CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1346|Reply: 2

Hadiah Brothers buat peminat

[Copy link]
Post time 26-5-2015 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Hampir 10 tahun tidak muncul dengan album, kumpulan nasyid Brothers kembali memeriahkan industri muzik menerusi album terbaru mereka berjudul Sabar.
Album yang mengambil masa tiga tahun penghasilannya itu adalah hadiah buat peminat setia yang banyak menyokong kerjaya seni mereka selama ini.
Kumpulan yang dianggotai oleh Syah, Yasin, Faiz dan Salleh itu memilih 2015 sebagai tahun mempromosikan album Sabar sebagai tanda mengenang penubuhan kumpulan ini yang menginjak usia 20 tahun.
Yasin ketika ditemui berkata, selama ini mereka tidak pernah berpecah dan masih berhubung di antara satu sama lain.
Namun, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri dan kerja yang dilakukan menyebabkan mereka tidak berpeluang bersatu menghasilkan album baru.
“Idea menghasilkan album baru ini sebenarnya sudah lama atas sebab masing-masing sibuk dengan komitmen lain ia sering tertunda.
“Namun, selepas sering berjumpa dan masing-masing menyuarakan hasrat mahu kembali bersatu dengan album baru, kami cuba juga menghasilkan lagu-lagu baru.


“Lima lagu baru berjaya disiapkan dan selepas tiga tahun terhasillah album Sabar ini.
“Bagi mengembalikan ingatan penonton terhadap kami, 10 lagu daripada lagu-lagu popular kami turut dimuatkan di dalam album ini,” kata Yasin mewakilii teman-teman yang lain.
Antara lagu yang dimuatkan di dalam album Sabar ialah Teman Sejati, Demi Cinta, Kamaresyah, Tawakallah, Allahuma dan banyak lagi.



Bercakap mengenai album ini, berikutan lama tidak muncul bersama album baru, mereka turut mempunyai perancangan untuk mengadakan persembahan dan promosi jelajah dalam tempoh dua tahun akan datang.
“Lama berdiam diri, kemunculan album baru ini juga semangat untuk kami mengadakan pelbagai promosi untuk kembali mewarnai industri muzik.


“Dalam pada itu, kami turut mengadakan kempen mempromosikan kesabaran dan ‘anti stress’ melalui album ini yang juga menggunakan tajuk Sabar.
“Melalui kempen ini, di samping menyanyi kami juga akan berkongsi mengenai kempen berkenaan,” kata Yasin lagi.





Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2015 @ 10:24 AM

BROTHERS kembali dengan album baru.









- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53253#sthash.wlyaoGT3.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2015 02:48 AM | Show all posts
Selamat kembali
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 09:20 PM | Show all posts
good luck!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.062543 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list