CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2393|Reply: 0

Wilshere Sedih, Kami Juga Sedih

[Copy link]
Post time 25-5-2015 12:39 PM | Show all posts |Read mode


[size=14.8800001144409px]LONDON – Pemain te-ngah Arsenal, Jack Wilshere mengakui akan kecewa dan sedih sekiranya mengetahui Arsenal mahu menjualnya semasa jendela perpindahan pemain dibuka Jun depan.
[size=14.8800001144409px]Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu masih lagi optimis mampu kekal bersama The Gunners kerana perbincangan mengenai masa depannya masih belum diputuskan oleh pengendali, Arsene Wenger.
[size=14.8800001144409px]Menurut Wilshere, dia pasti akan menghadapi kesukaran sekiranya beraksi bersama pasukan lain kerana sudah sebati dengan taktikal dan formasi yang sering digunakan oleh Arsenal.
[size=14.8800001144409px]Namun, dia juga tidak menolak kemungkinan akan digugurkan sekiranya gagal menandingi rakan sepasukan lain seperti Santi Cazorla dan Aaron Ramsey yang berada pada puncak prestasi.
[size=14.8800001144409px]“Saya akan kecewa sekiranya mengetahui Arsenal berhajat mahu menjual saya kerana saya hanya mahu bermain bersama Arsenal. Adalah sesuatu yang pelik sekiranya saya membuat kemunculan bersama pasukan lain.
[size=14.8800001144409px]“Saya sudah bersedia untuk diturunkan setelah berehat panjang. Saya mahu diberi masa yang lebih untuk beraksi di atas padang pada perlawanan terakhir musim ini.
[size=14.8800001144409px]“Saya mempunyai impian untuk menjadi legenda Arsenal dan beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara musim depan. Saya juga mahu nama saya terus terpahat dalam senarai kesebelasan utama England,” kata Wilshere.
[size=14.8800001144409px]Sebagai rekod, Wilshere hanya muncul dalam 13 penampilan setakat ini dan terpaksa berehat lama kerana mengalami kecedera-an belakang yang serius.
[size=14.8800001144409px]– Agensi
[size=14.8800001144409px]Pee/Ass : Kosmo Online!
[size=14.8800001144409px]              : Budak Arsenal,Perak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.599621 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list