Jannah dengar ke apa yang abang bualkan tadi?” tanya Mirza Ukail dengan perlahan.

Nur Jannah sudah mula berkaca matanya.

“Jannah.. abang..”

“Abang sembang apa dengan Fiya petang tadi?”

“Erm..”

“Terus terang dengan Jannah.”

“Kami mangsa keadaan.”

“Kita dah nak kahwin, abang!”

“Jannah, Jannah kena yakin dengan abang. Abang bukan macam lelaki yang lain. Jannah dah banyak tolong abang. Abang tak pernah lupa setiap perit getir susah payah kita bersama ketika abang ‘jatuh’ dulu.”

Nur Jannah diam tetapi masih kuat memandang anak mata bakal suaminya itu.

“Percaya dengan abang. Hati abang hanya ada Jannah seorang.”

Ini yang paling Nur Jannah takut dan berlaku jugak akhirnya. Dulu sebelum dia bertemu dengan Mirza Ukail, dia hampir kahwin dengan lelaki yang dia cinta dan pilihan itu adalah pilihan ibunya. Tetapi jodoh tidak panjang kerana lelaki itu membuat keputusan untuk memilih jodoh dari keluarganya.

“Kita masih lagi ada masa untuk..”

“No! Jangan macam ni, Jannah. Kita berdua ada jodoh.”

“Abang faham tak situasi sekarang ni abang dengan Fiya adalah sebab mangsa keadaan. Tak mustahil abang atau Fiya masih ada perasaan cinta.”

“Abang sayang Jannah.”

“Kita ada lagi tiga minggu.” Ucap Nur Jannah lalu terus berjalan masuk ke dalam rumah.

Kelihatan ibu dan ayah Nur Jannah memandang dari jauh dan tidak mahu masuk campur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 02:30 PM | Show all posts
Qayyum memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dihentaknya stereng kereta sekuat hati.

“Adoi.. apa aku nak buat ni?”

Tiba-tiba cermin keretanya dipecahkan. Semua sekali! Menggeletar Qayyum yang keseorangan di dalam kereta itu. Kemudian pintu keretanya dibuka lalu dia ditarik keluar. Kelihatan Eric dengan mata sebelahnya yang berparut akibat terkena asid itu tersenyum sambil memegang kayu besbol.

Tangan Qayyum kiri kanan dipegang kuat kuncu Eric.

“Mana duit aku?”

“Eric..aku.,aku..”

Eric berjalan perlahan ke arah Qayyum sambil tersenyum. Tanpa belas kasihan dia memukul tubuh sasa Qayyum dengan kayu besbol itu. Berkali-kali sehingga Qayyum jatuh rebah.

“Last aku bagi peluang sama lu! Ahad ni wa nak seratus ribu itu ok?”

Terbatuk-batuk Qayyum sambil memegang dadanya.

“Ingat aaa” Eric sekali lagi tendang muka Qayyum. Qayyum jatuh tertidur di atas jalan.



                                                                   **********


Nur Jannah yang masih bertelekung itu menangis sendirian di dalam biliknya.

“Kuatkan aku, Ya Allah..”

Handphonenya berdering. Ya. Mirza Ukail tak putus asa cuba menghubungi dirinya tapi dia tidak menjawab panggilan tersebut. Hampir 20 ‘missed called’!
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 02:30 PM | Show all posts
“Bekas orang jugak tu.”


ohh..teruknya lutfiya...x kan bekas Mirza kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-5-2015 02:33 PM | Show all posts
Sabtu pagi..

Mirza Ukail mematikan enjin kereta. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke pintu. Sebaik sahaja dia hendak mengetuk pintu, pintu tersebut telah dibuka. Muncul wajah ibu Nur Jannah.

“Eh, Mirza dah sampai.”

“Assalammualaikum, auntie.”

“Waalaikummussalam. Masuklah.”

“Tak pe. Saya tunggu di luar.”

“Owh..yelah. Kejap auntie panggilkan Jannah.”

