CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1781|Reply: 1

PADAH MELUDAH NAZMI AKAN DIHANTAR PULANG

[Copy link]
Post time 2-6-2015 12:01 PM | Show all posts |Read mode


Pemain tengah skuad Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor harus dihantar pulang daripada Sukan SEA Singapura kerana perbuatan meludah pemain Timor Leste pada perlawanan sulung Kumpulan B, Sabtu
lepas.

Ketua Kontinjen Negara, Datuk Seri Mohammad Norza Zakaria berkata tindakan tegas seperti itu akan menjadi pengajaran kepada atlet lain supaya lebih berdisiplin ketika mewakili negara di pertandingan antarabangsa.

Tindakan Nazmi meludah Filipe Oliveira pada minit ke-31 perlawanan menyebabkan beliau dibuang padang oleh pengadil, sekali gus menjejaskan rentak skuad negara yang terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Pada perlawanan tersebut, skuad negara Bawah 23 Tahun, bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu sekadar menang tipis 1-0.

"Saya rasa dia (Nazmi Faiz) sepatutnya dihantar pulang. Saya sudah memaklumkan kepada Kim Swee untuk mengambil tindakan sewajar...jika dia (Kim Swee) rasa perlu hantar balik, maka dia perlu berbuat demikian," katanya ketika mengulas tindakan pemain itu.

Katanya beliau telah memberitahu kepada timbalannya, Peter Chee, supaya memaklumkan kepada semua pengurus pasukan supaya mengingatkan atlet masing-masing agar mengawal emosi dan menjaga tingkah laku bagi mengelak sebarang perbuatan yang boleh memalukan nama pasukan dan negara.

Chee bertanggungjawab mengenai soal integriti dan disiplin kontinjen negara pada temasya Sukan SEA bermula secara rasmi, Jumaat ini.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Kim Swee sedang menunggu keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai insiden tersebut sebelum membuat keputusan seterusnya.

Sementara itu, Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar, yang hadir pada majlis itu, berkata tindakan pemain berusia 20 tahun itu tidak sepatutnya berlaku.

Sebelum ini, katanya, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, telah pun dengan jelas mengingatkan semua atlet menjaga tingkah laku masing-masing semasa di Singapura.

"Atlet sentiasa menjadi perhatian dalam temasya yang disertai oleh 11 negara," katanya.

Bagaimanapun, katanya terpulang kepada pihak pengurusan di lapangan untuk memutuskan sama ada seseorang atlet perlu dihantar pulang atau tidak.

"Saya tidak melihat insiden itu...amat sukar untuk mengulas mengenai insiden yang dilihat dalam televisyen," katanya.

Malaysia, yang terdiri daripada 658 atlet dan 206 pegawai, akan menyertai 35 daripada 36 acara sukan yang dipertandingkan.

sumber:www.stadiumastro.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2015 12:51 PM | Show all posts
darah mude...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.420478 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list