CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

~kisah hati~ TAMAT

[Copy link]
 Author| Post time 22-5-2015 03:49 PM | Show all posts
“Keluar!”

Lutfiya terdiam dengan herdikan dari Mirza Ukail itu.

“Mirza, ibu tak pernah ajar anak ibu bercakap kasar macam tu dengan tetamu.”

“Mirza tak nak tengok muka dia, ibu.” Terus Mirza Ukail berjalan pantas menaiki anak tangga dan terus masuk ke dalam biliknya.

Lutfiya hanya diam memandang sahaja. Ushair Fahmi perlahan-lahan mendapatkan Lutfiya.

“Maafkan dia ya, Fiya.”

“Tak apa. Fiya faham.”

“Masuklah dulu.”

“Fiya rasa Fiya balik dulu lah.”

Ibu Hashimah memegang tangan Lutfiya.

“Maafkan anak mak cik. Dia masih belum dapat menerima apa yang berlaku pada diri dia.”

“Saya faham..saya faham.” Lutfiya sebak.

Ibu Hashimah terus memeluk Lutfiya dengan erat sekali. Ushair Fahmi bersimpati dengan keadaan Lutfiya.


                                                         
                                                                **********


Mirza Ukail masih berehat di rumah. Keadaannya semakin pulih sepenuhnya. Dia cuba untuk berbaik dengan Lutfiya tetapi masih belum dapat bersemuka dengannya.

Lutfiya juga selepas dari kena halau dengan Mirza Ukail tempoh hari, langsung dah tak datang ke rumah tersebut. Dia memberi ruang kepada Mirza Ukail untuk bertenang.

Ushair Fahmi laju menuruni anak tangga.

“Mari makan dulu, Ushair.”

Jemput Ibu Hashimah sambil menuang air kopi ke dalam cawan.

“Sedap ibu aku masak ni.” Puji Mirza Ukail lalu mengunyah karipap panas itu.

“Saya dah lambat ni, mak cik.”

“Jamu la sikit.”

Ushair Fahmi kalah. Dia menarik kerusi lalu duduk.

“Kau nak ke mana ni? Kelam kabut je.”

“Dating.”

“Hah?”

Ushair Fahmi ketawa kecil.

“Ada appointment dengan client la.”

“Bikin suspen boleh..” Mirza Ukail hampir tersedak.

Ibu Hashimah tersenyum simpul.

“Jangan terkejut kalau aku kahwin dulu.”

“Hahahaha..hhahaha” Mirza Ukail gelak sindir.

“Ngko gelak la puas-puas ye. Mak cik, saya gerak dulu. Adios!”

“Ceh!”

Ushair Fahmi mengambil kunci keretanya lalu terus keluar rumah.

“Ushair dah ada girlfriend ke, ibu?”

“Ibu tak nak masuk campur.”

“Pulak..”



                                                                  **********


Selalunya hari minggu ni Lutfiya akan pergi gym ataupun kayuh basikal di taman berhampiran kawasan rumahnya. Tetapi pada hari sabtu ini dia akan keluar dengan Ushair Fahmi. Semalam dia dapat mesej dari lelaki itu. Ajak keluar!

Lutfiya berdebar sepanjang menunggu kedatangan Ushair Fahmi. Mungkin ini peraturan yang telah dirancang oleh-Nya. Sepanjang Mirza Ukail koma, kerap juga dia bertemu dengan Ushair Fahmi di hospital itu. Namun hanya sembang biasa sahaja. Tetapi dia nampak keserasian dia bersama dengan Ushair Fahmi.

Ponnn! Ponn!!

Lutfiya tersenyum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2015 03:51 PM | Show all posts
Semasa di dalam kereta.

Lutfiya memandang Ushair Fahmi yang sedang kusyuk memandu itu.

“Awak nak bawa saya ke mana?”

“Adalah..”

Lutfiya tersenyum sendirian. Ushair Fahmi ketawa kecil.

“Cantik awak ari ni.”

“Hah? Yeke? Biasa je lah.”

Tiba-tiba handphone Lutfiya berdering. Tertera nama ‘kak mona’ di skrin.

“Mirza ke?”

“Eh, tak la.”

Ushair Fahmi sedikit lega. Panggilan itu dijawab.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam, Fiya. Fiya sihat?”

“Kak Mona memang baik. Macam dulu jugak. Aku yang jahat sakitkan hati dia. Rampas hak dia.” Bisik hati Lutfiya.

“Fiya..”

“Ya, kak. Fiya sihat Alhamdulillah. Akak?”