Mirza Ukail mengangguk. Ibu Nur Jannah berjalan menuju ke bilik anak tunggalnya itu.

Tok! Tok! Tok!

“Jannah..Mirza dah sampai ni.”

Diam.

“Jannah..”

Sementara Mirza Ukail berpeluk tubuh menanti kehadiran Nur Jannah di halaman rumah.

“Mirza..”

Cepat Mirza Ukail menoleh ke belakang.

“Ya, auntie.”

“Jannah dia..”

“Ibu!” panggil Nur Jannah sambil menuruni anak tangga.

Akhirnya Nur Jannah berlembut hati. Dia bersalam dengan ibunya lalu terus keluar tanpa memandang Mirza Ukail. Dia masuk ke dalam kereta terlebih dahulu.

“Saya pergi dulu ya, auntie.”

“Hati-hati..”



                                                                            **********


Qayyum perlahan-lahan membuka matanya. Cahaya pagi menusuk ke mata. Kemudian dia berpaling ke arah kirinya. Kelihatan Lutfiya masih berbaring disebelahnya.

Dia cuba memeluk isterinya itu dari belakang. Tangannya ditepis. Qayyum cuba sekali lagi.

“Jangan kacau saya boleh?” Lutfiya masih tidak puas hati dengan Qayyum.

Qayyum yang tidak berbaju itu mengeluh. Dia bangun lalu duduk bersandar di kepala katil. Muka dan badannya masih berlebam akibat dipukul Eric beberapa hari yang lalu.

“Abang minta maaf..”

“What?!” Lutfiya bangun lalu membaling bantal ke arah suaminya.

“Senangnya dengan hanya meminta maaf?” sambung Lutfiya yang masih cantik wajahnya walaupun baru bangun tidur.

“Habis Fiya nak abang cakap ape?”

“Abang dah jadikan Fiya dan Mirza mangsa keadaan untuk kepentingan diri abang! Apa jenis manusia abang ni? Abang tak ada perasaan ke?!”

“Mangsa apa pula ni? Abang betul-betul sayangkan Fiya”

“Eeee meluatla Fiya dengar!”

Qayyum bangun lalu memegang kuat lengan Lutfiya.

“Sakit!”

“Fiya masih ada hati dengan Mirza ke?” tajam anak mata Qayyum melihat isterinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 02:36 PM | Show all posts
Masing-masing masih diam di dalam kereta. Hanya kedengaran suara dj radio pada ketika itu. Sesekali Mirza Ukail curi-curi memandang Nur Jannah.

Setengah jam kemudian, mereka selamat sampai di butik pengantin. Nur Jannah membuka tali pinggang keledar.

“Jannah..”lembut panggilan Mirza Ukail.

Nur Jannah diam. Masih belum memandang wajah bakal suaminya itu.

“Hati abang takkan berubah. Hanya Jannah dalam hati abang.”

Nur Jannah masih diam. Diam dan mendengar! Kemudian dia membuka pintu kereta lalu terus berjalan masuk ke dalam butik.

Mirza Ukail sabar dan terus sabar!



                                                                    **********


Lutfiya menepis tangan suaminya.

“Fiya dah berubah kan?”

Lutfiya diam.

“Fiya pun nak jadi macam kak Mona ke curang dengan abang?!”

Lutfiya terus menampar pipi suaminya.

“Abang yang buat Fiya jadi macam ni! Kenapa perlu tipu? Kenapa perlu pura-pura abang ni lelaki yang baik?”

Qayyum mengetap bibirnya. Lutfiya masih belum dapat baca tujuan suaminya itu mengahwini dirinya hanyalah semata-mata kerana wang!


                                                                         **********


Nur Jannah bersikap professional. Depan orang lain dia tetap melayan Mirza Ukail dengan baik. Prinsip hidupnya, kalau dia ada masalah dengan Mirza Ukail dia tak akan melibatkan orang lain dan tak akan malukan bakal suaminya itu.

