|
|
Kalau ya pun, nak silikon ke apa, gunalah khidmat doktor yang bertauliah.
Ini disebabkan nak sangat pinggul besar, maut yang dia dapat.
New York: Seorang wanita berusia 34 tahun mati selepas mendapatkan suntikan untuk membesarkan pinggul daripada seorang doktor tidak berlesen di tingkat bawah tanah sebuah rumah di sini.
Kelly Mayhew dari Suitland, Maryland, ditemani ibunya untuk mendapatkan suntikan itu daripada wanita yang diperkenalkan oleh seorang rakannya.
Wanita itu menyuntik silikon ke dalam pinggul Kelly tetapi ketika prosedur itu, mangsa menggelupur kerana sukar bernafas, kata ibunya kepada polis.
Si ibu mula memberi bantuan kecemasan kepada anaknya dan meminta wanita berkenaan menelefon ambulans tetapi dia lari meninggalkan rumah berkenaan.
Ibu Kelly yang cemas menelefon rakan anaknya yang memperkenalkan wanita itu kepada mereka, tetapi dia tidak menjawab, lapor akhbar Daily News.
Petugas kecemasan yang tiba mendapati Kelly dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia diberi bantuan kecemasan dan dibawa ke hospital, tetapi disahkan mati ketika dalam perjalanan.
Sumber: Harian Metro
|
|