CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1870|Reply: 0

Gangsa daripada ping pong

[Copy link]
Post time 3-6-2015 01:09 PM | Show all posts |Read mode


SINGAPURA – Gandingan Ho Ying dan Lee Rou You menyumbang pingat pertama buat kontinjen negara pada Sukan SEA ke-28 semalam apabila meraih gangsa dalam acara ping pong kategori beregu wanita.

Terdahulu, pasangan tersebut tewas kepada beregu pilihan yang juga jaguh No. 1 Asia Tenggara, Feng Tianwei dan Yu Mengyu dari Singapura dengan keputusan 0-4 pada aksi separuh akhir di Stadium Tertutup Singapura.

Biarpun tewas, pingat gangsa tetap menjadi milik Ho Ying dan Rou You yang turut dikongsi bersama Nanthana Komwong-Suthasini Sawettabut selepas beregu Thailand itu tewas 3-4 kepada Lin Ye-Zhou Yihan dari Singapura dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Mengulas lanjut, Ho Ying, 20, mengakui lawan dari Singapura itu yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 sebenarnya mampu ditewaskan jika mereka tidak me-lakukan beberapa kesilapan mudah.

“Sebenarnya kami boleh menewaskan mereka kerana kami dapat memberikan saingan sengit pada setiap set tetapi kami ba-nyak melakukan kesilapan mudah. Mungkin persiapan kami (beregu wanita) masih belum cukup,” katanya selepas tamat aksi separuh akhir semalam.
Sementara itu, Rou You pula enggan menyalahkan sesiapa terhadap kekalahan tersebut dengan menegaskan, Ho Ying adalah pasangannya yang sempurna dalam acara beregu wanita.

“Walaupun kami baru digan-dingkan empat bulan tetapi saya sudah mengenali corak permai-nan Ho Ying. Saya amat berpuas hati (pingat gangsa) kerana berjaya mencapai sasaran pasukan.

“Saya akui Singapura berjaya membuatkan kami terikut gaya permainan mereka dan saya agak kecewa selepas tewas 0-4. Saya harap kesilapan-kesilapan mudah sebegini dapat dikurangkan untuk acara lain pula selepas ini,” jelas pemain kelahiran Selangor itu.

Dalam perkembangan lain, Rou You, 20, bertekad untuk beraksi cemerlang di sam-ping Muhd. Shakirin Ibrahim untuk menewaskan pasangan Vitenam, Dinh Quang Linh-Mai Hoang My Trang pada aksi suku akhir beregu campuran hari ini.

“Lawan saya nanti adalah pemain-pemain utama Vietnam, mereka memang kuat tetapi saya dan Muhd. Shakirin akan cuba yang terbaik.
“Pusingan suku akhir belum cukup ke-rana sasaran kami adalah separuh akhir. Matlamat saya pada Sukan SEA 2015 ialah dua pingat, saya harap ia akan hadir esok (hari ini),” katanya.
sumber:kosmo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061737 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list