“Kak Hanis, pinggang ni tak payah ketat sangat pun tak pe..”

“Ok.”

“Ada apa-apa lagi tak?”

“Ermm..yang lelaki semua dah ok. Kira nya dah settle. Tunggu masa hari akad nikah dan persandingan.”

“Ok. Thank you, kak Hanis. Kalau ada apa-apa call saya atau Mirza.”

“Baiklah.”

Nur Jannah bersalaman dengan kak Hanis manakala Mirza Ukail hanya tersenyum sambil mengangguk. Mereka berdua beredar. Berjalan seiringan menuju ke kereta.

“Kita pergi makan dulu nak?”

“Ikutlah.” Sepatah Nur Jannah jawab.

Itu pun sudah buat Mirza Ukail menjerit keriangan di dalam hati. Dia tetap akan yakinkan bakal isterinya itu bahawa hanya Nur Jannah di dalam hatinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2015 02:39 PM | Show all posts
Lutfiya berlari anak menuruni anak tangga selepas selesai mandi dan bersiap nak keluar ambil angin sendirian pada hari cuti itu.

“Fiya.. nak ke mana tu?” tegur Datin Zaitun sambil mengelap tangannya yang basah itu.

“Fiya nak keluar jap. Duduk dalam rumah ni panas!” Lutfiya terus pakai kasut tumit tingginya lalu berjalan ke arah keretanya.

Qayyum kelihatan baru menuruni anak tangga sambil memandang Lutfiya berlalu pergi sendirian.

“Apa kau dah buat dekat anak aku?”

“Tak payah nak tanya banyak sangat. Mana duit yang aku nak tu?”

“Duit apa?”

“Kalau kau tak nak anak kau mati, baik kau ikut cakap aku.”

Datin Zaitun bergetar jantungnya tetapi tetap kuat melawan pandangan anak mata menantunya itu.



                                                                  **********


Mirza Ukail duduk bertentangan dengan Nur Jannah. Bakal isterinya itu menghirup seteguk air tembikai laici lalu sambung makan nasi goreng kampung. Masih diam!

Mirza Ukail tak nak rosakkan mood makan mereka pada tengah hari itu. Masing-masing terus berdiam diri sehingga habis makan.

Nur Jannah mengelap mulutnya dengan tisu. Kemudian dia memandang Mirza Ukail. Betul ke lelaki di hadapannya ini begitu sayang dan cintakan dirinya?

“Jannah dah habis ke? Abang nak pegi bayar ni..”

Nur Jannah hanya mengangguk. Mirza Ukail sempat mengukir senyuman sebelum bangun membayar bil di kaunter hadapan.

Manakala Nur Jannah berjalan sendirian menuju ke kereta. Setelah selesai bayar, Mirza Ukail berjalan mengekori Nur Jannah dari belakang.

“Jannah..”

Nur Jannah mematikan langkahnya. Nafas dilepas perlahan. Mirza Ukail berjalan lalu berhenti berdiri berhadapan dengan bakal isterinya itu.

“Jannah masih marahkan abang ke?”

Nur Jannah memandang tepat ke arah anak mata Mirza Ukail.

“Jannah sayang sangat kat abang. Jannah takut kalau kita tak dapat hidup bersama.”

“Jannah.. Abang ludah abang tak akan jilat balik. Abang tak pernah lupa apa yang Jannah pernah buat untuk abang. Jannah perempuan yang baik. Dan Jannah kena yakin, jodoh kita kuat.”

“Kalau tak?”

“Kita buat yang terbaik. Selebihnya kita serah pada Allah. Boleh, sayang?”

Menitis airmata Nur Jannah ketika itu. Kepalanya ditunduk sedikit. Mirza Ukail mendongak kembali kepala Nur Jannah. Perlahan-lahan dia mengusap airmata yang mengalir itu.

“Abang pun sayangkan Jannah. Kita dah nak kahwin ni. Jangan biarkan benda yang tak baik ganggu mood kita. Yakin dengan Allah ya..”