“Akak pun ok. Macam biasa.”

“Fiya minta maaf ya, kak. Fiya banyak sangat dosa dengan akak.”

“Dah lah tu, Fiya. Akak dah lama maafkan Fiya. Akak terima apa yang telah ditentukan.”

“Kak Mona memang baik.” Lutfiya menangis.

Ushair Fahmi hanya diam dan mendengar sahaja.

“Dah. Tak nak nangis. Ni akak nak bagi tahu ni.”

“Apa, kak?”

“Akak nak kahwin.”

“Hah? Yeke, kak?”

“Ya.”

“Tahniah kak!” Lutfiya kembali ceria.

“Nanti akak pos kad dekat Fiya, ya?”

“Boleh..boleh! Seronoknya saya dengar.”

“Doakan untuk kebahagiaan akak ya.”

“Insyaallah. Akak perempuan yang baik. Pasti suami akak tak menyesal dapat akak.”

Ushair Fahmi diam. Memang dia tak salah! Lutfiya dah banyak berubah.


                                                                  **********


Mirza Ukail rindu. Rindu pada Nur Jannah! Dia bersendirian di dalam bilik. Ditatapnya gambar Nur Jannah.

“Abang rindu sangat dekat Jannah. Abang tak dapat lupakan Jannah. Kenapa Jannah tinggalkan abang? Kenapa?”

Mirza Ukail menangis sendirian. Dari segi mental, ya..dia masih lemah! Dia masih ingat akan Nur Jannah. Dia masih belum dapat menerima hakikat Nur Jannah telah pergi meninggalkan dirinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 03:53 PM | Show all posts
Edited by momey at 22-5-2015 03:57 PM

Ushair Fahmi memberhentikan keretanya di Jambatan Seri Wawasan Putrajaya. Signal kiri dinyalakan.


“Buat apa kita kat sini?” tanya Lutfiya sambil membuka tali pinggang keledar.

“Jom ikut saya.” Ujar Ushair Fahmi yang wajahnya ada iras-iras Fahrin Ahmad.

Lutfiya mengikut ajakkan Ushair Fahmi. Mereka berdua berjalan menuju ke dinding jambatan itu.

“Nampak tak rumah tepi tasik tu?”

Lutfiya memandang rumah mengikut jari yang ditunjuk.

“Nampak. Kenapa?”

“Rumah tu akan jadi rumah kita nanti.”

“Hah?”

Lutfiya terkejut bukan kepalang dengan kata-kata Ushair Fahmi itu.

“Saya tak faham.”

Ushair Fahmi tersenyum. Dipegangnya tangan Lutfiya yang halus mulus itu.

“Biar saya berterus terang. Saya susah nak dekat dengan perempuan. Susah nak percaya perempuan. Saya tak tahu, kenapa setiap kali saya melihat dan jumpa Fiya..hati saya berdebar-debar. Saya fikir ini mainan perasaan. Saya cuba untuk alih perhatian. Tak berjaya. Yang membuatkan saya kuat mengatakan
Fiya adalah yang terbaik untuk saya, saya nampak Fiya ikhlas untuk berubah. Ketara semasa Fiya jaga Mirza di hospital semasa dia koma tu.”

Lutfiya diam mendengar dengan teliti setiap butiran yang keluar dari mulut Ushair Fahmi.

“Saya tahu saya macam tergesa-gesa membuat keputusan. Tapi saya tak nak orang yang saya dah mula rasa sayang dan cinta terlepas ke tangan orang lain.”

Baru sahaja Lutfiya hendak bercakap, Ushair Fahmi meletakkan jarinya di mulut Lutfiya.

“Saya yakin Fiya jodoh saya. Saya nak melamar Fiya sebagai ratu hati saya untuk selamanya.”

“Fiya bukan perempuan yang baik.”

“Semua orang ada kisah silam. Saya cinta dan sayang Fiya yang sekarang, bukan yang dulu.”
Berkaca mata Lutfiya.

“Itu isi hati saya. Saya tidak memaksa Fiya untuk menerima saya. Fiya dah besar dan boleh buat keputusan sendiri. Saya bagi masa untuk Fiya berfikir apa yang saya katakan ni.”

Ushair Fahmi senyum.

“Awak dah curi hati saya, Fiya..”

Lutfiya tertunduk malu. Adakah ini yang telah ditakdirkan untuk dirinya?

**********

Hari berganti hari.

Lutfiya bersama Ushair Fahmi hadir di majlis perkahwinan Ramona bersama Dayyan yang sederhana konsepnya. Sedondon mereka berdua mengikut tema warna pastel.

