View: 29171|Reply: 237
|
[Tempatan]
Majalah Gila-Gila hampir cecah 40 tahun
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 26-5-2015 08:52 AM
Pameran ini sempena meraikan usia majalah Gila-Gila lebih 30 tahun di negara ini.
SAAT kaki melangkah masuk ke Galeri Petronas, Suria KLCC, Kuala Lumpur kedengaran gelak ketawa daripada para pengunjung yang rata-rata terhibur dengan karya pada pameran Lagi-Lagi Gila-Gila (LLGG).
Pameran yang berlangsung sehingga 15 Julai 2015 itu merupakan sebuah acara yang memapar koleksi terbesar karakter majalah ikonik negara, Gila-Gila.
Majalah Gila-Gila merupakan sebuah naskhah humor yang mula diedarkan pada 1 April 1978. Ia diterbitkan secara bulanan oleh Creative Enterprise.
Komik tersebut diterima ramai sebagai bahan penting sejarah tanah air dalam menyingkap minda kreatif terbilang kartunis tersohor negara.
Pameran tersebut diadakan bagi meraikan penglibatan majalah itu sepanjang lebih 30 tahun peranannya menghibur peminat kartun tempatan.
“Niat asal kita adalah untuk membuatkan orang ketawa menerusi bakat melukis dan kreativiti sendiri.
“Kami menghasilkan kartun daripada watak tempatan dan dipersembahkan dalam pelbagai topik merangkumi politik, masyarakat dan isu semasa,” ujar Jaafar Taib, Pengasas Gila-Gila dan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Katanya, menerusi majalah tersebut, para kartunis mempunyai peluang dan hak istimewa untuk membuat orang ketawa.
Di samping ketawa dan berseronok, para pengunjung pameran tersebut berpeluang meneroka bakat lukisan tangan dan mewarna yang ada pada barisan kartunis tersohor tempatan.
“Kemahiran dan teknik melukis masih kekal di sebalik ledakan inovasi teknologi komputer dan percambahan media digital pada masa kini.
“Saya masih menikmati kaedah melakar lukisan menggunakan pena atau pensel pada permukaan kertas kerana ia dapat mengimbau kembali era sebelum digital,” jelas Jaafar.
Pameran Lagi-Lagi Gila-Gila turut menonjolkan kemampuan intelektual dalam kalangan kartunis mengguna elemen humor dan kemanusiaan dalam mempersembahkan sesuatu isu kepada penonton.
Lebih daripada 200 buah karya asal majalah Gila-Gila dipamer, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung meneroka ikon budaya dan imej tempatan yang cukup popular suatu ketika dahulu.
Pengarah Galeri Petronas, Rosli Abdul Rahim berkata, kartun merupakan medium yang sesuai untuk merealisasikan introspeksi dan kreativiti.
“Kejayaan sesebuah cerita kartun bukan sahaja kerana ia mencuit hati malah dapat memberi kefahaman mendalam dan menguji minda intelek.
Pengunjung berpeluang mempelajari dan melihat kehebatan kartunis melukis.
“Cukup menarik apabila kita dapat meneroka moral cerita dan pemikiran awam pada era 1980-an dan 1989-an. Inilah cara terbaik untuk memahami hal ehwal semasa ketika itu,” katanya.
Antara koleksi yang dipamerkan termasuk naskhah terawal majalah Gila-Gila, sedutan kata, lakaran kartun sidang editorial, skrip kartun, penulisan intelektual, dan standee karakter kartun.
Antara segmen popular Gila-Gila yang dipaparkan termasuk Jungle Jokes dan Kalau oleh Jaafar Taib, Perwira Mat Gila (Rejabhad), From Taiping With Love (Rasyid Asmawi) serta Lagak A. Mahmud (Fatah Ngah).
Pameran tersebut juga adalah sejajar dengan falsafah Petronas untuk menyemai bakat artis tempatan selain mempromosi pembangunan seni di Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
majalah Ujang lagi best...ni dah kena penyakit berlumba bukak thread kaaa? ada incentive ka? patut admin buat/bagi incentive utk create nick manyak.. @lavazinc |
|
|
|
|
|
|
|
majalah Gelihati, Batu Api dh berkubur |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dinafikan majalah ujang pada awal2 dulu mmg best. Tp aku tetap suka majalah gila2...penuh nostalgia. |
|
|
|
|
|
|
|
ujang lagi legend..teringat zaman kecik2 |
|
|
|
|
|
|
|
GILA-GILA...
