CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1450|Reply: 0

NAZMI PERSIS BECKHAM 98

[Copy link]
Post time 2-6-2015 11:57 AM | Show all posts |Read mode


Persamaan Nazmi Faiz Mansor dan David Beckham bukan kerana sekadar menyarung jersi keramat nombor tujuh,memiliki kemahiran teknikal tinggi mahupun nilai komersil di luar padang.

Persis Nazmi dan legenda England, Beckham dalam situasi ini kerana satu insiden yang akan jadi ingatan peminat bola sepak tanah air Piala Dunia 1998 di Perancis, England menentang Argentina dalam pertemuan 16 terakhir,Beckham dilayangkan kad merah susulan reaksi agresif antara dia dan Diego Simeone.

Selebihnya tinggal sejarah buat The Three Lions,mereka tersingkir menerusi penentuan penalti.

Nazmi memiliki detik Beckham 98 tersendiri susulan insiden dia meludah kepada pihak lawan dalam saingan pembuka tirai Sukan Sea Singapura Skuad Bawah 23 Tahun Malaysia menentang Timor Leste.

Ya,Meludah dalam kamus bola sepak ketika ini lebih dikecam berbanding terjahan keras dengan pemain yang didapati bersalah melakukan perbuatan itu di seluruh dunia menerima nasib sama seperti Nazmi.

Mungkin ada yang tanya mengapa? Jawapannya Mudah, kerana ia tidak mencerminkan kualiti anda sebagai seorang pemain profesional tetapi wibawa sebagai seorang individu.

Berbalik kepada situasi Nazmi dan skuad negara,bezanya Malaysia dengan England,Harimau Malaya masih kekal bernafas dalam saingan ini.

Namun tidak dinafikan Malaysia kehilangan sentuhan pemain yang berkualiti untuk menghadapi lawan yang sukar dalam misi memburu pingat emas.

Sama ada dia selepas ini dia menerima penggantungan lebih panjang,dihantar pulang ke tanah air atau didenda Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM,Nazmi tetap perlu jadikan Beckham 98 sebagai contoh.

Sekembalinya dia daripada kempen Piala Dunia itu,dia dicemuh dan dikecam tetapi cipta kebangkitan untuk jadi antara yang terbaik di dunia.

Mengenali Nazmi yang baru sahaja berusia 20 tahun,ini akan jadi pengajaran berguna dalam kerjaya dia yang sentiasa dicanang sebagai legenda bola sepak malaysia dalam pembikinan.


sumber:www.stadiumastro.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.327724 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list