Ramona yang dari jauh nampak kehadiran Lutfiya terus berjalan memanggil sambil tersenyum lebar.
Mereka berdua peluk dengan erat sekali.

“Tahniah, kak.”

“Terima kasih.”

Ushair Fahmi bersalam dengan Dayyan.

“Siapa lelaki macho sado ni?”

Lutfiya tersenyum-senyum sambil memandang Ushair Fahmi. Kemudian dia memandang kembali Ramona.

“Bakal suami saya.”

“What? Alhamdulillah.”

Mereka semua tersenyum gembira.

“Eh, jom la makan.”

Mereka semua berlalu pergi ke meja makan


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 03:56 PM | Show all posts
Mirza Ukail sudah mula bekerja. Sengaja dia menyibukkan diri supaya dia leka dari mengingati Nur Jannah.
Mirza Ukail terserempak dengan ibu Lutfiya, Datin Zaiton semasa hendak membancuh air kopi di pantry.

“Mirza ok?”

“Alhamdulillah ok.” Mirza Ukail sedaya upaya cuba mengubah dan kuatkan diri menempuh alam baru..tanpa Nur Jannah!

“Nanti jangan lupa datang tau. Tapi Fiya cakap nak buat simple-simple je.”

Mirza Ukail terkejut. Betul-betul terkejut.

“Datang? Ada apa, datin? Saya tak tahu apa-apa ni.”

Alamak! Datin Zaiton terlepas cakap rupanya. Apa harus dia jawab?

“Ermm..”

“Fiya nak kahwin?”

Perlahan-lahan Datin Zaiton mengangguk kepalanya. Mirza Ukail melepaskan nafasnya.


                                                                 **********


Ushair Fahmi memberhentikan keretanya betul-betul depan pintu pagar rumah Lutfiya. Mereka berbalas pandangan.

“Awak dah bagi tau Mirza pasal hubungan kita?”

“Belum.”

Lutfiya diam. Dia masih mengharapkan Mirza Ukail maafkan dirinya.

“Jangan risau. Nanti kita sama-sama jumpa dia ok?”

Lutfiya mengangguk sambil tersenyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 03:59 PM | Show all posts
Mirza Ukail sampai di rumah tepat pukul 8 malam. Ibu dan adiknya sudah pulang ke halaman kampung.
Dia merebahkan diri di sofa. Matanya dipejam. Kedengaran bunyi tapak kaki turun dari tangga. Sudah tentu Ushair Fahmi!

“Ada benda aku nak cakap dengan kau.” Kata Mirza Ukail yang matanya masih terpejam.

Ushair Fahmi berjalan lalu duduk di sofa.

“Apa?”

Perlahan-lahan Mirza Ukail membuka matanya.

“Fiya nak kahwin.”

Ushair Fahmi membeliakkan matanya tanda terkejut. Diam.

“Diam tak diam dah nak kahwin.”

“Erm..macam mana kau boleh tahu?”

“Datin Zaiton. Terjumpa dia kat pantry. Dia terlepas cakap agaknya. Dia bajet aku tahu.”

“Owh.”

“Lupa pula aku nak tanya dengan siapa Fiya nak kahwin tu.”

“Kalau tahu pun, kau nak buat apa?” Ushair Fahmi sedikit lega buat sementara ini kerana Mirza Ukail masih belum tahu siapa pengantin lelaki itu. Bukan niat dia untuk menyembunyikan hubungan itu, Cuma menunggu masa yang sesuai.

Mirza Ukail memandang Ushair Fahmi.

“Apasal kau pandang aku macam tu?”

“Nampaknya dia boleh lupakan aku. AKu sahaja masih belum dapat lupakan Nur Jannah.”

Mirza Ukail mengeluh. Kemudian dia bangun lalu meniti anak tangga. Ushair Fahmi hanya diam membisu.


                                                                       **********


Lutfiya merebahkan dirinya disofa bersebelahan dengan ibunya.

“Mama..”

“Ya, sayang.”

“Nak ke Mirza maafkan Fiya?”

“Eh, bila sebut pasal Mirza..mama jumpa dia dekat pantry tadi. Fiya belum bagi tahu dia ke yang Fiya nak kahwin?”

“Belum. Kad pun belum edar lagi kan. Siapa pun tak tahu lagi kat opis tu.”

“Patutlah.”

“Kenapa, mama?”

“Mama terlepas cakap. Mama ingat Fiya dah bagi tahu dia dah.”

“Hah? Habis apa Mirza cakap?”

“Dia diam je.”

