CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1922|Reply: 1

Atlet sukan Sea diberi layanan kelas satu

[Copy link]
Post time 4-6-2015 12:38 PM | Show all posts |Read mode


PARA atlet dari 11 negara yang menyertai Sukan Sea ke-28 akan berpeluang untuk berehat dan melepaskan penat dengan kemudahan kelas satu yang disediakan untuk mereka – Nila Suite for Athletes di Kallang Theatre di Singapura.

Nila Suite seluas 600 meter persegi ini akan diurus petugas dari SportCares Foundation dan sekutu yayasan itu.

SportCares Foundation adalah suatu inisiatif pembangunan sosial yang memberi sokongan kepada kanak-kanak dan belia dari pelbagai latar belakang kehidupan untuk menjadikan sukan sebagai suatu alat sosial.

Terletak hanya beberapa langkah dari venue pertandingan di Singapore Sports Hub, Nila Suite menyediakan tempat yang selesa untuk atlet bersantai, saling berkenalan dan mengasingkan diri daripada suasana sengit pertandingan.

Mengambil nama sempena maskot singa bagi Sukan Sea ke-28, NilaSuite memiliki pelbagai ciri istimewa seperti kantin serba lengkap yang menyajikan makanan ringan penuh berkhasiat serta ruang untuk penggunaan komputer riba, power point dan capaian Wi-Fi.

"Kami teruja melihat pemain SportCares Team daripada pelbagai program dan staf datang bersama-sama untuk memberi sokongan kepada temasya sukan ini secara besar-besaran.

"Nila Suite merupakan titik sentuh utama bagi atlet dari seluruh rantau ini untuk bertemu serta memupuk ikatan persahabatan berpanjangan dan kami sungguh gembira kerana dapat memainkan peranan untuk menjalin hubungan sepanjang hayat ini.

"Nila Suite bukan sahaja menyediakan peluang secara langsung kepada peserta SportCares untuk memanfaatkan latihan dan persiapan yang mereka lakukan selama beberapa minggu, tetapi peserta kami juga diberi peluang untuk bertemu muka dengan jaguh sukan pujaan masing-masing bagi mendengar kisah mereka dan mendapat inspirasi dalam menempuh hari muka," kata Laura Reid, timbalan pengarah SportCares Foundation dalam satu kenyataan.

Sementara itu, atlet lawan pedang Team Singapore, Ann Lee Huimin berkata, Nila Suite menyediakan peluang untuknya melupakan seketika tentang pertandingan untuk berehat dan bergaul dengan atlet dari negara lain di rantau ini.


sinarharian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2015 12:14 AM | Show all posts
takde gambar ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.060252 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list