CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1585|Reply: 0

Malaysia jadi lauk Vietnam

[Copy link]
Post time 3-6-2015 01:06 PM | Show all posts |Read mode


SINGAPURA – Malaysia kini berdepan malapetaka apabila dibelasah 5-1 oleh Vietnam pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan B acara bola sepak Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan malam tadi.
Atas kertas, harapan untuk melangkah ke pusingan kedua boleh dikatakan sukar kecuali mereka mampu meraih kemenangan dalam baki tiga perlawanan selepas ini iaitu menentang Thailand, Brunei dan Laos.
Keputusan memalukan itu menyaksikan pasukan negara yang dibarisi pemain bawah 23 tahun (B23) mencatatkan kekalahan pertama pada kempen kali ini selepas menang 1-0 ke atas Timor Leste, Jumaat lalu.
Pada aksi malam tadi, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee bermula garang apabila mengasak kubu pasukan Vietnam seawal minit kedua menerusi sepakan percuma D. Saarvindran, namun berjaya ditepis keluar Phi Minh Long.
Selepas itu, permainan mula dikuasai Vietnam yang berjaya membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Mac Hong Quan gara-gara kesalahan Adam Nor Azlin menjatuhkan Nguyen Cong Phuong pada minit ke-14.
Tersentak dengan gol tersebut, Malaysia cuba bangkit mengasak kubu Vietnam, namun jentera serangan skuad negara sentiasa gagal menembusi benteng pertahanan pihak lawan.
Menerusi satu serangan balas hasil kesilapan barisan tengah negara, Vietnam berjaya menggandakan kedudukan menerusi Cong Phuong yang memanfaatkan hantaran Ho Ngoc Thang pada penghujung babak pertama.
Kem Malaysia terus ditimpa malang apabila Vietnam sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti, kali ini disempurnakan dengan baik oleh Vo Huy Toan sebaik sahaja separuh masa kedua perlawanan bermula.
Pengadil perlawanan, Alkudhyar Turki dari Arab Saudi yang dilihat banyak memberikan kelebihan kepada Vietnam sepanjang aksi tersebut, menghadiahkan sepakan penalti itu selepas penjaga gol Malaysia, Mohd. Farhan Abu Bakar menjatuhkan Chong Phuong.
Skuad kendalian Toshiya Miura memastikan kemenangan menjadi milik Vietnam dengan gol keempat hasil sepakan percuma daripada Chong Phuong pada minit ke-53.
Barisan pemain negara cuba bangkit mendapatkan sekurang-kurangnya satu gol yang akhirnya berjaya diperoleh menerusi jaringan penyerang gantian, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-77.
Ketika kem negara asyik menyerang mencari gol seterusnya, Vietnam pula sebaliknya berpesta dengan meledak gol kelima melalui jaringan pemain gantian, Nguyen Van Toan tiga minit selepas itu menjadikan kedudukan 1-5 kekal sehingga tamat permainan.
“Ini adalah kekalahan yang sangat mengecewakan kerana kami tidak pernah tewas sebegini teruk dalam kempen Sukan SEA sebelum ini.
“Kami memberikan dua sepakan penalti, dua kesilapan mudah dan satu sepakan percuma dan Vietnam mengambil kesempatan ini untuk ‘membunuh’ rentak permainan kita,”
kata Kim Swee.
sumber:kosmo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.541260 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list