Lutfiya mengeluh.

“Sampai sekarang Mirza tak dapat nak menerima Fiya, mama.”

“Dia pun manusia biasa, sayang.”

Datin Zaiton mengusap manja kepala anaknya.


                                                                      **********


Mirza Ukail terlupa nak ketuk pintu bilik Ushair Fahmi terlebih dahulu. Terus dibukanya bilik itu. Apalagi? Tersusun rapi barang hantaran di satu sudut bersebelahan katilnya. Beg tangan, jam, kasut tumit tinggi.. Pada masa yang sama, kebetulan Ushair Fahmi keluar pada malam itu.

“Barang hantaran siapa ni?”

Mirza Ukail masuk ke dalam bilik itu tanpa kebenaran. DIbeleknya satu persatu hantaran tersebut.

“Takkan dia nak kahwin?”

Kedengaran bunyi enjin kereta memasuki perkarangan halaman rumah. Dengan cepat Mirza Ukail keluar dari bilik itu dan terus masuk ke dalam biliknya. Kunci!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 04:00 PM | Show all posts
yes! momey settle kan hari ni gak la erk
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-5-2015 04:05 PM | Show all posts
Pada keesokkan harinya..

Mirza Ukail mengambil keputusan untuk mengekori Ushair Fahmi dari belakang. Dia mula rasa ada sesuatu yang disembunyikan darinya. Ushair Fahmi tidak sedar dirinya diekori. Tersenyum riang dia pada pagi itu untuk menjemput bakal isteri sarapan bersama.

“Eh, ni jalan nak ke rumah Fiya.” Mirza Ukail berhati-hati agak tak kantoi.

Kereta Ushair Fahmi berhenti di depan pintu pagar. Muncul Fiya dengan berbaju kurung moden dan selendang berwarna ungu itu berjalan lalu masuk ke dalam kereta bakal suaminya.

“What? Takkan diaorang…”

Mirza Ukail hentam stereng keretanya.

“Sampai hati kau Ushair simpan benda ni dari aku.”

Mirza Ukail terus mengekori Ushair Fahmi.


                                                                            **********


Sebaik tiba di kawasan parking berhadapan dengan sebuah gerai makan, Lutfiya dan Ushair Fahmi sama-sama keluar dari kereta.

“Fiya nak makan roti canai tau pagi ni..”

“Wokeh.”

“Assalammualaikum.”

Lutfiya dan Ushair Fahmi terus memandang ke arah suara yang cukup dikenali itu.

“Mirza..”

Tanpa banyak tanya dengan satu tumbukan merayap ke pipi kiri Ushair Fahmi.

“Sampai hati kau buat aku macam ni!”

“Mirza..apa ni?” Lutifiya cuba bantu Ushair Fahmi bangun.

“AKu sape dengan kau hah?! AKu ni kawan baik kau tau!”

“Mirza, awak jangan salahkan Ushair. Dia tak bersalah dalam hal ni. Lagipun kita dah tak ada apa-apa hubungan kan? Untuk apa lagi awak nak marahkan Ushair?”

“Hal ni tak ada kena mengena dengan kita pun. Awak jangan nak perasan sangat! Yang aku marah sangat ni dia sembunyikan hal yang penting macam ni dari aku! Aku kawan baik dia kot.”

Ushair Fahmi terdiam. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Mirza Ukail.

“Aku minta maaf. Bukan sengaja aku nak sembunyikan hal ni. Cuma aku tunggu masa yang sesuai.”

“Tunggu sampai nak nikah malam ni, pagi tu baru nak bagi tau aku? Macam tu? Bertuah punya kawan!”

“Aku ada alasan sendiri.”

“Alasan supaya dapat kenakan aku? Macam tu?”

“Aku tahu kau masih berduka..fikir pasal Jannah. Aku tak nak tambahkan luka kau lagi. Aku cuba cari masa untuk beritahu hal sebenar pada kau. Kau sahabat aku, Mirza. Susah senang kau selalu bersama aku. Aku tak pernah pun fikir nak singkirkan kau.”

Mirza Ukail berkaca matanya. Perlahan-lahan anak matanya menoleh memandang Lutfiya.

“Bertuah awak dapat Ushair sebagai suami. Dia lelaki yang baik. Jangan sia-siakan jodoh yang Allah tentukan ini. Betul saya cakap kan, kita memang tak ada jodoh untuk hidup bersama.”

“Maafkan saya, Mirza. Saya dah banyak menyusahkan hidup awak. Tambah-tambah arwah suami saya. Disebabkan dia bakal isteri awak..”

