|
yg lebih diutamakan ? Insurans Kesihatan VS Simpanan ASB/Tabung Haji ?
[Copy link]
|
|
asb kalau feeling2 nak jadi jutawan by umur sekian2 bak kata orang bank huhu |
|
|
|
|
|
|
|
ada rezeki lebih mungkin boleh diversify.. duit boleh dicari tapi kalau badan xsihat manakan pulak kita nak dapat bekerja dan earn the money kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
duit saving sikit
tapi aku beli gak insurans paling minimum
AIA yg pakej sebulan rm70 tu?
any advise dari agen tak kat sini selain dari advise suruh aik yg rm150 sebulan??
hahaha
aku nak tau la jugekk |
|
|
|
|
|
|
|
aku amik insuran yg ada medical card n simpanan bila umur anak umur 18thn masa umur anak aku 5bulan dan skrg dia dah 10thn. then ada juga menabung di tabung haji. |
|
|
|
|
|
|
|
anak aku 3 org..ejen cina utk anak no 1-2 n anak ke-3 ejen melayu. Ejen cina ni ya ampun...selalu update n tanya kaba. lalu opis aku pun dia singgah just nak say hi. pernah anak ke-2 masuk hosp n operate..dia dtg jumpa utk urusan claim aku tinggal sign aje. urusan laporan doc dll sume dia uruskan.
ejen melayu utk anak aku yg no 3 ni. langsung hilang dari radar. jgn kata nak tanya kaba..nak jadi cerita anak aku no 3 ni masuk hosp , lepas keluar hosp aku call ejen minta bantuan utk claim insuran. dia nak emel aku borang pun makan masa 2 minggu. belum aku kena antar semua dokumen ke hosp dll. punyalah payah pada aku.
so betul lah ia bgantung pd ejen tu sendiri...jgn dpt ejen yg cakap manis masa nak mula sign up aje..bila dah amik terus hilang. aku pernah wasap ejen melayu aku ni dgn soalan..oh hidup lagi en XXX ni. geram betul aku. |
|
|
|
|
|
|
|
sokong... selagi tak kena mala petaka, selagi tu tak rasa insuran ni penting
|
|
|
|
|
|
|
|
sesetengah company bagi cuti long illness kan. First 6 months, full salary, another 6 months half salary, next 6 month baru takde salary but no termination. Sorang staff tempat I ni kena breast cancer, doktor bagi MC dulu habiskan 22 days/year, hospitalization 60 days/year, then baru dia start cuti long illness tu. Kira2 semua cuti sakit dia 13 bulan.. bulan ke 14 dia kerja semula. Bill treatment 100% medical insurance company tanggung biarpun overlimit. Rezeki dia eh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saving/pelaburan & Insurans adalah 2 instrumen kewangan yang berbeza... setiap satu mempunyai objektif berbeza.. Jom kita tgk objektif setiap satu.
(a). Saving/pelaburan = untuk menghasilkan harta/dana/wang yang lebih banyak dengan penghasilan untung/dividen. Wang yang terkumpul pula kebiasaan adalah untuk seseorang membelanjakannya seperti haji, pendidikan anak, deposit beli rumah dll.
(b). Insurans/takaful = perlindungan terhadap risiko kehilangan pendapatan/gaji seseorang ataupun risiko kehilangan saving yg disebut pada (a) diatas.
Ya, sekarang ini terdapat produk insurans yg juga mempunyai ciri2 saving spt no 1 td. Tetapi objektif UTAMA insurans masih lagi kekal sbg perlindungan.
Jadi sebagai asas kewangan, seseorang perlukan kedua-dua instrumen ini. Kenapa?
Jom kita lihat situasi-situasi berikut:
1. Ali bekerja di syarikat swasta dan memperoleh gaji sebanyak RM4,000 sebulan. Isterinya Aminah juga bekerja dengan gaji RM3,000 sebulan, dan mempunyai seorg anak berumur 2 tahun.
2. Dari hasil pendapatan mereka berdua (RM7,000), 70% iaitu RM4,900 dibelanjakan setiap bulan untuk bayaran bil utiliti, loan rumah, barang dapur, pengasuh anak, loan kereta, wang ibu bapa di kampung dll.
3. Mereka juga ada menyimpan setiap bulan, 20% dari gaji mereka berdua iaitu sebanyak RM1,400 didalam ASB, dengan objektif penyediaan dana pendidikan anak-anak. Bila anak mereka berumur 20 tahun nanti, dana didalam ASB akan berkembang kepada RM592,612 (berdasarkan keuntungan 7% setahun selama 18 tahun).
4. Baki 10% dari pendapatan mereka iaitu sebanyak RM700 dibelanjakan setiap bulan untuk 2 polisi insurans, atas nama Ali & Aminah. Setiap seorang mempunyai pampasan kematian sebanyak 10 tahun gaji bulanan masing-masing dan kad perubatan.