Perlahan-lahan Nur Jannah menganggukkan kepalanya. Kemudian mereka membalas senyuman.

“Abang kenal Jannah..Jannah perempuan yang kuat!” puji Mirza Ukail lalu berjalan membuka pintu kereta untuk bakal isterinya itu.

“Hai Mirza..”

Mirza Ukail dan Nur Jannah terus menoleh ke arah suara itu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 02:44 PM | Show all posts
mesti fiya yg kacau Mirza dgn Jannah nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 02:44 PM | Show all posts
Qayyum masih tidak puas hati dengan ibu mertuanya itu. Eric bila-bila masa sahaja akan datang serang dirinya pada ketika ini.

“Orang tua tak guna!”

Qayyum memecut laju keretanya kearah bengkel kereta Badrul. Sebaik tiba, kelihatan Badrul baru tengah membuka bengkel keretanya.

“Bad.. aku blur ni!” Qayyum menghempas pintu keretanya.

“Aku dah malas nak ambil tau kisah hidup kau.”

“Sampai hati kau Bad..”

“Kau memang kawan tak kenang budi! Masa susah ja cari aku. Masa kau senang? Bau kentut pun tarakkkkk!”

“Jadi kau tak nak tolong aku la ni?”

Badrul buat-buat sibuk langsung tak pandang wajah Qayyum. Qayyum geram! Ditendangnya baldi berisi air itu lalu tertumpah.

“Woii!!!” jerkah Badrul sambil membaling spanar.

Mujur Qayyum sempat mengelak. Terus dia masuk ke dalam kereta lalu terus memecut laju.



                                                         **********


Lutfiya tersenyum memandang Nur Jannah dan Mirza Ukail.

“Ini ke perempuan yang bertuah tu?” Tanya Lutfiya sambil membuka kaca mata hitamnya.

“Err.. Jannah, ni laa..”

“Lutfiya? Assalammualaikum.” Nur Jannah memberi salam sambil menghulurkan tangan untuk dijabat.

“Waalaikummussalam.” Jawab Lutfiya acuh tak acuh sambil membalas jabat tangan Nur Jannah gitu-gitu je.

“Eh, anyway I baru nak breakfast. Jom la join sekali.”

“Kami dah breakfast sebenarnya.” Jawab Nur Jannah yang tak nak kalah itu.

Mirza Ukail diam sahaja melihat telatah mereka berdua.

“Owh..”

“Kita orang pergi dulu ya. Jom sayang.” Ajak manja Nur Jannah lalu masuk ke dalam kereta.

Mirza Ukail hanya tersenyum memandang Lutfiya. Lutfiya menahan geram.



                                                             **********


Semasa di dalam kereta.

Sesekali Mirza Ukail curi memandang Nur Jannah yang sedang tersenyum itu.

“Jahat Jannah kan?”

“Jahat nape?”

“Kenakan Fiya macam tu.”

Mirza Ukail ketawa.

“Dia cantik. Dia juga yang pertama pernah bertakhta dalam hati abang.”

Mirza Ukail terdiam.

“Kalau Jannah jadi abang, susah Jannah nak lupakan dia.”

Mirza Ukail terus bagi isyarat signal ke kiri lalu memberhentikan kereta di bahu jalan secara mengejut.
Handbreak diangkat.

“Pandang abang, Jannah.”

Laju jantung Nur Jannah berdegup.

“Pandang sini!”

Nur Jannah perlahan-lahan memalingkan wajahnya mengadap Mirza Ukail.

“Abang tak nak dengar dah pasal Lutfiya. Jannah kena faham dan tahu itu kisah silam abang. Sekarang dan masa akan datang adalah kisah kita berdua. Abang tak nak rosakkan hubungan kita dengan benda yang tak ada faedah ni. Faham?”

Mata Nur Jannah berkaca. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya.

“Jannah minta maaf.”

“Abang maafkan.” Mirza Ukail mengusap kepala Nur Jannah.

