CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1759|Reply: 0

Skuad bola jaring harap kelebihan jaringan

[Copy link]
Post time 4-6-2015 12:41 PM | Show all posts |Read mode


SKUAD bola jaring negara mengharapkan kelebihan jaringan akan memberi bekalan selesa untuk mara ke separuh akhir acara berkenaan pada Sukan Sea ke-28 di sini.

"Saya mengharapkan pemain-pemain saya akan terus berusaha untuk mencipta kemenangan besar dalam perlawanan terakhir menentang Thailand esok.   

"Mereka perlu terus pamerkan prestasi terbaik...tidak kira sama ada pasukan yang ditentang pasukan lemah atau sebaliknya. Saya berharap kita akan terus kekal sebagai pendahulu liga," kata jurulatih skuad kebangsaan, Aminah Asaari kepada Bernama.   

Pada perlawanan keempat di Arena OCBC hari ini, Malaysia mengalahkan Brunei 82-24 dengan Norashikin Kamalzam yang bertindak sebagai penjaring  menghasilkan 69 gol daripada keseluruhan jaringan skuad negara itu.   

Selepas beraksi dalam empat perlawanan, skuad bimbingan Aminah itu mengumpul tujuh mata dengan menjaringkan 313 gol dan bolos 92 jaringan.   

"Kita perlu lihat juga persembahan pasukan tuan rumah. Jika mereka menang ke atas Filipina malam ini bermakna Singapura dan Malaysia mempunyai jumlah mata yang sama selepas masing-masing memperoleh tiga kemenangan dan satu seri. Kedudukan pendahulu akan ditentukan melalui jumlah jaringan," katanya.  

Pasukan Malaysia dan Singapura, masing-masing mempunyai satu lagi perlawanan pusingan liga esok.   

Malaysia akan bertemu Thailand, manakala Singapura berdepan Myanmar.     

Mengikut format acara bola jaring pada Sukan Sea kali ini, juara pusingan liga akan bertemu pasukan di tempat keempat, manakala naib juara berdepan pasukan di tempat ketiga pada perlawanan peringkat separuh akhir.   

"Saya mengharapkan pasukan kita akan bertemu Singapura sekali lagi di peringkat akhir," kata Aminah. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.235097 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list