5. Selepas 5 tahun, Aminah disahkan menghidap penyakit kronik dan memerlukan pembedahan yang bernilai RM80,000. Aminah membayarnya menggunakan kad perubatan. Gaji Aminah tidak terusik dan mereka masih boleh teruskan perbelanjaan bulanan seperti biasa (point no 2). Dana pendidikan anak mereka juga (point no 3) tidak perlu diusik.
6. Pada tahun ke-10, Ali ditimpa kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Aminah mendapat pampasan RM480,000 dari pihak insurans. Aminah dapat meneruskan perbelajaan bulanan dan simpanan anak seperti biasa selama 10 tahun lagi. atau;
7. Aminah menyimpan RM400,000 didalam ASB dan mendapat dividen 7% atau RM28,000 setahun, sekaligus Aminah mendapat RM2,333 pendapatan extra setiap bulan (RM28,000 bahagi 12)
Dari senario diatas, kita dapat melihat dengan membelanjakan hanya 10% dari pendapatan, Mereka dapat melindungi 90% pendapatan mereka dan juga saving!. Jika Aminah tiada kad perubatan, mereka mungkin terpaksa mengorbankan sebanyak 11 bulan gaji mereka atau korek dari simpanan ASB dan seterusnya menjejaskan objektif dana pendidikan anak mereka.
Jadi saranan saya, anda perlukan kedua-dua instrumen kewangan ini. Saving untuk mencapai matlamat anda, dan insurans untuk lindungi matlamat anda dan pendapatan anda.
Jika anda hanya ada saving/pelaburan sahaja, seolah-olah anda menternak/membiak lembu diladang yang terbuka tanpa ada sebarang pagar.
Untuk lebih mengetahui tentang kewangan individu, anda boleh download ebook "Money Tips (Volume 1)" secara percuma sahaja di http://upvir.al/ref/V8084759/ . Ebook ni saya dapat dari KCLAU.com. Kalau tak kenal sapa KC Lau, sila google.
Harap bermanfaat untuk semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Simpan lebih dalm asb dgn tabung hj sbb da cut insurans..
Klu sakit demam korek situlah.. |
|
|
|
|
|
|
|
haliamerah replied at 7-5-2017 01:37 PM
tabung haji je yg mampu setaka ni.klau ape2 hal blh anak2 gune duit tu..walaupun nilai RM makin keci ...
Betul tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
insurans! sbb kalau anak tetiba sakit dan kronik atau perlu belanja besar, maka habislahj wang simpanan membayar bil sekiranya xde insurans cover..
anak aku ada dua2..asb ada..insurans ade..utk insurans aku amik yg ada saving sekali, sebulan $200. $150 insurans, $50 simpanan. anak aku skrg umur 3 tahun. last year dah penah claim insurans sekali sbb anak warded due to rotavirus. aku tgk bil dkt 5k, tapi tahu x berapa je aku kena byr? $100 je kot tu pon utk bayaran perbezaan hrga bilik anak berbanding yg insurans cover. mmg sgt berbaloi..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku amik insurance dgn Maybank. Etiqa..
direct deal kat maybank terus..
Ada medic card dan investment ..200/mthly
jadi la..tu jer yg mampu..
ASB dan TH ada jugak sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah dah ada insurans atau takaful perubatan dan investment. Tapi jangan lupa, kena ada back up untuk plan penggantian gaji untuk cover balik loss income kita. Kalau TPD atau diagnose penyakit kritikal..jangan ingat majikan nak simpan Kita lama2. Ada back up plan income replacement nie, at least boleh tolong Kita bayarkan expenses harian, bayar hutang dan buat investment sikit untuk future income. |
|
|
|
|
|
|
|
7 SEBAB KENAPA MASIH RAMAI TIADA PERLINDUNGAN TAKAFUL.
1-Desakan kos hidup yang tinggi punca ramai tak sanggup nak commit dengan bayaran takaful yang bersifat jangka panjang.
2-Merasakan bayar takaful itu merugikan berbanding simpanan tradisional.
3-Tak rasa keperluan untuk ambil segera kerana masih sehat walafiat dan kemungkinan sakit sangat minumum.
4-Syarikat tempat bekerja telah memberi perlindungan perubatan.
5-Pengalaman buruk terhadapat pelan takaful yang pernah diambil suatu masa dahulu.
6-Mendahulukan prioriti kehidupan lain yg dirasakan lebih mendesak dan perlu disegerakan berbanding takaful.
7-Kurangnya ilmu perancangan kewangan dan risiko dalam masyarakat.
mbk
https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910 |
|
|
|
|
|
|
|
insurans dan menabung..
insurans penting, simpanan pun penting, tapi insurans ambil yang basic je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dividen ASB dah kuar. Kan elok kalau duit tue di laburkan dalam tabungan Takaful. Fokus pada Income replacement dan buat penama secara hibah. Takaful adalah salah satu aset yg mudah dicairkan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|