Mirza Ukail menukar gear sambil tersenyum memandang Nur Jannah disebelahnya yang masih belum pakai tali pinggang keledar. Terlalu gembira sampai dia lupa hendak pandang cermin pandang belakang dan ditakdirkan sebuah kereta yang dari jauh sudah laju tidak sempat break lalu menghentam kereta yang dipandu Mirza Ukail menyebabkan keretanya berpusing dua,tiga kali dan terbabas masuk ke dalam parit. Sekelip mata!

Orang ramai mula berpusu ke tempat kejadian!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 02:47 PM | Show all posts
smbung isnin dpn bole?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 02:50 PM | Show all posts

Jannah meninggal ke?


smbung isnin...??..takkkkkkkkkkkkkkkk bolehhhhhhhhhhhhhh


Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 02:58 PM | Show all posts
ala...sebelum balik kerja nie, sambung la lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 02:59 PM | Show all posts
hahahaaha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 03:26 PM | Show all posts
Lutfiya berlari menuju ke wad kecemasan. Matanya hampir bengkak. Suaminya, Qayyum terlibat dalam kemalangan.

Setibanya dia di kawasan wad kecemasan itu, dia terkejut apabila ternampak ibu Mirza Ukail juga berada di situ. Dia hairan.

Perlahan-lahan dia berjalan ke penjuru pintu tersebut.

“Assalammualaikum, mak cik..”

Ibu Hashimah yang sedang membaca yasin itu terdiam. Dia menoleh memandang wajah Lutfiya. Dia berdiri.

“Kenapa mak cik ada kat sini?”

Ibu Hashimah terus menangis. Lutifya terus menarik tubuh badan wanita tua di hadapannya itu lalu memeluk dengan erat sekali.

“Mirza kemalangan..”

Lutfiya terus membeliakkan biji matanya apabila butir perkataan itu keluar dari mulut ibu Mirza Ukail.

“Mirza kemalangan?”

“Assalammualaikum puan.”

Dua anggota polis datang dan berdiri berhampiran Lutfiya.

“Waalaikummussalam.”

“Puan, terlebih dahulu kami nak ucapkan takziah atas apa yang berlaku.”

Lutfiya dan Ibu Hashimah hanya mengangguk.

“Kami dapati kereta yang di naiki Encik Mirza Ukail dan juga Cik Nur Jannah telah berlanggar dengan kereta yang dipandu laju oleh Encik Qayyum.”

“Ha?” Akhirnya Lutfiya dah tahu apa puncanya ibu Mirza Ukail turut berada di sini.

Tiba-tiba pintu bilik kecemasan dibuka dan dua troli diusung keluar dan mayat diselimutkan.

“Ya Allah Mirza!!!!” berlari Ibu Hashimah mendapatkan troli pertama lalu membuka selimut itu.

“Jannah? Ya Allah..” terlopong Lutfiya.

Ibu Hashimah berlari ke troli kedua pula. Masih berdoa bukan anaknya yang terbaring di atas troli itu. Selimut dibuka. Qayyum!

Lutfiya terdiam. Dalam masa yang sama airmata mula mengalir membasahi pipi.

“Doktor.. mana anak saya?” tanya Ibu Hashimah yang masih menaruh harapan anaknya tidak apa-apa.

“Sabar, puan. Encik Mirza Ukail masih dalam wad. Dia masih perlukan rawatan susulan. Dia perlukan darah kerana banyak pertumpahan darah ketika kemalangan tadi.”

“Ambillah darah saya, doktor. Ambillah banyak mana pun. Janji anak saya selamat.”

Lutfiya terharu dengan apa yang diucapkan ibu Mirza Ukail itu. Disamping itu dia redha apa yang telah berkalu padanya ketika itu.

“Saya juga. Check darah saya kalau sepadan dan sesuai dengan darah Mirza, saya setuju dermakan untuk dia.” Kata Lutfiya ikhlas ketika itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2015 03:31 PM | Show all posts
Hari berganti hari, bulan berganti bulan..

