CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11012|Reply: 1

Masa depan F1 Renault kabur

[Copy link]
Post time 3-6-2015 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 3-6-2015 01:17 PM



LONDON – Pembekal unit kuasa enjin Formula Satu (F1), Renault dilaporkan bakal membuat keputusan sama ada ingin meneruskan penglibatan dalam sukan perlumbaan bermotor itu atau tidak.

Renault yang membekalkan enjin V6 1.6 liter kepada beberapa pasukan F1 termasuk Red Bull dan Toro Rosso dilihat gagal menyaingi prestasi unit kuasa skuad-skuad teratas.

Selepas mengharungi enam perlumbaan musim ini, pasukan-pasukan yang dibekalkan enjin Renault telah menukar unit kuasa baharu sebanyak empat kali untuk meningkatkan keupayaan memecut.

Menurut peraturan perlumbaan baharu diperkenalkan musim ini, pasukan yang me-nukar enjin atau unit kuasa melebihi lima kali akan dikenakan hukuman penalti.

Sehubungan itu, Renault diserang kritikan tanpa henti daripada pelbagai pihak yang turut mempersoalkan kemampuan pembekal enjin itu meneruskan kontrak pembekalan unit kuasa kepada pasukan-pasukan terlibat.

Minggu lalu, Pengerusi F1 Renault, Cyril Abiteboul dipanggil menghadiri perbincangan bersama pemilik jenama F1, Bernie Ecclestone berhubung masa depan pembekal enjin itu.

“Kami akan meneruskan penglibatan dalam F1 sehingga kontrak Renault berakhir pada penghujung musim 2016. Kami juga amat menghormati perjanjian itu.
“Pada masa sama, kami juga perlu membuat keputusan sama ada akan menyambung kontrak atau tidak. Kita hanya perlu tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.
“Pertemuan antara Renault de-ngan Ecclestone ketika perlumbaan di Monaco memang diadakan setiap tahun tetapi perjumpaan baru- baru ini melibatkan per-bincangan yang menentukan masa depan Renault. Ia turut membincangkan keputusan-keputusan pilihan yang akan diberikan kepada Renault,” ujar Abiteboul.
– Agensi

sumber:kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2017 11:40 AM | Show all posts
sedih aku tgk team ni....dulu team ni naik melonjak smp dapat gelaran WC 2x berturut2....

skrg hancus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.057383 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list