Aku membesar dgn majalah kartun ni..hujung 80an-mid 90an..Dan antara sbb utama yg membuatkan aku nak sgt belajar membaca (masa umur 6 tahun) ialah Gila-Gila inilah.Sbb nak sgt baca kartun2nya.Then Alhamdulillah slps tu, umur 8 tahun dah boleh membaca dgn lancar, so sekali dpt Gila-Gila yg baru keluar masa tu, satu hari tak buat benda lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ye samalah..Majalah Ujang mmg best, tp Gila-Gila itu nostalgia.
Itu perbezaan tp persamaannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bg kamu masa kecik, tp bg kami majalah Ujang tu ketika zaman sekolah menengah.So bg kami Gila-Gila yg jauh lrbih dulu ada lg iut yg legend dan nostalgia.Kartunis Ujang itu pun asalnya dari majalah Gila-Gila.
Imuda pun adlh kartunis sambilan Gila-Gila di awal 90an dgn kartunya, Yushimura.
|
|
|
|
|
|
|
|
TT ni pandai matematik ke tidak? 2015 - 1978 = 37 tahun. Kena ubah tajuk tu, Gila Gila hampir 40 tahun..
Bagi aku kartunis Ujang antara penyumbang terbesar kepada populariti Gila-Gila & bila Ujang keluar dari Gila-Gila dan menerbit majalah Ujang, Gila-Gila terus sendu sambutannya. Berkenaan majalah Ujang, semenjak kartunis Ujang keluar dari majalah Ujang aku terus stop membeli.. kurang selera aku nak membacanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
zaman sekolah dulu mmg x boleh hidup xde majalah ni..
suka btul... |
|
|
|
|
|
|
|
ayub anak tulakang, a mamud, pst, aku budak minang, pepatah petitih, mat romeo, kartun pak jab yg pasal ada nyamuk serang kg (lupa nama siri tu), dll memang terbaik...... gambar keta sport rim besar zainal buang hussein pon dah top semula......
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 26-5-2015 08:15 AM
gila2 ni ada lg rupanya
dulu masa kecik selalu pinjam yg jiran punya
suke baca time bulan puasa
3 dara pinggitan lah, pastu yg kartun dia mcm kartun lat tu lupa tajuk tp selalu naik vespa, awek dia nama moon.
kalo x gila2 layan ujang, dedua pun best. bulan 3 baru2 ni beli ujang masa kt sepital tak sangka masih ade lg majalah lawak ni..sapa2 masih ade majalah lawak ni yg lelama bestnya nk baca la.yg iols punya kt kg sah2 dah kena bako huhuhu.. pdhal best tu kalo dpt baca blk, paling best edisi ramadhan ngn raya la.edisi bumber kulit keras dan tebal, paling igt yg bumber aidilfitri tahun 94 masa iols darjah 3, lawa je gambo watak2 kartun ni pkai baju raya belaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Gua layan APO? je... tu pun sebab LAMBOK lukis, |
|
|
|
|
|
|
|
kdg2 beli jgk gila-gila wpun bukan tiap2 bulan
sekali sekala baca release tension |
|
|
|
|
|
|
|
ujang pun asal dr gila2.... mmg nostalgia hbis la gila2 ni.... tak tahu plak masih ade lg gila2 ni.....
|
|
|
|
|
|
|
|
from taiping with love ka? zaman 80an 90an... zaman gemilang gila2.... teringat zaman kecik2 dulu....
dulu mana ade hiburan lain.... tv pun start kul 4 ptg hahah
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku layan apo? dengan ujang..baru2 ni nampak gila-gila macam tak best je,aku beli ujang
|
|
|
|
|
|
|
|
gila2 ni asalnya amik idea majalah mad
font gila2 pun sama dgn mad
kalau x silap mascot pun hampir sama |
|
|
|
|
|
|
| |
|