Hampir dua bulan Mirza Ukail dalam koma. Dalam pada masa itu juga Lutfiya berulang alik berkunjung melawat Mirza Ukail jika habis waktu kerja di pejabat.

Ibu Hashimah nampak kesungguhan Lutfiya di situ. Lutfiya banyak berubah! Bukan dia tidak sedih dengan pemergian suaminya itu, tapi dia redha apa yang telah berlaku. Dia percaya semua ini ada hikmahnya.

Tepat jam 6.00 petang, Lutfiya yang sudah bertudung litup itu membuka pintu bilik Mirza Ukail. Kelihatan Ibu Hashimah sedang mengelap dan membasahkan kepala Mirza Ukail.

“Assalammualaikum, Mak cik.”

“Waalaikummussalam.”

“Mak cik, Fiya ada bawakan nasi lauk kari ikan ni untuk mak cik.”

“Terima kasih. Kegemaran Mirza tu..”

Lutfiya tersenyum.

“Tak apa. Nanti Mirza dah sedar, bolehlah mak cik masakkan untuk dia kan?”

Ibu Hashimah tersenyum lalu mengucup dahi Mirza Ukail. Lutfiya kembali tersenyum. Kemudian dia berjalan ke jendela. Direnungnya ke langit. Walaupun hampir dua bulan suaminya Qayyum telah pergi selamanya, namun masih ada ingatan suka duka di fikirannya.

“Fiya dah solat?”

“Dah, mak cik.”

“Mak cik belum lagi. Lambat pula petang ni. Mak cik ingat nak solat dekat surau bawah.”

“Boleh..boleh! Saya tengokkan Mirza.”

Ibu Hashimah mengangguk lalu mengambil telekung langsung beredar keluar dari bilik itu. Lutfiya masih berdiri kaku melihat sekujur tubuh yang masih terbaring di hadapannya.

“Moga awak cepat sedar. Saya dan ibu awak tak sabar nak tengok awak sihat seperti sebelum ini.”

Lutfiya duduk. Diambilnya buku yasin sebesar tapak tangannya lalu dia mula baca. Ya! Lutfiya dah banyak berubah selepas kematian suaminya dan bersyukur kerana semuanya masih belum terlambat untuk dia berubah.

Tiba-tiba Lutfiya tersedar jari kelingking Mirza Ukail bergerak. Dia ingat mainan perasaannya. Rupanya memang betul!

Berlari dia dapatkan doktor di luar.


                                                                          **********


Ibu Hashimah dan Lutfiya yang sedang berada di luar bilik itu masing-masing berdoa harap Mirza Ukail semakin baik kesihatannya. Lutfiya mengusap tangan ibu Hashimah.

“Mirza anak yang kuat.”

“Ya. Dia memang kuat, mak cik.”

Pintu bilik di buka. Ibu Hashimah dan Lutfiya berjalan mendapatkan doktor. Doktor tersenyum.

“Macam mana dengan anak saya, doktor?”

“Alhamdulillah. Kesihatannya semakin baik. Teruskan berdoa..” ucap doktor dan terus berlalu pergi.

Ibu Hashimah tersenyum lalu masuk mendapatkan anaknya. Lutfiya bersyukur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 03:36 PM | Show all posts
Seminggu kemudian..

Mirza Ukail sudah sedar cuma masih lambat hendak bertutur. Seminggu ini juga Lutfiya berkursus. Lutfiya tidak sabar hendak berjumpa dengan Mirza Ukail.

“Terima kasih, ibu..” perlahan suara Mirza Ukail sambil tersenyum memandang wajah ibunya yang tidak pernah putus asa berdoa dan jaga anak sulungnya itu.

“Cepatlah baik, abang! Boleh kita bawa ibu jalan-jalan.” Ujar Mimi Umairah adik bongsunya itu.

Mimi Umairah dapat luangkan masa bersama abangnya kerana musim cuti sekolah ketika itu.

