CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2352|Reply: 1

“Saya belajar bermain bola sepak di jalanan”

[Copy link]
Post time 27-5-2015 11:31 PM | Show all posts |Read mode


Ketika mula dibeli Arsenal awal musim 2014/2015, ramai yang beranggapan bintang kelahiran Chile itu pasti bergelut untuk menyesuaikan diri kerana EPL terkenal dengan corak permainan jauh berbeza berbanding La Liga di mana Alexis Sanchez mewakili Barcelona sebelum berpindah ke England.
Begitupun, dia membuktikan bahawa tubuhnya yang kecil bukanlah penghalang untuknya melonjakkan karier dan kini, kelibatnya semakin digeruni terutama selepas meledak lebih 20 gol pada musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris.



Ikuti temubual dengan pemain kesayangan pengurus Gunners, Arsene Wenger itu:
SOALAN (S): Alexis, walaupun usia anda masih muda, anda sudah memiliki karier hebat selain pernah bermain di Amerika Selatan serta Eropah walaupun bermula dengan sebuah kelab kecil di Chile, Cobreloa. Bagaimana karier anda bermula?
ALEXIS SANCHEZ (AS): Saya meminati bola sepak sejak kecil dan saya mula mengenali bola sepak selepas kerap bermain di jalanan kerana kami tidak mempunyai padang rumput. Ada kalanya, kami bermain di padang yang dipenuhi lumpur dan di situlah bakat saya bermula.




(S): Apa yang dapat anda ingat pada perlawanan pertama anda mewakili Cobreloa?
(AS): Saya bermain dengan orang lebih tua dan bagi saya ia bukan masalah kerana saya sudah biasa bergaul dengan orang lebih tua berbanding saya. Ada kalanya saya bermain di posisi depan walaupun usia saya jauh lebih muda berbanding mereka. Saya pernah ditendang lawan kerana mereka tidak mampu menahan pergerakan saya dan faktor itulah yang memberikan motivasi buat saya.




(S): Ketika kecil, adakah anda menyaksikan perlawanan bola sepak di televisyen?
(AS): Saya hanya bermain bola sepak dan tidak pernah berpeluang menyaksikan perlawanan di televisyen. Saya suka bermain dan tidak begitu gemar menonton. Saya suka berada di atas padang dan biarkan orang lain yang melihat persembahan saya.



(S): Apakah saat paling gembira buat anda ketika masih di zaman kanak-kanak?
(AS): Kalau tidak silap, ia ketika saya memberitahu keluarga bahawa saya mahu menjadi pemain bola sepak profesional. Mulanya ia seolah-olah mimpi tetapi akhirnya ia menjadi kenyataan.



(S): Di mana anda belajar menjadi seorang pemain bola sepak sebenar?
(AS): Saya banyak belajar ketika berlatih di jalanan selain menyertai perlawanan persahabatan menentang pasukan kejiranan dan itulah senario sebenar di kebanyakan negara Amerika Selatan. Selain itu, saya juga belajar dari pelbagai kejohanan besar serta liga yang saya sertai.



(S): Mengapa anda memilih bola sepak dan memutuskan untuk terbabit di dalamnya?
(AS): Setiap kali bermain, saya dapat melupakan semua masalah dan saya seronok dapat berkumpul bersama rakan sepermainan di padang.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2015 11:32 PM | Show all posts
(S): Pada usia 26 tahun, anda sudah bermain untuk enam kelab berbeza iaitu Cobreloa, Colo-Colo, River Plate, Udinese, FC Barcelona dan Arsenal. Bagaimana anda melihat perkembangan anda dalam bola sepak?
(AS): Saya selalu berkata bahawa saya perlu mengambil satu langkah pada satu masa. Hingga kini, saya masih mengamalkan cara itu. Saya tidak berpindah dari kelab kecil ke besar secara serta merta. Saya mahu membuktikan kebolehan terlebih dulu sebelum cuba memikat kelab besar.


(S): Bagaimana anda membandingkan bola sepak ketika zaman kanak-kanak dan sekarang?
(AS): Saya menganggap bola sepak sebagai sukan tetapi saya tidak mahu lari daripada tanggungjawab sebagai seorang pemain. Saya sukakan cabaran dan saya masih lagi seperti dulu, saya seronok setiap kali di padang.



(S): Selepas memulakan karier di Amerika Selatan, anda diberi tawaran untuk bermain di Eropah sejak 2007. Walaupun pada usia muda, anda berani menerima tawaran itu. Sudah tentu ia bukan mudah dan adakah ia menghadirkan cabaran besar ?
(AS): Saya suka mencabar diri untuk melakukan perkara sukar dan saya memutuskan untuk datang ke Eropah kerana ramai yang beranggapan sukar untuk pemain Amerika Selatan beraksi di benua lain. Saya gembira kerana cubaan itu mendatangkan hasil tidak terduga buat saya.


(S): Anda mengharungi musim yang baik di Barcelona dan ia membuka peluang untuk anda mewakili kelab besar lain. Apakah yang anda jangka menjadi kunci kepada kejayaan karier profesional anda?

(AS):Saya rasa ia berpunca daripada keyakinan saya sendiri. Saya selalu percaya bahawa jika saya bermain dengan baik, pasti ada kelab besar yang berminat dengan saya.


(S): Adakah anda selesa bermain di posisi serangan?



(AS): Saya pernah bermain di ketiga-tiga posisi serangan tidak kira di tengah, kiri atau kanan. Saya boleh menyesuaikan diri dengan ketiga-tiga posisi itu. Sebagai seorang penyerang, anda perlu mengikut arahan jurulatih dan memastikan anda dapat memuaskan hati semua pihak.



(S): Bagaimana anda melihat Alexis Sanchez di luar padang?
(AS):Saya seorang yang pemalu dan saya tidak banyak membuang masa di luar. Saya suka berada di rumah, menonton televisyen. Apa yang paling menggembirakan hati saya ialah berada di padang untuk bermain bola sepak.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054443 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list