“Hidup kita ni singkat je. Gunakan sebaik mungkin peluang yang Allah bagi ni. Aku doakan korang berdua hidup bahagia bersama hingga ke syurga Allah.”

Akhirnya airmata jatuh juga.

“Aku maafkan korang berdua. AKu harap Allah terus berikan aku kekuatan untuk aku teruskan hidup selepas ini.”

Ushair Fahmi terus menarik tubuh Mirza Ukail lalu erat pelukkannya itu.

“Aku sayangkan kau, Mirza. AKu doakan yang terbaik untuk kau, semoga kau dipertemukan dengan pilihan hati yang terbaik.”

Pelukkan itu dibalas. Erat sekali! Lutfiya sayu dan tersentuh hati melihat kedua-duanya berbaik semula.


                                                                     **********


Ushair Fahmi dan Lutfiya di arak ke pelamin persandingan. Sungguh cantik Lutfiya pada hari perkahwinannya itu. Bagaikan putera dan puteri raja!

Dari jauh kelihatan Mirza Ukail bersama ibu dan adiknya tersenyum dan mendoakan yang baik-baik untuk pasangan pengantin tersebut.

“Ya Allah.. jika ini corak perjalanan hidupku, aku terima. Aku redha, Ya Allah. Aku doakan kedua pasangan ini terus hidup bahagia bersama hingga ke syurga Mu. Jannah, tenanglah dikau di Sana. Doa abang sentiasa bersama mu.” Mirza Ukail tersenyum sendirian.

“Mirza, tolong ibu ambilkan air.”

“Boleh. Kejap ya.”

Mirza Ukail bangun. Sebaik dia bangun dia dengan tidak sengaja terlanggar seorang gadis bertudung dan berbaju kebaya. Mereka berdua bertentangan mata.

“Jannah?”

Gadis itu kehairanan. Ya! Rupa parasnya mirip arwah Nur Jannah.

“Maaf. Saya bukan Jannah.” Gadis itu tersenyum lalu terus berjalan keluar dari dewan itu.

Mirza Ukail tersenyum sendirian. Kemudian dia berpaling memandang pengantin di belakangnya. Ushair Fahmi membuat syarat tabik spring pada dirinya! Dia tersenyum.



Sekian, Tamat
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 04:36 PM | Show all posts
Edited by zameyla at 22-5-2015 04:37 PM

tamat dah??

Apa2 pun best crita nie, ingatkan novel yg panjang2 tu....
Thanks momey sbb crita best...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2015 04:42 PM | Show all posts
dh tamat..

igtkan Mirza dgn Ramona..


untk momey..

garap citer baru plak ye..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 04:45 PM | Show all posts
Tamat?

Iols tak sempat baca lagi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 05:24 PM | Show all posts
err.. pertumpahan darah?? rasa2 kehilangan darah lebih sesuai kot dlm situasi neh..

pulang ke halaman kampung.. bukan kampung halaman ka?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 05:24 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 22-5-2015 04:45 PM
Tamat?

Iols tak sempat baca lagi ni..

fuhhhh semputtttt... laju betul die abihkan citer neh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
zameyla replied at 22-5-2015 04:36 PM
tamat dah??

Apa2 pun best crita nie, ingatkan novel yg panjang2 tu....

Aah dh abis..
tq tau sudi bc smpai abis hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
awanjingga replied at 22-5-2015 04:42 PM
dh tamat..

igtkan Mirza dgn Ramona..

Hahahahaha mirza ngan ramona ka..meroyan la dayyan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 22-5-2015 04:45 PM
Tamat?

Iols tak sempat baca lagi ni..

Hahahaha nicki ni lawak la..
xpa..take time hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan replied at 22-5-2015 05:24 PM
err.. pertumpahan darah?? rasa2 kehilangan darah lebih sesuai kot dlm situasi neh..

pulang ke hal ...

Tq tau awak..momey tlepas pndang
mmuahh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2015 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan replied at 22-5-2015 05:24 PM
fuhhhh semputtttt... laju betul die abihkan citer neh

Hahahahaha terlajak laju plak kali ni
harap enjoy ya!
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 09:45 PM | Show all posts
qayyum mati
jannah pun mati
fiya tak dak jodoh ngan mirza..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 22-5-2015 09:45 PM
qayyum mati
jannah pun mati
fiya tak dak jodoh ngan mirza..

Xstuju ke huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 10:42 AM | Show all posts

amboiii hang cepat tol hang habiskan citer ni

x sempat nak rempit dah tamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.278388 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list