“Insyaallah. Kita sama-sama doa abang cepat baik ya.”

Mirza Ukail bertuah mempunyai ibu yang cukup tabah dan sentiasa bersama dengannya.

Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Pintu bilik diketuk. Masing-masing ingat jururawat yang datang. Rupa-rupanya Lutfiya. Mirza Ukail terkejut. Bertambah terkejut melihat perubahan fizikal Lutfiya yang sudah bertudung itu.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam. Masuklah, Fiya. Mirza dah sedar ni.”

Mirza Ukail sekali lagi terkejut. Ibunya cukup mesra dengan Lutfiya. Apa sudah jadi? Dalam dua bulan lebih dalam keadaan dia koma, macam-macam telah berlaku.

Perlahan-lahan Mirza Ukail cuba menyandarkan tubuh badannya yang lemah ke kepala katil dengan dibantu ibu dan adiknya.

“Kak Fiya, esok sabtu Kak Fiya tak keja kan? Teman Mimi pegi KL boleh?”

“Boleh insyaallah.”

“Yes!”

Mirza Ukail diam. Matanya masih memandang Lutfiya yang sedang berborak mesra dengan ibunya. Lutfiya tersenyum. Perlahan-lahan dia mendekatkan dirinya dengan Mirza Ukail.

“Syukur awak dah sedar.”

“Saya tak perlukan awak sekarang!”

Semua orang terkejut apabila perkataan itu keluar dari mulut Mirza Ukail.

“Mirza, kenapa cakap macam tu dekat Fiya?”

“Suruh dia keluar, ibu.”

Tajam pandangan mata Mirza Ukail. Lutfiya faham dan dia sedar. Mirza Ukail masih belum dapat menerima dirinya. Walaupun Lutfiya ketika itu langsung tak mengharapkan Mirza Ukail kembali pada dirinya tetapi dia cuma mahu Mirza Ukail maafkan dirinya setelah apa yang berlaku sebelum ini.

“Tak apa. Saya keluar.”

Lutfiya tersenyum memandang ibu Hashimah dan Mimi lalu dia terus keluar.

“Kenapa abang buat kak Fiya macam tu? Tak baik tau. Sian kak Fiya. Masa abang koma, Kak Fiya yang jaga abang selain ibu. Dia banyak bantu ibu tau.” Ujar Mimi berterus terang.

Mirza Ukail diam. Degil dan takkan mudah percaya dan terpengaruh dengan apa yang Lutfiya sedang lakukan padanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 03:37 PM | Show all posts
Mirza Ukail sudah dibenarkan pulang ke rumah oleh doktor. Kesihatannya semakin pulih. Dan sepanjang tempoh itu, Lutfiya langsung tidak kelihatan di hospital tersebut. Namun setiap perkembangan diri Mirza Ukail akan sentiasa di update oleh Mimi kepada Lutfiya.

Mimi mula menaip mesej pada Lutfiya bahawa mereka sudah dibenarkan pulang ke rumah. Lutfiya gembira dengan berita tersebut. Selagi Mirza Ukail tidak memaafkan dirinya, selagi itu hatinya tidak tenang.



                                                                         **********



Lutfiya ziarah kubur arwah suaminya. Setelah selesai baca yasin, dia mengusap batu nisan perlahan-lahan.

“Tenanglah abang di sana.”

Lutfiya memakai kembali spek mata hitamnya. Kemudian perlahan-lahan dia berjalan menuju ke keretanya. Tiba-tiba handphonenya berdering. Tertera nama Mimi.

“Hello, Mimi.”

“Kak, datanglah rumah.”

“Abang ok ke?”

“Datang je kak..ibu rindu dekat akak.”

“Yeke? Tapi akak risau lah. Abang Mirza tu masih marahkan akak. Akak tak nak rosakkan mood dia.”

“Alaaa akak ni. Ibu yang suruh datang. Kita orang dekat rumah sewa abang tau. Jangan akak pegi ipoh plak.”

