Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1228
View
0
Reply

Hilang fokus punca Peng Kean terkandas

[Copy link]

Author: Nusantara77       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-6-2015 12:40 PM | Show all posts |Read mode


HILANG fokus ketika beraksi telah meragut peluang atlet lawan pedang negara Yu Peng Kean untuk sekurangnya-kurangnya menghadiahkan pingat perak buat Malaysia pada temasya Sukan Sea 2015.
   
Peng Kean tewas 4-15 kepada atlet Vietnam, Vu Thanh An pada aksi separuh akhir acara Sabre Individu Lelaki yang berlangsung di Arena OCBC, Hab Sukan Singapura hari ini.
   
Anak jati Bukit Cina, Melaka ini yang mendapat 'bye' pada pusingan pertama, mengalahkan wakil Filipina, Brando Eric Ii dengan kemenangan 15-11 pada aksi suku akhir yang berlangsung pada sebelah pagi.
   
"Saya tidak tahu bagaimana boleh hilang fokus ketika beraksi tadi. Mungkin disebabkan kerana saya tertekan dengan keinginan untuk menang," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu.
   
Peng Kean, 24, yang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik 2012 di London mengakui kekalahan dua rakan sepasukan Natasha Ezzra Abu Bakar menerusi acara foil individu wanita dan Joshua Koh I Jie (acara epee individu lelaki), turut menjejaskan tumpuannya pada perlawanan berkenaan.
   
"Kami bertiga mempunyai sasaran peribadi masing-masing. Kegagalan mereka menyebabkan tekanan untuk memburu kemenangan yang terpaksa saya pikul bertambah berat," jelas Peng Kean yang bertekad menebus kekalahan tersebut dalam acara berpasukan Sabre lelaki pada Sabtu ini. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.076177s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list