Mereka berdua ketawa kecil.

“Akak datang tau.”

“Yelah. Insyaallah.”

Panggilan dimatikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 03:45 PM | Show all posts
Ushair Fahmi mengangkat masuk beg pakaian ibu Hashimah masuk ke dalam bilik tetamu. Mirza Ukail merebahkan punggungnya di atas sofa. Diam dia dari tadi.

“Mak cik pergilah rehat dulu. Nanti kita makan sama-sama.” Ujar Ushair sambil tersenyum lalu duduk bertentangan dengan Mirza Ukail.

Ibu Hashimah dan Mimi masuk ke dalam bilik tetamu. Ushair memandang kawan baiknya itu.

“Rindunya aku kat ngko..”

Mirza Ukail terus memandang ke wajah Ushair Fahmi.

“Aku rasa macam kehilangan sesuatu.”

Ushair Fahmi terus terigat akan pesan Ibu Hashimah bahawa jangan sebut lagi pasal kematian Nur Jannah pada Mirza Ukail buat masa ini. Biar anaknya itu sembuh sepenuhnya.

Mirza Ukail tiba-tiba terpandang satu gambar dalam frame kecil di satu sudut meja.

“Alamak.. aku lupa nak simpan gambar Jannah la!” bisik hati Ushair lalu terus bangun mengambil frame gambar tersebut.

“Nanti! Bagi aku gambar tu.”

“Tapi..”

“Bagi aku.”

Ushair Fahmi terpaksa akur. Ibu Hashimah curi dengar di sebalik pintu bilik.

“Perempuan ni.. Jannah kan? Jannah..  Jannah mana? Ya Allah..” Mirza Ukail memegang kepalanya sambil cuba mengingati kembali apa yang telah berlaku.

“Mirza..ngko ni!” Ushair Fahmi menolong Mirza Ukail duduk semula.

“Mana Jannah aku? Aku langsung tak nampak dia semenjak aku sedar. Mana dia, Ushair?”

“Mirza anak ibu..”

Mirza Ukail dan Ushair Fahmi terus memandang ke arah ibu Hashimah. Mirza Ukail bangun lalu berdiri berhadapan dengan ibunya.

“Anak ibu kuat kan?”

Kuat genggaman tangan ibu Hashimah itu.

“Mana Jannah, ibu?”

Bergenang airmata ibu Hashimah ketika itu.

“Jannah dah bertemu dengan Maha Pencipta. Dia meninggal ketika kemalangan tu.”

Mirza Ukail diam. Airmata jantan mula jatuh membasahi pipi.

“Dia tak dapat diselamatkan. Allah lebih sayangkan dia.”

“Yang Mirza ingat masa Mirza gerakkan kereta ke jalan, ada kereta laju yang langgar kereta kami.”

“Kereta yang laju tu kereta suami saya.”

Semua sekali memandang ke arah suara itu. Lutfiya terpacak berdiri di muka pintu.


                                                                    **********


Ramona menyandarkan tubuh badannya di kerusi empuk itu. Kemudian dia terpandang laci disebelahnya. Perlahan-lahan laci pertama ditariknya. Terdapat sekeping gambar. Diambilnya gambar itu lalu ditatap.

“Dah hampir 3 bulan abang tinggalkan Mona.. Mona tak pernah lupakan abang.”

Tok! Tok! Tok!

Dengan cepat Ramona mengesat airmatanya lalu menyimpan kembali gambar itu di dalam laci.

“Masuk.”

Dayyan muncul di muka pintu. Manis senyumannya!

“Hai sayang.”

“Dayyan. Masuklah.” Ajak Ramona sambil membalas senyuman itu.

Dayyan duduk bertentangan dengan Ramona. Dayyan senyum.

“Kenapa pandang macam tu?”

“Merah dah muka dia..”

Mereka berdua saling berbalas senyuman.

“Bila saya boleh masuk meminang awak?”

Perghh!! Dayyan berterus-terang. Terdiam Ramona.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.595143 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list